22 November 2012

PERGI TAK KEMBALI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 5 Muharam 1434H bersamaan 19 November 2012M, tok saya (ibu kepada mak saya) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada jam 6:00 pagi selepas Azan Subuh, beliau dijemput oleh Penciptanya. Tok meninggal disebabkan sakit tua. Maka hari tersebut diselubungi dengan perasaan hiba yang dirasai oleh seluruh ahli keluarga. Hujan lebat membasahi bumi seakan-akan turut menangisi pemergian tok.

Pada hari pengebumian tok, segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah, syukur pada-MU ya ALLAH. Saya sempat menyedekahkan bacaan Yaasin kepada tok. Segala urusan pengebumian dilakukan oleh anak dan cucu tok sambil dibantu oleh penduduk kampung. Perasaan sayu dan pilu menyelubungi hati saya tatkala diberi kesempatan untuk memandikan tok. Saya berasa pilu kerana membayangkan bahawa sekujur tubuh di hadapan saya ketika itu ialah diri saya sendiri, bukan tok. Terasa kematian itu sungguh dekat dengan diri ini.

Ramai sanak- saudara dan orang kampung yang hadir untuk melihat tok buat kali terakhir. Mereka turut menyedekahkan bacaan Al-Fatihah.

Beberapa kenangan yang masih segar diingatan saya tentang tok ialah dirinya yang suka memuji jika melihat sesuatu yang cantik. Pernah suatu hari saya dipuji oleh tok kerana memakai baju kurung berwarna jingga, bercorak bunga kecil.

"Amboi, lawa ehh.. Cantik baju warna merah..," kata tok.
Saya hanya tersipu-sipu senyum dengan pujian yang diberikan itu. :)

Keistimewaan tok saya ialah kehebatannya yang pandai memasak. Yelah, 'orang lama' lah katakan. Kami amat gemar memakan air asam yang dibuat oleh tok. Terasa 'kick' air asam tersebut. Pedasnya bukan kepalang, tetapi itu yang mengikat selera. Hehe. Bagi orang Kedah macam saya ni, air asam amat sedap sekiranya dicicah dengan daging bakar. Boleh dibuat pencicah dengan ulam-ulaman.

Kini, segala-galanya hanya tinggal kenangan. Tok pergi bertemu dengan Penciptanya yang haq. Semoga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Al-Fatihah.

13 September 2012

PERMATA HATIKU

Ya, benar sama sekali. Antara hikmah perkahwinan itu ialah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung generasi akan datang. Malahan, Baginda s.a.w. juga amat berbangga dengan bilangan umatnya yang ramai. Ini adalah sebagaimana hadis Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kahwinilah wanita-wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku berbangga dengan umatku yang paling ramai bilangannya berbanding nabi-nabi lain." (Hadith Riwayat Ahmad).

Dengan perkahwinan juga dapat merendahkan pandangan dan meluaskan pintu rezeki.

"Kenapa menangis ni, Sayang?", tanya suami.

"Sakinah sedih, abang. Sakinah baru nak merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Tiba-tiba keadaan seperti ini terjadi... Sakinah amat terkilan", rintih si isteri apabila mendapat tahu dirinya mengalami keguguran.

"Sayang, ajal maut dan rezeki itu semua sudah ditentukan ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebaliknya", kata  si suami.

Keresahan di hati Sakinah semakin berkurang tatkala mendengar kata-kata daripada suaminya. Dalam hatinya berkata,

 "Ya ALLAH, pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku ini. Walaupun kandunganku baru berusia tujuh minggu, namun aku tetap merasai kewujudannya dalam rahimku. Semoga diriku tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang redha dan bersabar atas ketentuan-Mu".

Sambil duduk berteleku, Sakinah mengimbau kembali kenangan apabila disahkan mengandung. Sungguh ceria wajah suaminya apabila mendapat berita bahawa dirinya mengandung. Doktor mengesahkan bahawa ketika itu kandungannya berusia lima minggu.

Lucu apabila mengenangkan gelagat suaminya setelah mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata.

"Assalamualaikum, ada siapa kat dalam tu?" kata suaminya sambil meletakkan telinga ke perut Sakinah.

Kadang-kadang, Sakinah menerima sapaan manja daripada suaminya.

"Mama sedang buat apa tu? Mama kena jaga kesihatan diri baik-baik, ye."


