29 December 2011

I BELIEVE


I Believe (LYRICS)

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher ZainVideo
Directed by: Lena Khan

MR. BELLY


Mr. Belly- going to be my best friend forever

Use it well, ya!
~28december2011 ketarimerah changlun~

15 December 2011

THEY LEFT


26 November 2011

Kak An balik ke rumah, sempena cuti sekolah. Iqbal Hakimi dah pandai cakap, ayat-ayat yang dikeluarkan kebanyakannya terbalik dan trengkas.

"Nek, kapa? (baca: nenek, kenapa?)"

"Abang makan nacik nak... (baca: abang nak makan nasi)"


Luqman Hadi pulak dah boleh jalan dengan kemas. Dah pandai memberontak kalau apa yang dianak tak dipenuhi. Sangat rapat dengan Tok Wan. Tok Wan bagi A++ kat Luqman ;)


07 December 2011

Kak Jah pulak balik rumah. Rumah Tok Wan dan Atok semakin meriah, bising dengan gelagat cucu-cucu. Semuanya 5 hero. Sorang lagi hero tak balik, pulang ke Kelantan.
Adam dah besar. Tahun depan nak masuk darjah satu. Kena pakai kasut sekolah putih, baju warna putih, dan beg sekolah yang sangat berat dengan buku-buku. Adi Farhan pulak tahun depan dah masuk 5 tahun. Ibu cakap mungkin tak payah hantar ke tadika. Belajar je dari abang dia, Adam Irfan. Kiranya Adam jadi cikgu Adi =) Arif Ikhwan- memang tak boleh berpisah daripada ibu dia. Sangat teruja dengan Boboiboy, tapi sangat takut dengan kucing, patung 'Snail', dan Angry Bird. ;)


09 December 2011

Bapa saudara saya meninggal dunia akibat daripada penyakit asma yang dihidapi. Semoga segala amalan soleh semasa hidup di dunia, doa daripada anak-anak yang soleh, dan ilmu yang dimanfaatkan menjadi bekalan di sana. Semoga ALLAH merahmati dan mengampuni segala dosa-dosanya. Al-Fatihah...

10 December 2011

Pemergian sahabat yang dikasihi, Nur Syahiela Mohd Salleh- teman semasa di sekolah menengah. Meninggal dunia bersama kandungannya yang berusia dua bulan. Kereta yang dipandu sendiri olehnya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan tahun ini, dalam bulan Jun. Teman-teman menangisi pemergianmu, namun ALLAH jua yang lebih sayang kepadamu. Semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah...

11 December 2011

Hantar Kak An di lapangan terbang Kepala Batas. Nak balik ke Labuan dah. :'(

12 December 2011

Kematian bonda tercinta kepada sahabat semasa sekolah rendah dan menengah, Nurul Nawilah Roslan. Semoga dirimu tabah mengharungi hidup ini tanpa insan tercinta. Semoga roh ibumu bersemadi dengan tenang di sisi Pencipta dan beroleh keampunan dari-NYA. Al-Fatihah...

14 December 2011

Geng Boboiboy pulang ke Bangi. Rumah Atok Wan dan Atok kembali sunyi... :'(


* Eh, Haiqal Falyas, bila nak balik kampung Tok Wan ni? =)


*Hasya Sofea, dah pandai duduk. Lepas ni kena terbang ke Miri pulak, teman mama dia di sana.

~ Uhibbuki usrati
~ Kak An: seronok ler dengan skirt dan tudung baru dia... =)
~ Kak Jah: thanks for the sharing moment. Really appreciate it! Thank you for being a Very good listener, thumbs up for you sista! =)
~ I LOVE MY FAMILY. THANK YOU ALLAH.


07 December 2011

TENTANG MEREKA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Special dedication for them:-

1. Wan Hani Munirah- Gadis comel, aktif, pintar, kreatif, baik hati... Semoga ALLAH permudahkan urusanmu, adik.
2. Shiela Salleh- Sahabat masa saya di sekolah menengah. Terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekarang dalam keadaan kritikal, pendarahan teruk di kepala. Semoga ALLAH melindungimu, sahabat.
3. Siddiq- my youngest brother. ALLAH knows best. Just focus on your study. [24:26]

Pernah tak kita terfikir. Kita memandu kereta atau motosikal di tengah malam. Mungkin pulang dari tempat kerja, mungkin pulang dari program dakwah, mungkin pulang dari bersembang dengan rakan-rakan di kedai makan. Kiri dan kanan jalan tiada sesiapa. Pedal minyak ditekan, memandu dengan laju. Akhirnya kita selamat sampai di rumah. Semuanya ini kerana siapa? Ketentuan siapa?

'Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH'

ALLAHu rabbi, Alhamdulillah...~

08 November 2011

KELEBIHAN QIAMULLAIL

Muqaddimah; Tv9 08/11/2011 0830am
Oleh: Ustaz Fauzi Mustaffa

Kelebihan qiamullail: wajah berseri-seri sebab kita berdua-duaan dengan ALLAH, dorongan iman yang kuat untuk bangun awal malam

Tatacara untuk memudahkan bangun malam:-

1. Niat kena betul. "saya nak bangun tengan malam ini untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. kerana rasa iman saya kerana ALLAH.
setiap kehidupan itu bermula dengan niat. niat akan memudahkan kita untuk bangun malam.

2. Elakkan makan terlalu banyak sebelum tidur.
"jangan makan banyak, jangan tidur banyak, maka kamu akan rugi banyak..."
Kata Imam Syafie: orang yang makan banyak, mindanya akan kurang bekerja, maka cepat rasa mengantuk.

3. Elakkan membuat kerja-kerja berat di siang hari.
Contohnya buruh kasar. Sekiranya membuat kerja berat di siang hari, maka akan cepat rasa letih pada malam hari.

4. Qailullah- tidur sebentar sebelum Zohor.
Misalnya: tidur dalam masa 15 minit sebelum masuk waktu solat Zuhur.
Fungsinya: supaya mudah untuk bangun malam (qiamullail).

5. Menjauhi dosa pada siang hari.
Sekiranya ada melakukan dosa, maka segeralah bertaubat, istighfar.

6. Bersihkan jiwa, sanubari, dan hati daripada sifat-sifat mazmumah.
Untuk berjumpa dengan ALLAH, mestilah dengan hati yang bersih, ikhlas, tiada perasaan dengki, riak dsb.

7. Kunci jam untuk bangun tengah malam =)

8. Tidur dulu sebelum qiamullail.
Tidur selepas ini mampu memberi kekuatan untuk bangun di tengah malam untuk mengerjakan qiamullail.

