Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

HATI INI

Bismillahirrahmanirrahim
Resah, keliru, runsing, serabut, tak ketahuan... Kenapa jadi macam ni? Nak mintak tolong dengan siapa ni? Mak, ayah, kawan, adik-beradik... Mereka semua itu makhluk ALLAH jua Siapa yang menciptakan mereka? Mestilah ALLAH Mereka punya hati Sama seperti aku jua Bukankah hati ini DIA yang pegang DIA bisa membolak-balikkan hati ini DIA mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini
'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami ke atas agama-MU Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaati-MU...'
Nabi s.a.w. pernah bersabda Manusia tidak akan sesat jika berpegang teguh dengan dua perkara ini Apakah ia? Al-Quran dan sunnahnya
Takkan masih ragu-ragu dengan pernyataan Nabi Muhammad s.a.w ini Na'uzubillahiminzalik Mengundang kepada rosaknya iman Segeralah beristighfar Mohon taubat nasuha daripadaNYA
Dalam azan menyatakan 'Marilah solat, marilah menuju kejayaan' Ohh, jadinya... Solat dulu baru boleh berjaya Masih tak percaya? Tundukk…

1432H

~Bismillahirrahmanirrahim~
Hati dia banyak menyimpan rahsia rupanya. Sehinggakan apabila ditanya, tergugur titisan jernih. Nampak sangat bahawa dia menanggung beban. Tetapi kecekalannya itulah yang membuatkan dia lebih kuat, lebih tabah hadapi hidup, lebih dekat dengan ALLAH. Kecekalannya itulah juga yang membuatkan lahirnya zuriat yang mempunyai hati sekental dirinya. Siapa sangka secara fisiknya senyuman manis terukir, rupa-rupanya hati itu terkandung duka. ALLAHUAKBAR. Terima kasih ALLAH.
"Kalau susah hati cerita kat sape?"
"Dulu-dulu masa hidup merantau, mengadu kat Tuhan je lah."
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
****************************************************************************…

DIA

Gelappp... Keliru... Hilang...Kat mana nih? Apa yang tak kena nih? Something wrong somewhere?
Mesti niat jahat Hati kotor Buruk sangka Hasad dengki Buat maksiat banyak Selalu lupa DIA
Jalan lagi... Ke hadapan Mesti akan jumpa sesuatu Masakan DIA akan membiarkan bersendirian Sedangkan mencari sesuatu kebaikan
Nak mencari DIA Lebih dekat dengan DIA Kerana DIA lah segala-galanya Makan kerana DIA Senyum kerana DIA Penat kerana DIA Tolong kerana DIA Pujian kerana DIA Musibah kerana DIA
Tiba-tiba... Cerahnyaaa Bersemangat Cas positif mencurah-curah Hematid memacu laju
Puji-pujian hanya bagi DIA Dah jumpa realitinya Sudah lama mencari dan tercari-cari Setiap masa terintai-intai di jendela "Apa khabar kamu hari ini?" Setia menemani Sahabat karibku M.A.U.T Musuh setiap saat S.Y.A.I.T.A.N laknatullah
Berdekah-dekah diketawakan Gelak besar mentertawakan
Giliran istiqamah pula...

Al-Furqan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Surah Al-Baqarah (2); ayat 264
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riya' (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."
Surah Yunus (10); ayat 24
"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (kerana air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti …

SEPETANG DI MASJID AL-BUKHARY

Remaja: Cabaran dan Kekuatan
Oleh: Dr. Danial Zainal Abidin
Lokasi: Dewan Masjid Al-Bukhary

Remaja, anak muda, teenagers, syabab...
Perkataan yang sama dan membawa erti yang sama juga. Apabila disebut nama remaja, perkara yang amat berkait rapat ialah cinta. 'Remaja dan cinta'. Lumrah alam Tuhan selitkan sifat ingin dikasihi dan mengasihi. Lelaki suka kepada perempuan dan sebaliknya. Saling mempunyai tarikan dengan berlainan jantina. Itu bagi manusia yang ada sifat normal. Namun, usia muda itu tidak harus cuba-cuba untuk bermain dengan cinta. Masa belajar perlu diberi fokus keutamaan.

