27 May 2011

HENTAMAN PERTAMA


Assalamu'alaikum
Salam Jumaat, salam ceria, salam mahabbah. Segala pujian hanya bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.

Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda bermaksud: "Bertaqwalah kepada ALLAH dan bersabarlah."

Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, "Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun, Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Nabi s.a.w. tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama." [Muttafaq 'alaih]

~Sumber: SOLUSI isu no.31, m/s 11~

26 May 2011

ISTIWA'

Istiwa' merupakan satu fenomena untuk menentukan arah kiblat. Pada waktu ini, matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Biasanya, ia sering berlaku pada tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun. Peristiwa ini menunjukkan betapa agungnya Pencipta alam ini melalui peredaran objek-objek di angkasa raya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
2. Wiki

20 May 2011

J.A.T.U.H


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Pernahkah anda terjatuh basikal? Hmm, seingat saya masa kecik-kecik dulu ada je jatuh basikal. Tapi masa tu, dengan tahap kognitif yang masih muda, jatuh bangun semula. Kalau jatuh lagi, bangun dan terus mencuba lagi sampai berjaya. Itu masa kecik-kecik dulu.


Tapi sekarang ni, apabila usia sudah meningkat melepasi suku abad, kadang-kadang tertewas dengan kehendak diri. Tertewas dengan emosi sendiri. Terlalu mengikut kata hati yang akhirnya menambah dosa sendiri. Pernah satu ketika, saya terlalu mahukan plan A saya berjaya. Namun, kata ALLAH, ketentuan seseuatu perkara itu terletak pada tangan-NYA. DIA Yang Maha Berkuasa. Pernah terduduk menangisi kegagalan itu. Sehinggakan melabel diri ini sebagai seorang yang gagal dan sering menyalahkan diri sendiri. Mungkin ALLAH mahu mentarbiyah diri ini. Muhasabah diri sendiri. Sejauh mana keikhlasan diri ini menjalankan tugas sebagai abdi-NYA. Berfikiran positif dan husnuzzhon dengan perancangan ALLAH yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-NYA.

Pernah juga satu ketika saya suarakan plan B saya. Mengikut firasat sebagai hamba-NYA yang serba dhaif ini, mungkin masih terlalu awal untuk saya suarakan hasrat tersebut. Namun, dengan tidak dijangka-jangka ALLAH kabulkan hajat itu dalam masa terdekat. Lihat, kan ALLAH Maha Penyayang, ALLAH itu Maha Mendengar, dan ALLAH Maha Mengetahui.

Saya teringat kepada mesej yang diterima daripada seorang teman:-
"Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH menyayangimu
jika doamu lambat dimakbulkan, tanda ALLAH ingin mengujimu
jika doamu tidak dimakbulkan, tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu..."

Wahai diri yang disayangi,
Tabahkan hatimu
Betulkan niatmu semata-mata kerana mencari redha ALLAH
Rungkaikan segala rasa gelisah di hatimu
Bersujudlah kepada-NYA
Banyakkan berzikir kepada-NYA
Astaghfirullah...
Allahuakbar.

"Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia." Ar-Ra'd (13): 28.

***Awal pagi tadi, kami mendapat berita kematian bapa saudara kepada ayah saya merangkap tok saudara saya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

15 May 2011

FOLLOW YOUR HEART (I)

Teori omputeh:
hating things.... [page 60]
"We cannot change anything unless we accept it." ~ Carl Jung

Hating things is a bad idea. While you hate something, you remain invisibly connected to it.- so it will tend to hang around.

EXAMPLE: Let's say you are in debt and you hate it. That's a difficult position from which to improve your finances. You put so much energy into hating it, that you stay stuck- you're drained. Once you accept your debt, free of the emotional turmoil, you can move out of it. Acceptance does not mean "giving up"- it means understanding what is.

EXAMPLE: Until you accept that you are overweight, you either: a) deny you are fat, or (b) hate yourself for being fat. In either case, you stay fat. You only begin to lose weight once you accept you are fat.

Getting angry or fighting doesn't work. You overcome what you don't like by accepting what is- not resisting- and replacing it with something positive.