"Selamat beramal..." ^^

14 October 2011

TAZKIRAH JUMAAT

Nasihat Nabi s.a.w. kepada Abu Dzar Al-Ghifari:-

1. ikhlaskan hati kerana ALLAH
2. tambahkan amalan-amalan soleh. Misalnya: bersedekah, berpuasa sunat, melakukan solat sunat
3. ringankan bebanan dunia. Caranya: beramal di dunia sebagai bekalan untuk akhirat. Contohnya: membaca al-Quran. Al-Quran akan menjadi teman kita semasa berada di dalam kubur. Al-Quran juga akan datang sebagai syafaat kepada orang yang membacanya. Jadi, bacalah al-Quran walaupun satu ayat sehari!
4. Ikhlaskan hati dalam beramal
ertinya: untuk hadirkan rasa ikhlas itu, hidup secara sederhana (wasatiah), iaitu tidak berlebih-lebihan. Ajaran Islam tidak melarang untuk mencari duit lebih atau banyak, tetapi jangan lupa untuk menginfak atau bersedekah wang itu kepada pihak yang memerlukan. Ini kerana rezeki itu datang daripada ALLAH. Jika kita ikhlas memberi, maka ALLAH akan tambahkan rezeki kita... =)

Keperibadian mulia junjungan besar nabi muhammad s.a.w. ialah kehidupan dunia ini tiada dalam dirinya, yang ada ialah akhirat. Nabi s.a.w. tidak tinggalkan kita dengan harta dunia, nabi tidak tinggalkan kita dengan emas bertimbun-timbun. Apa yang nabi s.a.w. tinggalkan kepada kita ialah al-Quran dan sunnahnya...

***Pengisian dalam slot bacaan Quran Radio Malaysia Kedah jam 09:15am, Jumaat 14hb Oktober 2011 ***

21 September 2011

SELAWAT TAFRIJIYYAH



Petikan daripada buku Risalah Doa (1973) keluaran PP Assegaff, Surabaya; susunan Haji Dja'far Sabran.

Syeikh Muhammad At-Tunisi menerangkan khasiat-khasiat selawat Tafrijiyyah. Antaranya:

~ dibaca 11 kali setiap hari mohon dimurahkan rezeki dan diberi nama baik dalam pergaulan sesama manusia
~ dibaca 41 kali setiap hari sesudah selesai tiap-tiap kali sembahyang Subuh, mohon dimurahkan tercapainya hasil yang baik dalam setiap usaha

Imam Qorthobi menerangkan:

~ dibaca 100 kali setiap hari, mohon dilepaskan dari kedukaan, diluaskan rezeki, dibukakan pintu kebajikan, dihindarkan dari bahaya kelaparan dan kemiskinan, ditimbulkan rasa kasih sayang pada hati setiap orang

~ dibaca 4444 kali pada suatu majlis, mohon ditunaikan hajat yang besar dan dilepaskan dari bala musibah yang sangat membahayakan

Imam Qorthobi menambah, bahawa di antara syarat-syarat terkabulnya hajat adalah dawam (terus-menerus dengan tidak henti-hentinya) pada suatu amalan.

Syeikh Musthafa Al-Hindi menerangkan:
dawam mengamalkan selawat Tafrijiyyah memudahkan faham membuka tabir ilmu pengetahuan dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

***keterangan-keterangan ini dipetik dan diterjemahkan dari kitab Khazinatul Asrar (perbendaharaan yang tersimpan) karangan Syeikh Muhammad Haqqi An-Nazili halaman 178.

***terima kasih atas perkongsian ilmu daripada seorang sahabat saya. Syukran jazilan...


ZIKIR PENAWAR DUKA


~Rancangan Muqaddimah, tv9 oleh Dr. Zahazan Mohamad 08:00am~

Zikrullah itu bermaksud mengingati ALLAH. Zikir itu bukan setakat mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Zikir itu juga bererti niat yang baik, tindakan mencari rezeki yang halal, mencegah kemungkaran, melakukan ketaatan, memberikan kata-kata atau ucapan yang baik.

ALLAH suka akan seseorang yang apabila melakukan sesuatu, dia lakukan dengan bersungguh-sungguh, azam yang kuat.

Dampingi diri dengan ilmu. Rajinkan diri menghadiri majlis ilmu, rapatkan diri anda dengan orang yang berilmu. Berdamping dengan orang-orang yang soleh, yang ada ilmu dan beramal dengan ilmunya.

Apabila berjumpa atau pergi ke rumah orang saleh. Kita berziarah ke rumah orang soleh, makanan yang diberikan oleh mereka itu memberikan tubuh badan yang baik dan sihat.

* Surah Ar-ra'd ayat : 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia."

18 September 2011

REDHA


Anak: Mak, macam mana nak hilangkan rasa sakit hati ni?
Mak: Rasa redha je lah. Lepas tu, ingat bahawa diri kita pun ada silapnya, pernah buat silap. Manusia tak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan...

Si anak senyap sambil berfikir. Bisik hatinya, "Hmm, betul jugak kan. Aku pun pernah buat silap dengan orang. Berlapang dada sajalah. Kan ALLAH ada. Dan DIA Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui".

Terima kasih, mak =)


RASA MACAM...

Bila ada terlalu banyak kerja, rasa macam nak jadi budak-budak kecil semula. Rasa macam best je. Kanak-kanak tak perlu fikir banyak. Bangun pagi, ibu sediakan makanan, main-main dengan kawan dengan hati yang gembira. Malam pula dah mengantuk terus tidur. Esok rutin seperti biasa, main-main lagi.

Kalau dah dewasa ni, kena berfikir banyak. Kerja, kerja, kerja. Yang sudah berkahwin, fikir pasal anak, kena cari duit untuk membesarkan anak dan macam-macam lagi lah. Kalau nak stay jadi kanak-kanak saja boleh tak? Jawabnya mestilah tak boleh kan.

Tujuan manusia hidup di muka bumi ni ada sebab musababnya. ALLAH tak ciptakan kita dengan sia-sia. Memang dunia ni ALLAH cipta penuh dengan onak dan duri. Dalam Al-Quran pun ALLAH kata dunia ini hanyalah permainan. Akhirat itu kehidupan yang abadi. Memang hidup di dunia ni susah sebab ALLAH nak bagi kesenangan di akhirat kelak.

Orang yang berusaha melawan arus akan berjaya. Orang yang berenang tu kan sering melawan arus. Lawan punya lawan hingga sampai ke daratan.

Kalau duduk di takuk lama, sampai bila pun takkan maju. So, challenge yourself!