*** Kelahiran cahaya mata sememangnya amat dinantikan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Saya pernah menerima pesanan daripada mereka yang telah berpengalaman dalam alam rumah tangga ini supaya tidak terburu-buru untuk menimang cahaya mata. Berbincanglah sebaik-baiknya dengan pasangan.

Jika dirisaukan bab rezeki, di sini saya bentangkan kepada anda bukti daripada ayat Al-Quran:

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertaqwa." Surah Thahaa: ayat 132

"Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka ALLAH akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." Surah Saba': ayat 39

"Dan nikahkanlah orang-orang bujang di antara kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya ALLAH akan menjadikan mereka kaya, dan ALLAH sangat luas dan sangat mengetahui." Surah An-Nur: ayat 32

Nah! Bukti daripada ALLAH berkenaan rezeki... =)

Rasa syukur ku titipkan kepada Mu Ya ALLAH
Atas segala kurniaan
Semoga kami sentiasa bersabar atas segala ketentuan-Mu
Semoga dimurahkan rezeki kami
Semoga kami dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah...
Amin, Ya Rabb...

07 September 2012

SY- Young

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera....

Setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini... waaa~ (sibuk dengan apa pun tak tau :-/ )

"Sekarang ni orang dah tak pakai laa handset tuu..."

"Habis tu, kena beli yang baru lah..."

"Ya lah.."

"Baiklah..."

Tadaaaaaa~ :D


Hoyyeeaa!!! terima kasih atas saranan bernas daripada anda, en.gula2hati :) 

:: 06September2012, CMart- pasaraya terulung gajatuh ::

12 July 2012

DIA & SAYA...

Tadaaaa.....~ "A Thousand Years..."

En. gulagulahati menghadiahkan saya ini... :)


* "Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspringthe comfort or our eyes, and makes us leaders of the Muttaqun" (25:74)
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."

08 May 2012

QUANTUM KEBAHAGIAAN

In The name of ALLAH, the Most Gracious, the Most Merciful

Daripada buku Quantum Kebahagiaan, nukilan Budiman Mustofa (seorang pengarang daripada Republik Indonesia). Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa terdapat 10 perkara yang patut dihindarkan dalam kehidupan seorang muslim.

1. Ilmu yang tidak berbuah amalnya.
2. Amal yang tidak dihiasi dengan rasa ikhlas dan mengiluti sunnah Rasulullah s.a.w.
3. Harta yang tidak diinfakkan (disedekahkan).
4. Hati yang membahagikan cinta dengan ALLAH. Ertinya rasa cinta itu tidak sepenuhnya kepada ALLAH. Dalam hati hamba itu masih terselit rasa cintakan keduniaan. Misalnya tidak khusyuk dalam solat.
5. Anggota badan yang tidak digunakan untuk melakukan ketaatan kepada ALLAH.
6. Cinta palsu yang tidak mengharapkan redha ALLAH.
7. Waktu yang tidak dimanfaatkan.
8. Fikiran yang melalang buana (berangan-angan) tanpa batas atau tanpa manfaat. Ertinya terlalu kuat angan-angan sehingga tiada tindakan susualn untuk merealisasikan impian itu.
9. Aktiviti yang tidak semakin tidak mampu untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. 
10. Rasa takut dan harapan yang disandarkan selain daripada ALLAH.

Perkongsian dalam 'Beautiful Girls', 1730, 08052012.

11 April 2012

PICTURES...

~A picture is worth a thousand words~

D.U.L.U



T.I.B.A- T.I.B.A


 S.E.K.A.R.A.N.G
=.="

10 April 2012

CER CERITER...

"Apasal dengan mata tu? Kamu nangis ye?"


"Eh, tak lah... Mana ada. Habuk masuk mata nih..."


"Elehhh... tak usah nak berdalih lagi... Itu dialog dah lapuk laa... Alasan turun temurun tuu... Cuba beri alasan yang canggih sikit..."


Klik di sini.



14 March 2012

PERANG SARAF

Bagi saya, cara untuk mendidik orang dewasa adalah melalui 'perang saraf'. Maksudnya, menggunakan kata-kata atau ayat-ayat yang boleh menyebabkan mindanya berfikir. Tetapi bukan dengan cara mengherdik atau mem'perli' dengan kata-kata kasar yang bisa mengguris hati dan perasaan. Silap-silap haribulan boleh meletus perang kalau kedua-dua pihak (1.mengeluarkan kata-kata, 2.menerima kata-kata) keras kepala.

"Macam mana dengan tawaran kerja hari tu?"

"Emm, Kak Ros kata dah bagi kat orang lain dah..."