************************************

Dalam Islam,

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti." ~Saidina Ali bin Abi Talib. [Solusi; isu no.29; m/s 28]

Bersifat husnuzzhan (bersangka baik) atas segala sesuatu yang berlaku. Masakan ALLAH sengaja memberikan sesuatu kesusahan atau kesenangan itu kepada kita. Ingatlah bahawa setiap keperitan itu merupakan nikmat dari ALLAH dan setiap kesenangan itu ujian dari ALLAH. Sewaktu kita dalam kesusahan atau kesulitan, ALLAH mahu menguji sejauh mana kita bersabar dan bergantung harap kepada-NYA. Sewaktu kita diulit kemewahan mahupun kesenangan, ALLAH menguji sejauh mana kekuatan iman kita untuk menginfak atau memberikan kepada yang memerlukan nikmat itu. Sesungguhnya ALLAH yang memberi rezeki.

*Mana yang baik daripada teori orang barat itu boleh digunakan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Akal yang diberikan ALLAH digunakan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Wallahua' lam...

14 May 2011

SAYA SUKAAA~


Benih yang baik itu apabila dicampak ke darat menjadi gunung, dan apabila dicampak ke laut menjadi pulau...

Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan. Qalbi (hati ) pula ibarat taman bunga yang indah dihati kita. Tatkala sang mentari memancarkan sinarnya, bunga-bunga kelihatan ceria. Namun, sekiranya berlanjutan tanpa sedikit pun air, maka akan layulah bunga. Oleh itu, hadirnya mendung boleh menyuburkan bunga-bunga tersebut. Selepas mendung menamatkan tugasnya, Allah SWT turunkan pula hujan dan hiaskan taman kita dengan pelangi yang indah nan bersemi.

11 May 2011

KANAK-KANAK

Pendidikan yang harus diberikan kepada mereka amat berbeza. Sikap mereka juga berbeza. Gaya hidup mereka juga berbeza. Cumanya satu yang menjadi titik persamaan antara mereka ialah sikap suka bermain. Biasalah kanak-kanak. Mereka cuma tahu seronok sahaja. Hidup mereka ceria. Kalau terjatuh sekali pun, mereka lekas bangun semula dan teruskan langkah ke hadapan. Tiada lagi tolehan ke belakang. Kalau ada yang menangis pun, hanyalah bersifat seketika. Menangis kerana sakit, ataupun kerana mahukan perhatian daripada mak ayah. Sudah puas menangis, kembali menjalani kehidupan dengan ceria. Seolah-olah telah melupakan perkara sedih yang berlaku semalam...

Kalau dahulu sangat mudah untuk berbicara dengan mereka, namun pengajaran kali ini memerlukan ketangkasan dan kekreatifan saya untuk mendidik mereka. Walaupun dalam masa yang singkat, namun perkara pokok ialah sejauh mana mereka menguasai pelajarna itu. Mengajar bukan sekadar mengenal huruf dan membaca, tetapi perkara yang penting ialah membawa mereka kepada mengenal Pencipta alam buana ini.

Kanak-kanak di sini lebih aktif berbanding kanak-kanak di sana. Keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu pelajaran juga agak terbatas. Mungkin kerana kurangnya fokus disebabkan suasana belajar. Mungkin juga kerana latar belakang ibu bapa. Atau mungkin juga kerana pengaruh rakan-rakan.

Kanak-kanak di sana cekap menguasai pelajaran. Sangat mudah mendidik mereka. Kekemasan diri mereka juga terjaga.

Persamaan mereka:
1. belajar sambil bermain
2. meyakinkan kebolehan mereka dengan memberikan kata-kata semangat/ motivasi.
"Kamu boleh buat. Kamu pandai. Kamu budak baik."
3. bertegas dengan perkara yang salah (punishment).
4. memberikan ganjaran (reward) sebagai pengiktirafan atas kejayaan.

***Sangat seronok dan gembira mengajar kanak-kanak itu. Penat hanyalah seketika kerana keesokannya rasa rindu untuk berjumpa dengan mereka, melayan 1001 kerenah. Hohoho~