14 September 2011

NAIVE

Mak Wan memang seorang wanita yang tabah. Beliau seorang yang sangat kuat menempuh ranjau kehidupan. Dikurniakan dengan 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan. Kesemuanya masih bersekolah. Anak sulung baru berusia 18 tahun manakala anak yang bongsu berusia 6 tahun. Mak Wan lah ibu kepada anak-anaknya, juga bapa kepada anak-anaknya. Bukan ertinya Mak Wan tidak mempunyai suami. Beliau ada suami yang tinggal berjauhan dengannya. Berjauhan kerana tugas mencari rezeki di ibu kota. Mak Wan bukanlah seorang yang tidak berilmu, beliau merupakan seorang penjawat awam- bekerja sebagai pendidik. Walaupun berjauhan dengan suaminya, Mak Wan mampu mengajar dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Beliau sangat menitik beratkan ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama. Melalui ilmulah, kita dapat menguasai dunia dan akhirat. Mak Wan tabah meneruskan hidup bersendirian tanpa kehadiran si suami. Mungkin perkahwinannya itu hanyalah atas kertas sahaja. Manakan tidak, si suami tidak pernah memberikan nafkah kepadanya. Rasa-rasanya rumah yang didiaminya sekarang ini hasil titik peluh dirinya sendiri membanting tulang empat kerat. Bukan ertinya untuk mengangkat diri tetapi itulah kenyataan. Sebenarnya suaminya telah berkahwin lagi satu. Tidak pasti samada berita itu sahih atau tidak. Sekiranya benar, Mak Wan tidak boleh berbuat apa-apa. Kuasa ada pada si suami untuk membuka cawangan lebih daripada satu. Pernah suatu ketika mereka berpisah, dalam erti kata lain ialah bercerai- tetapi hanyalah beberapa bulan sahaja dan rujuk kembali.

Hidup ini perlu diteruskan walaupun apa yang kita rancang tidak menjadi. Apa hikmah di sebaliknya? ALLAH ialah penentu segalanya. DIA Tuhan Yang Maha Berkuasa. Rahsia hidup kita berada di tangan-NYA. Maka mengapa kita masih sombong untuk tunduk sujud kepada-NYA?

Ketenangan hidup akan dapat dirasa apabila kita berlapang dada menerima qada' dan qadar-NYA. Banyak memberi akan membuatkan diri berasa lapang. Usahlah ditagihkan penghargaan manusia, tetapi penghargaan daripada ALLAH itulah matlamat utama. Serahkan segala ketentuan kepada ALLAH.

"Appreciate the difference, Strengthen the similarities..."

20 August 2011

FASA Ke-3

Setiap kali saya melakukan kesilapan, saya sangat yakin bahawa ianya daripada ALLAH. Pasti ia juga tersirat 1001 hikmah yang DIA mahu tunjukkan kepada saya. Mungkin untuk lebih mengenali insan-insan yang terlibat dengan lebih dekat, mungkin juga sebagai koreksi diri saya yang banyak kelemahan. Kesilapan yang dilakukan itu bukanlah penamat untuk sebuah kehidupan tetapi ia menjadi pembakar semangat agar tidak mengulangi kesilapan itu sekali lagi pada masa-masa akan datang. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Sebaliknya ia mengandungi pengajaran untuk kita lebih bergantung hanya kepada-NYA, pencipta alam buana ini. ALLAHurabbi, Ya ALLAH, Ya Karim, Ya Latif...

***************************

Eh, eh! sekarang dah masuk fasa ke-3 dalam bulan Ramadhan 1432H. Macam mana checklist Ramadhan kali ini? Baju raya dah siap? Hohoho... bukan itu yang menjadi matlamat utama. Check semula, Quran dah sampai juzuk mana? Sempat ke nak habiskan sebelum akhir Ramadhan? Hati dah dibersihkan sesuci-sucinya dengan solat Taubat dan zikir? Ada buat sedekah tak? Tau tak., sedekah jariah tu boleh mensucikan hati kita juga. Ye lah, rezeki yang koita peroleh tu bukan datang dari kita. Sebenarnya ALLAH yang berikan kepada kita. Jadi, kita kena juga kongsikan rezeki itu degna mereka yang memerlukan. Jangan kedekut~! Kalau kita memberi, ALLAH akan tambahkan lagi rezeki kita. Trust with ALLAH.

~ peringatan sebagai sesama muslim untuk diri sendiri juga. Wallahua'lam...

01 August 2011

~RAMADHAN KAREEM~

Assalamu’alaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Sekarang sudah masuh ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang ditunggu oleh kita umat Nabi s.a.w. Manakan tidak, ibadah puasa ini merupakan ibadah yang paling disukai oleh ALLAH. ALLAH jualah penilai bagi ibadah ini. Maksudnya hanya ALLAH yang mengetahui ibadah puasa yang dilakukan seorang hamba itu berbanding ibadah lain. Maksudnya, sekiranya seseorang melakukan ibadah solat, maka manusia boleh menilainya dengan melihat perbuatan solatnya itu, namun bagi puasa, ALLAH sahaja yang mengetahui. Sekiranya manusia curi-curi makan, manusia tak nampak dan tahu tetapi ALLAH yang menyaksikan perbuatan itu.

Puasa mengikut definisi syarak ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 183,

“Hai orang-orang yang beriman! Kalian diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan terhadap umat sebelum kalian, agar kalian bertaqwa.” [Al-Baqarah: 183]

Semua orang pasti mempunyai nostalgia yang tersendiri berkenaan puasa. Saya turut tidak terkecuali dalam hal ini. Kisah semasa kanak-kanak ribena dahulu. Setiap kali datangnya Ramadhan, saya pasti teringatkan kisah ini. Semasa berumur 9 tahun, saya bersekolah rendah untuk sesi petang. Bila dah balik dari sekolah tu, rasa penat dengan panas terik matahari. Balik sekolah terus mengadap tv dan mengambil sehelai kain tuala ‘good morning’. Kalau saya tak silap, rancangan yang menjadi kegemaran masa itu ialah Rumah Kedai. Kain tuala tersebut saya basahkan dengan air sejuk yang diambil daripada peti sejuk (dengan alasan penat sebab balik dari sekolah dan cuaca yang sangat panas. Diharapkan tindakan saya itu dapat mengurangkan suasana panas tu). Sebenarnya, niat di hati sambil menekapkan tuala di kepala, air yang menitik itu boleh saya telan untuk menghilangkan haus. Hehehe... (Ya ALLAH, jahil betul aku masa tu).

