Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Bravo! TAHNIAH!!

Hari ni dalam akhbar Utusan Malaysia dan mungkin akhbar2 harian seluruh Malaysia menyiarkan berita mengenai keberanian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Dengan langkah yang berani dalam benar, Erdogan telah meninggalkan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

Persoalannya di sini, bagaimanakah tindakan pemimpin Malaysia sebagai ketua bagi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)? di mana kita pd ketika ini? di mana suara kita?



BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, semalam. – AFP


Erdogan melambaikan tangan kepada rakyat Turki yang menyambut kepulangannya sebagai wir…

7 Golongan Mukmin yg Kamil

Mukmin yang kamil bermaksud mukmin yang sempurna ketaatannya kepada ALLAH SWT sahaja.

Orang-orang mukmin yang kamil akan dijemput oleh ALLAH Taala untuk bernaung di bawah 'Arasy-Nya. Ada tujuh golongan mukmin yang kamil sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

"Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh naungan rahmat Allah Taala, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:
Raja (pemerintah) yang adilPemuda yang hidupnya berbuat ibadah (taat) kepada ALLAHLelaki yang hatinya tergantung di masjid, apabila keluar meninggalkan masjid hatinya sentiasa ingat untuk pergi ke masjid (untuk beribadah semula)Dua orang yang berkasih(bersahabat) kerana ALLAH, berjumpa dan berpisah kerana ALLAHLelaki yang mengingati (zikir) Allah seorang diri sehingga mengalirkan air mataLelaki yang digoda oleh wanita jelita mengajak melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan katanya: 'Bahawa sesungguhnya aku amat takut akan ALLAH ya…

For Palestinian and to all muslims...

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin. Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah. Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal). Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu. Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Warisan Sepanjang Zaman

Ya ALLAH Ya Tuhan ku!

Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan
jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya ALLAH, Ya Tuhanku!

Ingatkanlh aku apa yg aku terlupa dpd ayat-ayat Al-Quran
Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yg belum aku ketahui
Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang dan
Jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat)

wahai Tuhan sekalian alam.

Ameen ya Rabbal 'alamin...