"Alah, kak. Saya saja je. Suka-suka nak ber'couple-couple' ni. Saja nak test power minah tu. Tengok-tengok dia pun layan. Saya 'go on' je lah."

Di bangku sekolah lagi sudah pandai bermain cinta. Sedangkan mak ayah hantar ke sekolah dengan harapan untuk lihat anak-anak berjaya. Wang belanja diberi untuk diri sendiri tetapi digunakan untuk 'topup' telefon agar dapat mela…

SERUAN HAJI

~Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijjah. Sekarang sudah masuk bulan Zulkaedah. Kemudian, bulan Zulhijjah pula menyusul. Pejam celik, pejam celik, dah nak habis bulan Hijrah 1431. Dalam bulan ni, insan yang terpilih mungkin sibuk dengan persiapan untuk ke Mekah, sebagai memenuhi syarat seorang Muslim seperti yang terkandung dalam Rukun Islam terakhir, iaitu menunaikan haji bagi yang berkuasa. Dalam bulan ini juga saya sempat menghadiri majlis doa selamat untuk dua orang insan yang membantu diri ini dalam proses menjadi hamba-NYA yang sejati. Mereka yang dimaksudkan ialah Ustazah Roshidah Romli dan Puan Wan Zaharah Wan Din.

Doa saya agar dipermudahkan segala urusan mereka di sana. Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga selamat pergi dan pulang.

* Semoga mak, ayah, dan diri ini juga diberikan kesempatan untuk menunaikan haji di Tanah Haram tersebut suatu hari nanti. Amin...


KUASA TANGAN KIRI

Sebelum ni terlalu sombong menyangka semuanya akan berjalan lancar. Nah, tiba-tiba Allah tetapkan kanan kena rehat, kiri pula yang banyak bekerja. Lepas tu, baru diuji perkara kecil macam ni dah merungut. "Sedarlah diri tu sikit. Kau kan hamba Allah. Allah layak untuk uji sejauh mana kau kata kau dah beriman kepadaNYA. Mungkin disebabkan dosa kau yang banyak, terlalu leka dengan gaya hidup dunia, dan selalu lupa kepada Allah, maka DIA peringatkan kau dengan ujian. Cuba lah fikir positif sikit. Ujian Allah tu tandanya DIA sayangkan hambaNYA. Hidup kita ni ibarat layang-layang. Bila dah terbang tinggi sangat, tuan kita tarik sikit-sikit tali layang-layang tu."

~29/09/2010: 1500

Wanita, Dehearty

Mengagumi kejadian TuhanYang Maha Esa
yang menciptakan dunia
dengan keindahan makhluk bernama wanita
Tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia
buktinya, muncul nama-nama hebat
Khadijah, Fatimah, Sumaiyah, Khaulah, Rabiatul Adawiyah
menjadi inspirasi wanita masa kini
yang perlu turut sama bersaing dengan arus kemodenan
berpegang teguh dengan tuntutan syariat
tangan kiri memangku si anak kecil, tangan kanan memandu jalan
seringkali dikatakan mempunyai 9 emosi dan 1 logik
lembut bukan ertinya mengaku kalah
namun diselitkan jua ketegasan
kerana iman tersemat di sanubari
kebergantungan sepenuhnya kepada Al-Khaliq
sungguh hebat ciptaan ALLAH bernama wanita
sujud syukurku kepada Yang Maha Kuasa
kerana menjadi insan terpilih
memegang tanggungjawab seorang wanita.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., kekasih ALLAH dan insan teladan sepanjang zaman.