"Ya ALLAH, kenapa tak terima je tawaran tu? Kerja kamu sekarang ni dah boleh mencapai RM10 ribu sebulan? Berapa keping emas kamu dah beli? Esok-esok"

Hati Safiyyah berasa sangat pedih, ibarat ditusuk sembilu. Mendengar dengan teliti kata-kata daripada insan yang dihormati dan disayanginya. Dia cuba mempositifkan dirinya. Ada benar juga kata-kata daripada insan itu, dan kesudahannya pasti membawa kebaikan kepada dia kelak.

Bagi Safiyyah, berdiam diri itu jalan terbaik daripada melawan kerana ia boleh mengundang kepada sikap derhaka. Berdiam diri itu dikira kalah? Tidak, kerana ketika itu hatinya dididik supaya bersabar menahan rasa marah.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah".

"Dan orang-orang yang kemarin mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata: Aduhai, benarlah kiranya ALLAH yang , melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya). Sekiranya ALLAH tidak melimpahkan kurniaNya kepada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat ALLAH)." [Surah Al-Qasas (28): 82]

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman, "dan mereka tidak diuji?" [Surah Al-Ankabut (29): 2]

12 March 2012

SILENCE


Senyap
Sunyi
Serabut
Keliru
Geram
Marah
Blurrr
Cool

*budak bermasalah?
*budak tiada perasaan?
*budak tidak teratur?
*budak bijak?
*budak huru-hara?

29 February 2012

TERBAIK!~


Dalam pukul 2100 tadi saya ada membuat panggilan ke Celcom Centre. Kenapa? Tujuannya untuk membuat aduan bahawa setiap kali saya reload nombor telefon saya, ada satu nombor ni akan deduct akaun prepaid saya. Ohhh... sangat tidak adil... Ini tidak adil, tidak adil, tidak adil... [kata Yuna :P ) mari kita ikuti perbualan antara dua hamba ALLAH ni...


Cik M: Salam sejahtera. Saya Maizatul dari Celcom Centre. Boleh saya bantu, cik? [lebih kurang begitulah ayat seorang operator telefon... boleh diterima? huhu]
Saya: Assalamu'alaikum, saya Syikin. Saya nak tanya. Kenapa ye setiap kali saya reload nombor telefon saya, ada satu nombor ni akan deduct RM2.00 daripada akaun prepaid saya. Kenapa ek?
Cik M: Sebelum tu boleh saya dapatkan nombor IC cik?
Saya: Ok, IC saya ialah 8xxxxxxxxxxx
Cik M: Boleh saya tahu alamat rumah cik?
Saya: Alamat rumah saya ialah...........
Cik M: Ok, saya akan membuat semakan telefon cik. Ok, sebenarnya............ (cik operator memberikan penjelasan)
Saya: A'ahh, betul lah tu... saya selalu terima mesej daripada nombor 33 apa ntah. Lepas tu akaun prepaid saya akan ditolak RM2.
Cik M: Mana ada nombor '33 apa ntah' cik. (Ohhh, sempat lagi cik operator membuat lawak ye... hehe :D ) ok, cik taip perkataan ni dan hantar ke nombor ni... kalau akaun prepaid cik masih ditolak lagi, cik boleh hubungi kami sekali lagi.
Saya: Ohh, ok. Terima kasih banyak-banyak, ye.
Cik M: Ok, sama-sama.

Lepas dapat penerangan daripada cik operator, saya pun cuba taip mesej tersebut. Alhamdulillah, saya dah terima notification mengatakan saya bukan lagi subscriber kepada application tu... Thank you ALLAH.

~ Terima kasih kepada cik operator di kedai Celcom Centre, sebelah KFC Changlun.
~ Terima kasih kepada cik operator telefon di Call Centre Celcom- cik Maizatul. [cara cik Maizatul menjawab panggilan saya tadi mengingatkan kembali kenangan saya semasa menerima training sebagai seorang call operator. Trainer saya masa itu namanya Miss Mudiyana Mustafar].


"Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." [Surah an-Nahl (16): 43]

~ Terima kasih, ya ALLAH. Semoga mereka itu sentiasa beroleh rahmat dan kasih sayang dari-MU. Awasilah setiap gerak laku mereka dan peliharalah mereka daripada sebarang kejahatan. Amin ya rabbal 'alamin.

