16 February 2011

MULIA~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untungnya kita dilahirkan dalam Islam. Untungnya kita kerana tergolong dalam golongan junjungan besar, merangkap kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w. Untungnya kita kerana Nabi s.a.w mewasiatkan dua perkara kepada kita nescaya tidak akan sesat hidup kita di dunia. Apakah ia? Al-Quran dan sunnahnya (Nabi Muhammad s.a.w). Maka, entry kali ini ingin saya bicara berkenaan dengan terjemahan surah Saba' (34) ayat ke 36, 39, dan 47.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNYA dan DIA juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNYA) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). ~Saba' ayat ke-36~

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNYA di antara hamba-hambaNYA, dan DIA juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya dan DIAlah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". ~Saba' ayat ke 39~

Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu, balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari ALLAH, dan DIA sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu". ~Saba' ayat ke 47~

Sekadar pemahaman daripada saya sebagai insan yang amat cetek ilmu tafsir...

Rezeki memang ALLAH dah tetapkan. Cumanya sebagai hambaNYA yang serba dhaif lagi hina, kita perlu berusaha, berikhtiar. Berusaha mencari rezeki. Setiap manusia dikurniakan bakat dan kelebihan masing-masing. Dalam erti kata lain, kita mempunyai kebolehan tersendiri. Cumanya kebolehan itu perlu digali dalam diri sendiri. Mungkin kita tak nampak kelebihan yang kita sendiri miliki, namun dengan pertolongan orang terdekat samada rakan-rakan atau guru-guru maka kebolehan itu mampu ditonjolkan. Misalnya, Ahmad mempunyai kebolehan dalam mengacarakan program-program motivasi. Dalam erti kata lainnya Ahmad berkebolehan menjadi fasilitator. Maka dengan bakat yang dimilikinya itu, dia boleh mencari mana-mana institusi yang memerlukan tenaga fasi untuk program yang dijalankan. Itu juga merupakan usaha mencari rezeki.

Sekiranya mempunyai pendapatan yang lebih, maka perlulah diinfakkan. Jikalau rezeki yang sedikit itu disedekahkan kepada yang memerlukan, nescaya ALLAH akan tambah rezeki kita. Rezeki yang ALLAH beri setelah kita infak itu mungkin dalam bentuk ketenangan hati, rasa gembira, pertolongan yang tidak disangka-sangka semasa kita dalam kesusahan, dan mungkin juga permintaan kita 10 tahun lalu dimakbulkan ALLAH pada 2 tahun akan datang. Syaratnya, yakin dengan pertolongan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA setelah melakukan ikhtiar.

Untuk tafsir ayat ke 47 surah Saba', saya rasa terharu dengan keperibadian Rasulullah s.a.w kerana Baginda berkata, dalam berdakwah menyebarkan Islam, Baginda tidak mengharapkan apa-apa. Balasan yang selayaknya adalah diminta daripada ALLAH sahaja. Baginda berserah kepada ALLAH atas segala usaha Baginda s.a.w. menyampaikan ajaran Islam. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Memerhati dan Menyaksikan setiap sesuatu. Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran bergerak. Maka seharusnya kita sedaya upaya membaca Al-Quran setiap hari walaupun satu ayat dan cuba memahami maksudnya.

Segala yang baik itu daripada ALLAH dan kekurangan itu daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekiranya ada terkurang dalam pangisian ini, maka sudilah kiranya dikongsi bersama. Wallahua'lam...

~Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami. Jauhilah diri kami daripada dosa syirik. Berilah kekuatan iman kepada kami.


09 February 2011

YA.. YA..YA...


Ya.. Ya.. Ya..
Saya ada masalah
Dia ada masalah
Mereka ada masalah
Semua orang ada masalah

So, jom lari...
Lari?
Nak ke mana?
Nak lari dari masalah?
Hahaha...
Semakin kita lari semakin dekat masalah tu dengan diri kita
Macam bayang-bayang, dia ikut kita je...
Habis tu?
Hadapilah masalah tu...
DARE TO FAIL~!
~Meminjam kata-kata daripada seorang sahabat, Ayu Zamani:

Kita boleh berpura-pura tabah di hadapan manusia TETAPI kita tidak boleh berpura-pura tabah di hadapan Tuhan manusia.

Ya ALLAH, aku memohon secebis kekuatan daripada-MU kerana ENGKAU Tuhan Yang Maha Perkasa (Al-Aziz).

07 February 2011

HIGH SPEED BROADBAND (HSBB)


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Antara 'ibrah hijrah Nabi s.a.w ialah kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH Taala. Di sinilah menguji sejauh mana kekuatan rohani kita. Kuatkah kita dalam melawan nafsu? Melawan nafsu untuk bangun di tengah malam, bermujahadah melawan air yg sejuk, bangun mensucikan diri, menghadap DIA Yang Esa. Tatkala keadaan sunyi sepi, semua orang nyenyak dibuai mimpi, hanya berdua dengan Rabb, DIA sentiasa mendengar rintihan dan pengaduan hamba yang hina sepertiku. Terima kasih
ALLAH.

Kekuatan umat Islam di Palestin ialah aspek ruhiyyah mereka yang sangat mantap. Anak-anak kecil pada usia yang sangat muda bisa menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran. Sesebuah keluarga di sana berasa amat malu sekiranya tiada seorang pu
n ahli keluarga mereka yang boleh menghafaz Al-Quran. Kekuatan mereka dalam melawan tentera rejim Zionis adalah melalui semangat yang padu. Saya pernah dengar pengalaman daripada seorang yang pernah megikuti misi keamanan VIVA Palestin. Beliau mengatakan bahawa umat Islam di sana tiada senjata canggih seperti tentera Yahudi. Mereka hanya membawa batu-batu untuk dibaling kepada tentera Yahudi. Sambil membaling batu itu, mereka menyebut kalimah ALLAHUAKBAR. Jadi, semestinya gerun habis tentera Yahudi walaupun berdepan dengan kanak-kanak kecil Palestin.


* Sabar itu ada 3:
1. sabar dalam mengerjakan ketaatan
2. sabar dalam meninggalkan perkara maksiat atau larangan ALLAH
3. sabar ketika ditimpa musibah.