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Kemenangan diukur bukan setakat berjaya menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi puasa itu turut menguji ketahanan mental, rohani, dan fizikal kita. Manakan tidak, bulan puasa bukanlah bulan uktuk beristirehat sahaja tetapi bulan bekerja juga. Siangnya bekerja mencari rezeki manakala malamnya pula dihiasi dengan solat sunat terawih, membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat yang lain. Bagi saya, kejayaan setelah sebulan berpuasa dapat dilihat sekiranya kita terus istiqamah menjalankan ibadat sunat di bulan Ramadhan kepada bulan-bulan seterusnya. Misalnya, istiqamah dengan bacaan al-Quran, solat sunat witir, puasa sunat 6 hari di bul…

SALAM RAMADHAN

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari ni dah masuk hari ke 4 seluruh umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 3, yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Maka banyak mana persediaan sudah dilakukan? Sama-sama kita lakukan checklist antara amalan sunat yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan:

- solat tarawih. Setiap hari, kadang-kadang atau tidak pernah lakukan?
- membaca Al-Quran. Sudah berjaya menghabiskan satu juzuk sehari di bulan Ramadhan? Moga-moga pada penghujung bulan Ramadhan nanti kita bisa mengkhatam Al-Quran. InsyaALLAH.
- bersahur. Ruginya kalau kita sering meninggalkan sahur kerana sahur itu yang membezakan puasa seorang Muslim dangan kaum yang lain.
- solat sunat lain. Dampingi Ramadhan dengan solat-solat sunat lain seperti solat hajat, solat taubat, solat dhuha, solat istikharah. Ini kerana Ramadhan ialah bulan untuk umat Islam. ALLAH menjanjikan seribu satu rahmat kepada hambaNYA. Maka mintalah kepada ALLAH, bermunajatlah kepadaNYA. Sedarlah bahawa kita adalah …

GURU JUTAWAN AKHIRAT

In The Name of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful

"Guru Jutawan Akhirat"...
Pada 24 Julai, Sabtu bertempat di salah sebuah sekolah di Alor Star saya bersama dengan mentor saya: Puan Faridah Ibrahim a.k.a. 'madam' telah menghadirkan diri ke sebuah seminar untuk guru-guru. Seminar tersebut telah berjaya mengulas sebuah buku yang boleh dikatakan terbaik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya guru. Buku tersebut bertajuk "Guru Jutawan Akhirat". Buku ini merupakan nukilan Tn. Hj. Shopuan Anuar B. Hj. Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor. Beliau merupakan seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Setiap insan perlu belajar atau menuntut ilmu. Tujuan belajar adalah untuk menghilangkan kejahilan. Hadith Nabi s.a.w. juga ada menyebut apabila mati anak Adam, semua perkara akan ditinggalkan kecuali 3 benda: 1. ilmu yang dimanfaatkan 2. sedekah jariah 3. doa dar…

ALWAYS BE THERE

Always Be There, by Maher Zain...

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be…

BUSINESS

Semalam saya dan kakak pergi ke sebuah gedung tekstil di daerah Kubang Pasu. Biasa lah orang perempuan, 'shopping' melihat fesyen terkini. Macam-macam peristiwa yang terjadi semalam. Bila difikirkan semula, banyak hikmahnya ALLAH turunkan kejadian macam tu.

Peristiwa 1

"Adik, kain ni 4 meter berapa ringgit ya?" tanya kakak.

"RM4.80 semeter, kak," jawab pekerja kedai.

"Kalau bagi kurang lagi boleh tak? RM4.50 ke?" kakak bertanya lagi.

"Ish, tu pun dah kurang banyak dah kak," jawab pekerja tu.

Sewaktu kakak saya tengah berunding untuk kurangkan harga, pekerja tu jawab macam acuh tak acuh saja. Dalam erti kata lain macam tak ikhlas menjawab soalan kakak saya. Bercakap dengan pelanggan pun dengan muka kering je. Muka tiada perasaan. Seolah-olah bercakap dengan dinding dan cakap sorang-sorang. (Emosional lah pulak..) Lepas tu, boleh pulak pekerja tu cakap belakang. "Kain RM4 pun nak kurang lagi." Aduh, macam inikah cara bekerja seorang Mu…

MACAM ORANG TUA...

"Bagi yang perempuan tu, kalau boleh pakailah pakaian yang 'up to date' sikit. Tunjuk gaya anda sebagai seorang eksekutif. Jangan pakai macam mak cik-mak cik. Tengok macam contoh kakak di belakang tu. Dia dah pergi kelas grooming. Haa, nanti kamu pun kena pakai macam tu lah. Barulah customer rasa yakin nak beli produk kita".

Apa??? Nak kena make-up sikit? Letak pemerah bibir dan warna di mata? Wahh!!! Cantiknya...

Cantik pada pandangan manusia. Pandangan ALLAH bagaimana? ALLAH sukakah? ALLAH redhakah?

Siapa manusia yang boleh jadi penentu rezeki kita? Dunia ini milik ALLAH. DIA yang Maha Berkuasa. DIA lah ALLAH, Tuhan sekalian alam.

~Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa kami. Kami hamba-MU yang lemah. Diri ini penuh dengan lumpur dosa dan maksiat. Jauhilah diri kami daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub, hasad dengki dan sebagainya. Berilah kekuatan kepada muslimin dan muslimat dalam menghadapi pancaroba hidup. Selamatkanlah iman kami Ya ALLAH.

~Maklumat tambahan

~Pa…

PILIH

1. Terpilih
Noora terpilih sebagai pemenang untuk peraduan teka silangkata yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu.

2. Memilih
Saya memilih untuk menulis di blog ini setelah tiada kerja lain yang boleh dilakukan.

3. Dipilih
Sukun dipilih menjadi ketua kelas setelah undian dilakukan.

Pilih- terpilih, memilih, dipilih. Macam dalam paper Bahasa Melayu lah pulak. Kali ni kita belajar perkataan Bahasa Melayu. Dah lama tinggal alam persekolahan dan zaman buat ayat-ayat Bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul, tepat, dan jitu. Tak taulah samada ayat yang saya buat di atas tu betul ke tidak. Kalau ada tersalah 'grammar'nya, harap maaf ye.

Terpilih, memilih, dipilih. Ada manusia atau dalam erti kata yang lebih sopan lagi, insan yang bertuah kerana terpilih. Terpilih kerana dipermudahkan segala urusan hidupnya. Habis saja belajar, terus dapat kerja. Dapat beli kereta, rumah, bantu mak ayah, adik beradik. Bahasa mudahnya, 'smooth' je perjalanan hidup dia. Lepas tu, apa lagi. Dah lengkap sem…

AT LAST......~

Facebook, facebook, facebook................~~~

Akhirnya, saya turut serta dengan jutaan rakyat Malaysia menyahut seruan rakan taulan, adik beradik, pemimpin dan seanteronya, melibatkan diri dalam jaringan sosial- facebook. hohohoho~ Makanya dengan ini saya merasmikan penglibatan secara rasmi saya dalam facebook. (Macam agak ketinggalan je saya ni...) Apa-apa pun, betulkan niat join facebook untuk merapatkan silaturrahim / ukhwah (itu bahasa skemanya...), 'making friends' (bahasa standardnya), lebarkan sayap untuk business / hebahan business (money oriented.. hehe..), berkongsi ilmu dan sebagainya.

Masa saya nak sign in untuk yahoo mail, terjumpa dengan satu maklumat ni yang saya rasakan sangat berguna dan ada kaitan dengan dunia facebook ni...

7 Things to Stop Doing Now on Facebook by Consumer Reports Magazine
Wednesday, May 12, 2010 provided by
Using a Weak PasswordAvoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix u…

What is this???

- A picture shows thousand words. This is what i feel right now. Sad, confuse, blurr, happy, empty... It must be something wrong somewhere. Can anybody help me???
~In The Name of ALLAH The Most Gracious, The Most Merciful~
Al-Baqarah; 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Ankabut; 2

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?

