Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

DIA

Gelappp... Keliru... Hilang...Kat mana nih? Apa yang tak kena nih? Something wrong somewhere?
Mesti niat jahat Hati kotor Buruk sangka Hasad dengki Buat maksiat banyak Selalu lupa DIA
Jalan lagi... Ke hadapan Mesti akan jumpa sesuatu Masakan DIA akan membiarkan bersendirian Sedangkan mencari sesuatu kebaikan
Nak mencari DIA Lebih dekat dengan DIA Kerana DIA lah segala-galanya Makan kerana DIA Senyum kerana DIA Penat kerana DIA Tolong kerana DIA Pujian kerana DIA Musibah kerana DIA
Tiba-tiba... Cerahnyaaa Bersemangat Cas positif mencurah-curah Hematid memacu laju
Puji-pujian hanya bagi DIA Dah jumpa realitinya Sudah lama mencari dan tercari-cari Setiap masa terintai-intai di jendela "Apa khabar kamu hari ini?" Setia menemani Sahabat karibku M.A.U.T Musuh setiap saat S.Y.A.I.T.A.N laknatullah
Berdekah-dekah diketawakan Gelak besar mentertawakan
Giliran istiqamah pula...

Al-Furqan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Surah Al-Baqarah (2); ayat 264
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riya' (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."
Surah Yunus (10); ayat 24
"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (kerana air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti …