Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

HATI INI

Bismillahirrahmanirrahim
Resah, keliru, runsing, serabut, tak ketahuan... Kenapa jadi macam ni? Nak mintak tolong dengan siapa ni? Mak, ayah, kawan, adik-beradik... Mereka semua itu makhluk ALLAH jua Siapa yang menciptakan mereka? Mestilah ALLAH Mereka punya hati Sama seperti aku jua Bukankah hati ini DIA yang pegang DIA bisa membolak-balikkan hati ini DIA mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini
'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami ke atas agama-MU Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaati-MU...'
Nabi s.a.w. pernah bersabda Manusia tidak akan sesat jika berpegang teguh dengan dua perkara ini Apakah ia? Al-Quran dan sunnahnya
Takkan masih ragu-ragu dengan pernyataan Nabi Muhammad s.a.w ini Na'uzubillahiminzalik Mengundang kepada rosaknya iman Segeralah beristighfar Mohon taubat nasuha daripadaNYA
Dalam azan menyatakan 'Marilah solat, marilah menuju kejayaan' Ohh, jadinya... Solat dulu baru boleh berjaya Masih tak percaya? Tundukk…

1432H

~Bismillahirrahmanirrahim~
Hati dia banyak menyimpan rahsia rupanya. Sehinggakan apabila ditanya, tergugur titisan jernih. Nampak sangat bahawa dia menanggung beban. Tetapi kecekalannya itulah yang membuatkan dia lebih kuat, lebih tabah hadapi hidup, lebih dekat dengan ALLAH. Kecekalannya itulah juga yang membuatkan lahirnya zuriat yang mempunyai hati sekental dirinya. Siapa sangka secara fisiknya senyuman manis terukir, rupa-rupanya hati itu terkandung duka. ALLAHUAKBAR. Terima kasih ALLAH.
"Kalau susah hati cerita kat sape?"
"Dulu-dulu masa hidup merantau, mengadu kat Tuhan je lah."
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
****************************************************************************…