~AHLAN WASAHLAN @ SELAMAT DATANG~

~In The Name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful~

Sudah seminggu saya berada di 'kota batu' ini. Kiri dan kanan semuanya seperti benda tidak bernyawa sedangkan nikmat itu sebenarnya ALLAH berikan kepada makhluk bernama insan. Kiri dan kananku pandang, mencari-cari insan yang senegara denganku. Mungkin kerana budaya yang terlalu berhati-hati dan bersikap jangan pedulikan hal orang lain menyebabkan manusia saling tidak bertegur sapa. Tetapi, tuduhan ini tidak ditujukan kepada semua warga kota. Ada juga yang masih mengamalkan nilai-nilai murni.

"Sogo di depan sana saja. Pertama kali datang sini ke?"
"Ada kerusi kosong di sana. Boleh duduk."
"Bas selalunya setengah jam sekali. Paling awal 6.30 pagi atau 6.45 pagi dah ada kat sini."

Macam-macam ragam manusia. Di sinilah bermulanya perubahan. Perubahan fesyen, perubahan gaya bercakap, perubahan pemikiran. Perubahan fesyen menjadikan seseorang itu lebih 'up-to-date'. Perubahan gaya bercakap …

~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suam…

EMAS, TUA, VETERAN...

Bila berbicara dengan orang yang dah berusia atau orang yang berpengalaman, pasti kata-katanya penuh dengan teladan dan hikmah. Bab yang sering diperkatakan mestilah maut... Zikrul maut... Nabi s.a.w. pun pernah bersabda orang yang paling bijak di kalangan kamu ialah orang yang sering mengingati mati. Dalam Al-Quran juga ALLAH menyatakan setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Anbiya': 35). Sedarlah wahai diri akan kematian.

"Amboi, bagus betul budak tu. Pakai tudung, comel saja. Warna-warni tudung dia."
"Ish, kenapa jadi macam tu. Dok warna rambut, tunjuk rambut kat orang ramai. Berdosa tu..."

"Bagus betul budak ni, dia tak cakap banyak. Dosa pun tak banyak. Bukan macam atok ni, dok pot pet pot pet..."
"Orang yang bercakap banyak ni, banyak la dosa dia. Mana tau kot-kot apa yang kita cakap tu tak betul. Cerita sebenar panjangnya 1 cm ja, kita tambah jadi 1 meter. Tak ke bertambah jadinya tu."

"Tok guru dok pesan bila mati esok orang yang …

MARAH

Kadang-kadang diri ini sering alpa,
Nafsu amarah sering menguasai diri,
Kemudian, berfikir kembali...
Menyesal tak sudah,
"Kan bagus kalau aku...,"
"Kenapa aku cakap kat dia sampai macam tu sekali?"
Marah itu menunjukkan kelemahan diri,
Bodoh betul orang yang mengikut nafsu,

Namun semuanya sudah terlambat,
Nasi sudah menjadi bubur,
Kata-kata itu sudah terucap,
Malaikat 'Atid pun sudah mencatatnya,

Bagi mereka yang menjadikan iman sebagai raja dalam diri,
Aqal sihat yang memandu diri,
Beruntunglah... Bersyukurlah...
Iman menjadi pemacu kekuatan diri ke jalan yang ALLAH redha,
ALHAMDULILLAH...
Kerana nikmat iman dalam Islam.

~Marah itu sifat syaitan.
~Tatkala berasa marah, maka segeralah berwudhuk. Air wudhuk itu bisa menenangkan diri yang dikuasai sifat marah.
~Mohonlah maaf atas kesalahan yang dilakukan itu.
~Ingat ALLAH detiap detik, berzikir kepada-NYA agar hati tidak mati.
~Sembah sujud kepada ALLAH kerana aku dilahirkan sebagai seorang Muslim.