Setiap kali bulan puasa, ayah akan memberikan galakan untuk siapa yang berpuasa penuh akan dapat duit raya banyak. Maksudnya ayah akan bagi RM30 sebagai duit raya kepada anak-anak yang berpuasa penuh. Kalau tinggal puasa sehari, maka duit raya akan dipotong RM1. Jadi, kami adik beradik pakat pulun mendapatkan puasa penuh walaupun kadang-kadang ada yang mengelat. =)

Lagi satu sebagai galakan untuk bangun sahur pula, mak saya akan beritahu menu special untuk pagi esok. Menu kegemaran kami, ayam masak kicap. Jadi, apa lagi kami adik beradik mesti bangun pagi esoknya. Kalau ada yang bangun lewat, nanti ayam tu habis dimakan.

Itu semua kenangan 20 tahun lalu. Sekarang ni, niat berpuasa itu haruslah ikhlas semata-mata kerana ALLAH demi meraih redha-NYA.



Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Selamat datang ke taman bunga kerohanian. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesalahan dan kekurangan diri. Bersama laksanakan ibadah puasa ini sebaik mungkin. Semoga kita beroleh rahmat dan keampunan dari ALLAH. Baarakallahulakum~

30 June 2011

DARI-NYA

Rezeki itu ALLAH dah tetapkan. Hassan Al-Basri kata rezeki kita tidak akan diambil orang dan rezeki orang tidak akan kita peroleh. Kita perlu ada sifat qanaah iaitu berasa cukup dengan apa ynag kita ada, dalam masa yang sama berusaha mencari rezeki lebih agar dapat diinfakkan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih, ya ALLAH. Hindarilah diri kami daripada sifat mazmumah. Hindarilah kami daripada adanya sifat cintakan dunia. Hindarilah kami daripada sifat riya', ujub dan takabbur. Segala kemuliaan itu hanyalah milik-MU ya ALLAH. Peliharalah iman kami kerana ENGKAULAH pemilik hati kami. ENGKAU bisa membolak-balikkan hati kami.

19 June 2011

OOO... BARU PERASAN


Ok, terima kasih kak~!
Kak, nanti saya bayar, ye.

(Ohhh, sudah tua rupanya saya nih. kalau sebelum ni membahasakan diri orang lain sebagai kakak, sekarang saya pula yang dipanggil kakak. Hohoho.)

*******************************

Mata ini seringkali salah mentafsir. Seringkali salah sangka. Lebih mencari cinta makhluk sedangkan kasih ALLAH terdampar luas. Mungkin akan tiba suatu masa nanti. Sebab ALLAH Maha Mendengar, ALLAH Maha Pengasih. Sabar itu kunci kejayaan. Mungkin mudah untuk mengungkapkannya, tetapi untuk menghadapinya amat susah sekali. Hati ini perlu berlapang dada menerima ketentuan ALLAH. Mungkin itu yang terbaik buat masa kini. Berhibernasi.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." [Al-Baqarah (2):186]

~~~inner peace~!~ KungFu Panda 2.

27 May 2011

HENTAMAN PERTAMA


Assalamu'alaikum
Salam Jumaat, salam ceria, salam mahabbah. Segala pujian hanya bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.

Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda bermaksud: "Bertaqwalah kepada ALLAH dan bersabarlah."

Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, "Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun, Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Nabi s.a.w. tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama." [Muttafaq 'alaih]

~Sumber: SOLUSI isu no.31, m/s 11~

26 May 2011

ISTIWA'

Istiwa' merupakan satu fenomena untuk menentukan arah kiblat. Pada waktu ini, matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Biasanya, ia sering berlaku pada tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun. Peristiwa ini menunjukkan betapa agungnya Pencipta alam ini melalui peredaran objek-objek di angkasa raya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
2. Wiki

20 May 2011

J.A.T.U.H


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Pernahkah anda terjatuh basikal? Hmm, seingat saya masa kecik-kecik dulu ada je jatuh basikal. Tapi masa tu, dengan tahap kognitif yang masih muda, jatuh bangun semula. Kalau jatuh lagi, bangun dan terus mencuba lagi sampai berjaya. Itu masa kecik-kecik dulu.


Tapi sekarang ni, apabila usia sudah meningkat melepasi suku abad, kadang-kadang tertewas dengan kehendak diri. Tertewas dengan emosi sendiri. Terlalu mengikut kata hati yang akhirnya menambah dosa sendiri. Pernah satu ketika, saya terlalu mahukan plan A saya berjaya. Namun, kata ALLAH, ketentuan seseuatu perkara itu terletak pada tangan-NYA. DIA Yang Maha Berkuasa. Pernah terduduk menangisi kegagalan itu. Sehinggakan melabel diri ini sebagai seorang yang gagal dan sering menyalahkan diri sendiri. Mungkin ALLAH mahu mentarbiyah diri ini. Muhasabah diri sendiri. Sejauh mana keikhlasan diri ini menjalankan tugas sebagai abdi-NYA. Berfikiran positif dan husnuzzhon dengan perancangan ALLAH yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-NYA.

Pernah juga satu ketika saya suarakan plan B saya. Mengikut firasat sebagai hamba-NYA yang serba dhaif ini, mungkin masih terlalu awal untuk saya suarakan hasrat tersebut. Namun, dengan tidak dijangka-jangka ALLAH kabulkan hajat itu dalam masa terdekat. Lihat, kan ALLAH Maha Penyayang, ALLAH itu Maha Mendengar, dan ALLAH Maha Mengetahui.

Saya teringat kepada mesej yang diterima daripada seorang teman:-
"Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH menyayangimu
jika doamu lambat dimakbulkan, tanda ALLAH ingin mengujimu
jika doamu tidak dimakbulkan, tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu..."

Wahai diri yang disayangi,
Tabahkan hatimu
Betulkan niatmu semata-mata kerana mencari redha ALLAH
Rungkaikan segala rasa gelisah di hatimu
Bersujudlah kepada-NYA
Banyakkan berzikir kepada-NYA
Astaghfirullah...
Allahuakbar.

"Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia." Ar-Ra'd (13): 28.

***Awal pagi tadi, kami mendapat berita kematian bapa saudara kepada ayah saya merangkap tok saudara saya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

15 May 2011

FOLLOW YOUR HEART (I)

Teori omputeh:
hating things.... [page 60]
"We cannot change anything unless we accept it." ~ Carl Jung

Hating things is a bad idea. While you hate something, you remain invisibly connected to it.- so it will tend to hang around.

EXAMPLE: Let's say you are in debt and you hate it. That's a difficult position from which to improve your finances. You put so much energy into hating it, that you stay stuck- you're drained. Once you accept your debt, free of the emotional turmoil, you can move out of it. Acceptance does not mean "giving up"- it means understanding what is.

EXAMPLE: Until you accept that you are overweight, you either: a) deny you are fat, or (b) hate yourself for being fat. In either case, you stay fat. You only begin to lose weight once you accept you are fat.

Getting angry or fighting doesn't work. You overcome what you don't like by accepting what is- not resisting- and replacing it with something positive.

************************************

Dalam Islam,

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti." ~Saidina Ali bin Abi Talib. [Solusi; isu no.29; m/s 28]

Bersifat husnuzzhan (bersangka baik) atas segala sesuatu yang berlaku. Masakan ALLAH sengaja memberikan sesuatu kesusahan atau kesenangan itu kepada kita. Ingatlah bahawa setiap keperitan itu merupakan nikmat dari ALLAH dan setiap kesenangan itu ujian dari ALLAH. Sewaktu kita dalam kesusahan atau kesulitan, ALLAH mahu menguji sejauh mana kita bersabar dan bergantung harap kepada-NYA. Sewaktu kita diulit kemewahan mahupun kesenangan, ALLAH menguji sejauh mana kekuatan iman kita untuk menginfak atau memberikan kepada yang memerlukan nikmat itu. Sesungguhnya ALLAH yang memberi rezeki.

*Mana yang baik daripada teori orang barat itu boleh digunakan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Akal yang diberikan ALLAH digunakan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Wallahua' lam...

14 May 2011

SAYA SUKAAA~


Benih yang baik itu apabila dicampak ke darat menjadi gunung, dan apabila dicampak ke laut menjadi pulau...

Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan. Qalbi (hati ) pula ibarat taman bunga yang indah dihati kita. Tatkala sang mentari memancarkan sinarnya, bunga-bunga kelihatan ceria. Namun, sekiranya berlanjutan tanpa sedikit pun air, maka akan layulah bunga. Oleh itu, hadirnya mendung boleh menyuburkan bunga-bunga tersebut. Selepas mendung menamatkan tugasnya, Allah SWT turunkan pula hujan dan hiaskan taman kita dengan pelangi yang indah nan bersemi.

11 May 2011

KANAK-KANAK

Pendidikan yang harus diberikan kepada mereka amat berbeza. Sikap mereka juga berbeza. Gaya hidup mereka juga berbeza. Cumanya satu yang menjadi titik persamaan antara mereka ialah sikap suka bermain. Biasalah kanak-kanak. Mereka cuma tahu seronok sahaja. Hidup mereka ceria. Kalau terjatuh sekali pun, mereka lekas bangun semula dan teruskan langkah ke hadapan. Tiada lagi tolehan ke belakang. Kalau ada yang menangis pun, hanyalah bersifat seketika. Menangis kerana sakit, ataupun kerana mahukan perhatian daripada mak ayah. Sudah puas menangis, kembali menjalani kehidupan dengan ceria. Seolah-olah telah melupakan perkara sedih yang berlaku semalam...

Kalau dahulu sangat mudah untuk berbicara dengan mereka, namun pengajaran kali ini memerlukan ketangkasan dan kekreatifan saya untuk mendidik mereka. Walaupun dalam masa yang singkat, namun perkara pokok ialah sejauh mana mereka menguasai pelajarna itu. Mengajar bukan sekadar mengenal huruf dan membaca, tetapi perkara yang penting ialah membawa mereka kepada mengenal Pencipta alam buana ini.

Kanak-kanak di sini lebih aktif berbanding kanak-kanak di sana. Keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu pelajaran juga agak terbatas. Mungkin kerana kurangnya fokus disebabkan suasana belajar. Mungkin juga kerana latar belakang ibu bapa. Atau mungkin juga kerana pengaruh rakan-rakan.

Kanak-kanak di sana cekap menguasai pelajaran. Sangat mudah mendidik mereka. Kekemasan diri mereka juga terjaga.

Persamaan mereka:
1. belajar sambil bermain
2. meyakinkan kebolehan mereka dengan memberikan kata-kata semangat/ motivasi.
"Kamu boleh buat. Kamu pandai. Kamu budak baik."
3. bertegas dengan perkara yang salah (punishment).
4. memberikan ganjaran (reward) sebagai pengiktirafan atas kejayaan.

***Sangat seronok dan gembira mengajar kanak-kanak itu. Penat hanyalah seketika kerana keesokannya rasa rindu untuk berjumpa dengan mereka, melayan 1001 kerenah. Hohoho~

22 April 2011

SMKBBDA

Ya, kakak yakin dengan adik-adik. Kerana diri adik-adik adalah sangat berharga. Jaga maruah diri. Jangan sesekali menyerahkan harta yang ALLAH beri kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ingat adik-adik, perjalanan hidup adik-adik masih jauh lagi. Penuhi masa mudamu dengan menuntut ilmu. Berbaktilah kepada ayah dan emak selagi hayat dikandung badan. Hormati guru-guru yang mencurahkan bakti ilmu kepadamu. Mengajarmu supaya menjadi insan berguna. Apabila di sekolah, guru-guru ialah ibu bapamu. Dengar nasihat mereka, kerana kata-kata mereka, kerana semua itu untuk kebaikanmu pada masa hadapan.

Adik, jangan terlalu mengikut kehendakmu. Salurkan ia mengikut panduan syariat. Remaja yang cemerlang itu melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA. Remaja yang cemerlang itu tidak meninggalkan solat. Selepas solat, barulah akan berjaya.

Ayuh, bangunlah adik-adik. Jangan sesekali meninggalkan bacaan Al-Quran. Bacalah Al-Quran walaupun satu ayat sehari. Usahakan diri untuk memahami maksud ayat-ayatnya. Letakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH. Merayu, merintih, mengadulah kepada ALLAH kerana sifat ALLAH itu Yang Maha Mendengar.

Yakinlah dengan kebolehan dirimu adik-adik. Sayangi dirimu. Jangan cemari masa mudamu dengan perkara-perkara yang melalaikan. Ingatlah, adik. Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang benar-benar menyesali kesilapannya yang lalu...

ALLAH loves you, sisters~! ;)

Kredit: Ayu Zamani, Hidayat, Ustazah Asma, saya.
SMKBBDA, Khamis & Jumaat, 21-22 April 2011.

13 April 2011

TERIMA KASIH

Tit, tit, tit... (bunyi mesej masuk)
"Salam. Kak syikin apa kabar?"
"Salam. Akak wat pe skrg? Dah kawen ek?"
"Syikin keja mana skrg?"
"Kinnn..."

Tergezut menerima mesej daripada sahabat-sahabat.
Terima kasih atas ingatan kalian...
Sesungguhnya doaku sentiasa mengiringi kalian.
kalian insan yang HEBAT
kalian insan yang BAIK
kalian insan yang DISAYANGI ALLAH

DIA mencampakkan rasa indahnya ukhuwah
Ukhuwah yang terbina tatkala kita dalam satu perjuangan
Menuntut ilmu keranaNYA
Mengembara melihat keindahan alam

Masakan ALLAH sengaja mempertemukan kita
Setiap kejadian atau peristiwa itu bukan secara kebetulan
Kebetulan itu menuntut kita untuk mencari hikmahnya
ALLAH Maha Penyayang akan hamba-hambaNYA

Terima kasih sahabat ;)
Friendship forever

"The way to have a friend is to be a friend..."

30 March 2011

PAHALA


Tadi terdengar siaran ceramah agama di radio Kedah 97.5fm... ;) tak pasti lah pulak ustaz mana yang bagi kuliyah tu.. Tapi isi yang menariknya, ada beberapa cara untuk mendapat pahala melalui pancaindera mata.

1. Baca Al-Quran
Maksudnya baca al-Quran setiap hari walaupun sepotong ayat sahaja. Setiap huruf itu akan diberi ganjaran 10pahala. Misalnya alif, lam, mim... Alif itu 10pahala, lam itu 10pahala, dan mim itu 10pahala. Haa, kan free-free je dah dapat pahala. Itu baru setakat baca je. Kalau dah baca Quran, lepas tu baca tafsirnya, dan mengamalkan kandungan Al-Quran itu, mestilah lagi berlipat kali ganda pahala yang akan ALLAH berikan. Wahhh, SERONOKnya baca Quran.

2. Melihat Ka'bah
Rukun Islam yang ke-5, menunaikan haji bagi yang berkuasa atau mampu. Kalau masih belum mampu ke sana, cukuplah sekadar melihat gambarnya. Melihat gambar Ka'bah. (Hmm, destinasi pilihan saya-Mekah, masih belum tertunai lagi. Akan diusahalan untuk ke sana.. insyaALLAH).

3. Melihat wajah ayah dan ibu
"Mak, ayah, mai sini sat. Cek nak tengok muka mak...", kata seorang anak. Masa saya belajar di Shah Alam dulu, saya letakkan gambar mak ayah dalam album dan tengok je selalu... Hee. Jauh sangat nak balik, masa cuti sem je baru boleh balik rumah. Sedih woo...

4. Melihat wajah para ulama'
Boleh diamalkan dengan pergi mendengar kuliyah mereka di masjid-masjid atau mana-mana tempat umum.

Sekian, tazkirah untuk hari ini. Mana yang baik itu daripada ALLAH dan kelemahan itu dari diri saya sendiri, hakikatnya daripada ALLAH jua.

Wallahu'alam... (^_^)v

14 March 2011

S.A.H.A.B.A.T


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sahabat,
Maafkan aku kiranya ada hak-hakmu yang tidak aku tunaikan
Maafkan aku kerana jarang menghubungimu
Maafkan aku andai bisa mengguriskan hatimu
Maafkan aku kerana buruk sangka denganmu
Maafkan aku kerana mengabaikan janji-janji yang pernah terlafaz

Sahabat,
Terima kasih atas nasihatmu
Terima kasih atas doronganmu
Terima kasih atas kesudianmu menghulurkan tangan tatkala aku dalam kesusahan
Terima kasih atas kesudianmu meminjamkan bahumu untukku mengurangkan resah di jiwaku
Terima kasih kerana sudi menerima segala kekuranganku
Terima kasih kerana sudi menghulurkan salam perkenalan denganku

Sahabat,
Walau dimana dikau berada, aku mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidupmu dunia dan akhirat
Moga tali persahabatan ini bisa menjadi bukti tatkala disapa oleh ALLAH di hari kemudian
Antara golongan yang mendapat naungan ALLAH di akhirat kelak:
"dua orang sahabat yang berkasih (bersahabat) ker
ana ALLAH, bertemu dan berpisah keranaNYA..."

Akhir kalam, maafkan segala salah dan silapku sepanjang perkenalan kita
Aku memohon dihalalkan segala makan, minum, ilmu, tunjuk ajar dan sebagainya
Doaku sentiasa mengiringi setiap langkah perjuangan hidupmu
Semoga segala kebaikanmu sentiasa kuingat sehingga akhir hayatku
Terima kasih sahabat...

"Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya pada seseorang yang melabuhkan cinta padaMu. Agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut padaMu. agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya pd Mu. Agar dia tidak lalai dari merindui syurgaMu..."

Amin ya rabbal 'alamin...

10 March 2011

T.E.N.A.N.G

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi ALLAH. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Jika mahukan kesenangan,
maka berilah kesenangan kepada orang
Jika mahukan ketenangan,
maka berilah ketenangan kepada orang
Jika mahukan kebebasan,
maka berilah kebebasan kepada orang.

Itu antara kata-kata hikmat yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad seorang pakar mata. Maka di sini kita dapat lihat bahawa erti hidup adalah dengan banyak memberi. Memberi tanpa mengharapkan balasan kerana ALLAH itu pemilik mutlak hati-hati kita. InsyaALLAH DIA akan memberikan sesuatu yang sangat manis dan tidak disangka-sangka tatkala kita dalam kesusahan. Itulah keindahan apabila meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH.

Kehidupan manusia ini penuh dengan pancaroba dan dalam Al-Quran ALLAH menyatakan bahawa dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau (Al-Hadid, 57: 20). Maka formula untuk menghadapi hidup ialah:

Peristiwa + Tindak balas = Hasil hidup

Daripada formula di atas, saya berikan contoh agar lebih jelas. Khadijah bekerja sebagai seorang pendidik. Gaji Khadijah sebulan ialah RM2500. Satu hari, beliau mendapat berita mengatakan seorang sahabatnya terlibat dalam satu kemalangan (peristiwa). Kemalangan tersebut mengakibatkan kaki sahabatnya patah dan memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan. Maka dengan rasa belas ehsan, Khadijah menginfakkan sebanyak RM300 kepada rakannya itu (tindak balas). Harapannya agar sahabatnya itu lekas sembuh dan dipermudahkan urusan hidup. Khadijah berasa tenang kerana dapat membantu sahabatnya setakat termampu dan beliau yakin bahawa mungkin ini adalah hari sahabatnya. Beliau juga yakin bahawa rezeki yang dimilikinya itu pemberian ALLAH dan hanya ALLAH yang berhak membalasnya (hasil hidup).

Situasi ke-2:
Nora seorang jurujual. Dia menjual barang-barang runcit di perumahan tempat tinggalnya. Dalam perniagaan, dia sering menipu (peristiwa). Timbangan yang disukat sering kurang sedangkan harga barang tersebut sangat mahal (tindak balas). Maka, suatu hari pembeli sedar akan sikapnya yangs eringkali menipu dalam sukatan barang. Perniagaannya merosot dan terpaksa menanggung hutang piutang yang banyak (hasil hidup).
Oleh yang demikian, untuk mendapat ketenangan hidup, seseorang itu perlulah memiliki beberapa ciri seperti di bawah:
a) fizikal- merangkumi tubuh badan yang sihat, kesihatan yang baik
b) mental- menjaga minda dengan membaca bahan bacaan yang baik, menonton rancangan tv yang baik
c) kerohanian- menjaga solat, solat di awal waktu, solat dengan khusyuk, membaca Al-Quran
d) sosial- menjaga hubungan baik dengan semua orang, menghubungkan silaturrahim. (bak kata pepatah: yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan...)
e) kewangan- sumber kewangan haruslah mencukupi agar tidak meminta kepada orang lain.
Konklusinya, ketenangan hidup itu akan dicapai dengan memberi nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita kepada orang yang memerlukan. Nikmat itu merangkumi ilmu yang ada pada kita, kemahiran yang kita ada, duit yang banyak, tanah yang subur, dan sebagainya. Melalui nikmat ini, hitunglah sebanyak mana kesyukuran kita kepadaNYA, jangan dihitung sejauh mana kesukaran yang kita hadapi. Jangan dilihat sesuatu yang susah itu sebagai masalah tetapi lihatlah ia sebagai satu cabaran yang perlu kita hadapi. Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama hambaNYA yakni hambaNYA yang sering merintih memohon pertolongan kepadaNYA, hamba yang sering memohon petunjuk kepadaNYA dalam setiap kerja, hamba yang sering memohon kekuatan daripadaNYA kerana sifat hamba ini seorang yang lemah.
~ Saya mahu sentiasa berfikiran positif
~ Saya mahu selalu memberikan yang terbaik
~ Saya mahu menerima kebaikan
~ Saya mahu senyum selaloo...
~ Saya mahu ingat ALLAH selalu...

01 March 2011

IBU MAK UMI MAMA MUMMY


Mak, ibu, umi, mama... Itu semua kata nama bagi seorang wanita yang mempunyai anak. (Anak angkat pun boleh jugak kan? ada je yang panggil mama walaupun bukan anak sendiri...) Seorang wanita itu bukanlah tugasnya melahirkan anak sahaja. Anak itu perlu diberi didikan dan asuhan sesempurna mungkin. Selepas melahirkan, anak itu disusukan, dibelai dengan penuh kasih sayang, tidak seekor nyamuk atau semut pun dibenarkan menyentuh tubuh si kecil itu. Melihat anak-anak itu membesar di depan mata sahaja sudah cukup memggembirakan hati si ibu. Tidak pernah dizahirkan kerisauan dan kegelisahan di hati si ibu walaupun dia tahu dugaan hidup anaknya itu semakin mencabar. Semakin hari ada sahaja benda-benda baru dipersekitaran. Naluri seorang anak muda pula mudah terpengaruh, semangat igin mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya tidak dipagari dengan iman yang kukuh, hidupnya akan terpesong dari landasan yang betul.

Seorang ibu juga harus menjadi contoh bagi anak-anaknya. Anak-anak melihat kekuatan yang ada pada diri si ibu. Bukanlah manafikan kelemahan dan kekurangan diri si ibu, namun ibu harus menunjukkan sikap terbaik kerana anak-anak melihat setiap gerak-gerinya. Misalnya, si ibu memang ada masalah. Manusia mana yang tidak dilanda masalah. Tidak kira masalah kewangan, masalah hati, kesihatan dan sebagainya. Dari siapa lagi perlu dipohon kekuatan melainkan Pencipta diri ini sendiri? Pinta si ibu... Maka, dengan penuh rasa kehambaan kepada Yang Maha Esa, diri yang hina ini merebahkan diri sujud menyembah ALLAH kala dinihari. Si anak yang sudah dewasa kini terjaga dan berasa pilu tatkala melihat ibunya sedang asyik bermunajat dengan Pencipta Agung yakni ALLAH.

"Ya, mak memang seorang wanita yang tabah... Semoga kekuatan yang ada pada diri mak itu disalurkan pada anak-anaknya. Semoga mak sentiasa mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ALLAH. Semoga mak tergolong bersama golongan orang-orang yang beriman dan ditempatkan di Syurga kelak... Terima kasih, mak."

16 February 2011

MULIA~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untungnya kita dilahirkan dalam Islam. Untungnya kita kerana tergolong dalam golongan junjungan besar, merangkap kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w. Untungnya kita kerana Nabi s.a.w mewasiatkan dua perkara kepada kita nescaya tidak akan sesat hidup kita di dunia. Apakah ia? Al-Quran dan sunnahnya (Nabi Muhammad s.a.w). Maka, entry kali ini ingin saya bicara berkenaan dengan terjemahan surah Saba' (34) ayat ke 36, 39, dan 47.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNYA dan DIA juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNYA) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). ~Saba' ayat ke-36~

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNYA di antara hamba-hambaNYA, dan DIA juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya dan DIAlah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". ~Saba' ayat ke 39~

Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu, balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari ALLAH, dan DIA sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu". ~Saba' ayat ke 47~

Sekadar pemahaman daripada saya sebagai insan yang amat cetek ilmu tafsir...

Rezeki memang ALLAH dah tetapkan. Cumanya sebagai hambaNYA yang serba dhaif lagi hina, kita perlu berusaha, berikhtiar. Berusaha mencari rezeki. Setiap manusia dikurniakan bakat dan kelebihan masing-masing. Dalam erti kata lain, kita mempunyai kebolehan tersendiri. Cumanya kebolehan itu perlu digali dalam diri sendiri. Mungkin kita tak nampak kelebihan yang kita sendiri miliki, namun dengan pertolongan orang terdekat samada rakan-rakan atau guru-guru maka kebolehan itu mampu ditonjolkan. Misalnya, Ahmad mempunyai kebolehan dalam mengacarakan program-program motivasi. Dalam erti kata lainnya Ahmad berkebolehan menjadi fasilitator. Maka dengan bakat yang dimilikinya itu, dia boleh mencari mana-mana institusi yang memerlukan tenaga fasi untuk program yang dijalankan. Itu juga merupakan usaha mencari rezeki.

Sekiranya mempunyai pendapatan yang lebih, maka perlulah diinfakkan. Jikalau rezeki yang sedikit itu disedekahkan kepada yang memerlukan, nescaya ALLAH akan tambah rezeki kita. Rezeki yang ALLAH beri setelah kita infak itu mungkin dalam bentuk ketenangan hati, rasa gembira, pertolongan yang tidak disangka-sangka semasa kita dalam kesusahan, dan mungkin juga permintaan kita 10 tahun lalu dimakbulkan ALLAH pada 2 tahun akan datang. Syaratnya, yakin dengan pertolongan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA setelah melakukan ikhtiar.

Untuk tafsir ayat ke 47 surah Saba', saya rasa terharu dengan keperibadian Rasulullah s.a.w kerana Baginda berkata, dalam berdakwah menyebarkan Islam, Baginda tidak mengharapkan apa-apa. Balasan yang selayaknya adalah diminta daripada ALLAH sahaja. Baginda berserah kepada ALLAH atas segala usaha Baginda s.a.w. menyampaikan ajaran Islam. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Memerhati dan Menyaksikan setiap sesuatu. Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran bergerak. Maka seharusnya kita sedaya upaya membaca Al-Quran setiap hari walaupun satu ayat dan cuba memahami maksudnya.

Segala yang baik itu daripada ALLAH dan kekurangan itu daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekiranya ada terkurang dalam pangisian ini, maka sudilah kiranya dikongsi bersama. Wallahua'lam...

~Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami. Jauhilah diri kami daripada dosa syirik. Berilah kekuatan iman kepada kami.


09 February 2011

YA.. YA..YA...


Ya.. Ya.. Ya..
Saya ada masalah
Dia ada masalah
Mereka ada masalah
Semua orang ada masalah

So, jom lari...
Lari?
Nak ke mana?
Nak lari dari masalah?
Hahaha...
Semakin kita lari semakin dekat masalah tu dengan diri kita
Macam bayang-bayang, dia ikut kita je...
Habis tu?
Hadapilah masalah tu...
DARE TO FAIL~!
~Meminjam kata-kata daripada seorang sahabat, Ayu Zamani:

Kita boleh berpura-pura tabah di hadapan manusia TETAPI kita tidak boleh berpura-pura tabah di hadapan Tuhan manusia.

Ya ALLAH, aku memohon secebis kekuatan daripada-MU kerana ENGKAU Tuhan Yang Maha Perkasa (Al-Aziz).

07 February 2011

HIGH SPEED BROADBAND (HSBB)


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Antara 'ibrah hijrah Nabi s.a.w ialah kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH Taala. Di sinilah menguji sejauh mana kekuatan rohani kita. Kuatkah kita dalam melawan nafsu? Melawan nafsu untuk bangun di tengah malam, bermujahadah melawan air yg sejuk, bangun mensucikan diri, menghadap DIA Yang Esa. Tatkala keadaan sunyi sepi, semua orang nyenyak dibuai mimpi, hanya berdua dengan Rabb, DIA sentiasa mendengar rintihan dan pengaduan hamba yang hina sepertiku. Terima kasih
ALLAH.

Kekuatan umat Islam di Palestin ialah aspek ruhiyyah mereka yang sangat mantap. Anak-anak kecil pada usia yang sangat muda bisa menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran. Sesebuah keluarga di sana berasa amat malu sekiranya tiada seorang pu
n ahli keluarga mereka yang boleh menghafaz Al-Quran. Kekuatan mereka dalam melawan tentera rejim Zionis adalah melalui semangat yang padu. Saya pernah dengar pengalaman daripada seorang yang pernah megikuti misi keamanan VIVA Palestin. Beliau mengatakan bahawa umat Islam di sana tiada senjata canggih seperti tentera Yahudi. Mereka hanya membawa batu-batu untuk dibaling kepada tentera Yahudi. Sambil membaling batu itu, mereka menyebut kalimah ALLAHUAKBAR. Jadi, semestinya gerun habis tentera Yahudi walaupun berdepan dengan kanak-kanak kecil Palestin.


* Sabar itu ada 3:
1. sabar dalam mengerjakan ketaatan
2. sabar dalam meninggalkan perkara maksiat atau larangan ALLAH
3. sabar ketika ditimpa musibah.

28 January 2011

AL-FATIHAH

~Bismillahirrahmanirrahim~


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hari Jumaat hari yang mulia. Penghulu segala hari bagi umat Islam. Antara amalan mulia yang boleh dilakukan ada hari ini ialah melipatgandakan selawat kepada Nabi.s.a.w., bersedekah, membaca surah Al-Kahfi, m
elakukan solat Subuh secara berjemaah serta sujud sajdah.

Semalam dan pagi ini saya menerima sms daripada teman-teman seperjuangan dari UiTM, menyatakan atas pemergian seorang sahabat bernama Nurussaadah binti Jamaluddin. Beliau meninggal pada hari khamis, malam Jumaat 27 January 2011 bersamaan 22 Safar 1432H, jam 10:30 malam di Hospital Ampang. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beroleh keampunan ALLAH. Amin.

Sahabat kita ini telah menemui Ilahi pada umur yang masih muda iaitu 25 tahun. Tika itu, saya terfikir bagaimanakah pengakhiran usiaku pula? Sesungguhnya setiap saat, waktu, masa, dan hari kita semakin hampir dengan teman akrab kita iaitu kematian. Semakin menginjak usia, semakin dekat kita dengan kematian. Ingatlah setiap makhluk pasti menemui kematian (Al-Anbiya' 21: 35) Tika itu juga saya terfikir, betapa banyak maksiat yang telah dilakukan, lemahnya diri ini melawan nafsu. Sejauh mana keampunan telah dipinta daripada-NYA? Diri ini sering berlengah-lengah da
lam perkara kebaikan.

Wahai ALLAH,
ampunkan dosa-dosaku.
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku.
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku.
Ampunkan dosa muslimin dan muslimat.
Kami lemah, ya ALLAH.
Berilah kekuatan kepada kami dalam mengharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba.
Janganlah ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri.
Ya ALLAH,
semoga kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH
menjadi juara tatkala malaikat maut menjemput kami.

*Bertuahnya sahabat saya kerana meninggal pada hari Jumaat, hari yang mulia.
*Semoga dipermudahkan urusannya di sana dan ditempatkan bersama orang yang soleh.
*Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

23 January 2011

MANA MILIK KITA


Jika hari ini dirimu seorang yang HEBAT
Asalnya datang daripada didikan kedua ibu bapa
yang mengajar erti ketabahan dan kekuatan dalaman diri

Jika hari ini dirimu seorang yang HEBAT
Asalnya datang daripada guru-guru
yang tidak jemu mencurahkan ilmu

Jika hari ini dirimu seorang yang HEBAT
Asalnya datang daripada teman-teman
yang setia memberi sokongan dan dorongan

Jika hari ini dirimu seorang yang HEBAT
Asalnya datang daripada musuh-musuh
atau pun orang yang sering menyakiti hatimu

Jika hari ini dirimu seorang yang HEBAT
Asalnya datang daripada ajaran Rasulullah s.a.w.
kekasih ALLAH...
dan selayaknya tiada suatu pun yang berhak menerima pujian kecuali ALLAH...

ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR

KISAH WANITA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Sumber.