*Kepada pengguna celcom: kalau ada masalah, boleh menghubungi no 1111. Sekian, harap maklum. (^_^)v

21 February 2012

PROPHETIC PARENTING


Saya sentiasa menantikan mutiara kata daripadanya. Saya suka mendengar nasihat dan tips yang berguna daripadanya. Setiap tutur katanya itu menggambarkan beliau seorang yang sangat cintakan ilmu. Membaca menjadi amalan dan budaya dalam hidupnya. Saya juga suka menatap wajahnya yang putih berseri, bersinar-sinar bak mutiara di dasar lautan. Menjadi ibu kepada 6 orang cahaya mata, langsung tidak mematahkan semangatnya untuk keluar mencari rezeki dan terus berdakwah kepada masyarakat. Ketabahan dan kecekalan hatinya tergambar tatkala dia bergantung sepenuhnya kepada ALLAH Yang Esa bagi mengawasi anaknya yang istimewa ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dan murobbi.

"Waktu yang sesuai untuk mendidik atau memberi nasihat kepada anak-anak ialah ketika anak itu sedang sakit, ketika makan, dan di dalam kenderaan. Pada waktu ini, anak-anak berada dalam keadaan yang tenang dan insyaALLAH mudah untuk menerima nasihat ibu bapa."

"Anak-anak itu bukanlah seorang yang nakal sangat. Tetapi mungkin disebabkan tingkah laku ibu bapa yang silap, menyebabkan anak-anak itu berkelakuan begitu. Jangan sesekali melabelkan anak-anak dengan perkataan yang negatif."

~ Ustazah Roshidah Romli, PPAZ.
Perkongsian ilmu daripada buku: Prophetic Parenting.

26 January 2012

REZEKI DARI LANGIT


Semalam:

"Aduh! Teringinnye nak beli kasut tu... tapi duit tak cukup. Aku kena berjimat. Lagi pun, kasut yang aku pakai sekarang ni pun masih elok lagi... Ok, ok.." bisik hatinya.

Hari ini:

"Minah, pakai ler kasut ni. Semalam akak beli, tetiba pakai hari ni macam tak minat pulak dengan design dia. Kamu ambik lah ye...," kata kakak.

Dia: Ya ALLAH, alhamdulillah. Rezeki dari langit nih. Rezeki jangan ditolak. hehe...

"Err, semalam ada baca surah al-Waqiah ke?"

"Yup, ada lah jugak".

"Ohh, patut la murah rezeki..." =)

~ Jom, lazimi membaca surah al-Waqiah dan solat sunat Dhuha.

Dale Carnegie: Count your blessings, not your troubles!
Hitung kesyukuran, bukan kesukaran.

* Terima kasih atas pemberian buku ini!~ ;)

18 January 2012

MY WISH...


Kata-kata dia:

Saya berdoa agar segala kebaikan yang ada pada diri saya ini dikembalikan pada ALLAH. Maksudnya setiap pujian atau anugerah yang saya terima ini sebenarnya milik ALLAH.
Tiada satu pun tersemat atau tersimpan dalam diri saya.
Saya nak elak dan minta dijauhkan daripada memiliki sifat-sifat mazmumah seperti itu.
"Dosa besar itu ialah syirik, iaitu menyembah selain daripada ALLAH. Syirik kecil itu pula ialah riak". Saya memohon keampunan daripada Al-Khaliq kerana saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa-dosa.

Saya yakin, setiap kebaikan yang ada pada diri saya ini hasil daripada berkat doa orang-orang di sekeliling saya. Doa daripada ibu bapa saya, guru-guru, sahabat handai, anak-anak murid, dan masyarakat sekeliling. Maka, mengapa saya harus mendabik dada dan menyombong diri? Andaikata saya memperoleh sesuatu kebaikan, saya harus panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH, dan doa ibu itu amat mujarab untuk ALLAH makbulkan. Terima kasih, mak. ;)

Ya ALLAH, ampun dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa adik beradikku, dosa sahabat handaiku, serta ampunkan dosa muslimin dan muslimat sekalian.
Ya ALLAH, janganlah ENGKAU pesongkan hati kami setelah ENGKAU memberikan rahmat.
Ya ALLAH, istiqamahkanlah kami atas jalan kebaikan dan amalan-amalan soleh.
Ya ALLAH, pasakkanlah di hati kami supaya mencari redha dan maghfirah dari-MU.
Ya ALLAH, semoga kami mati dalam keadaan beriman kepada-MU.

*Berada di kalangan mereka yang suka memberi, menjadikan saya juga seorang yang gigih untuk memberi yang terbaik. Memberi apa yang saya ada, kerana nikmat itu datangnya daripada ALLAH. ALLAHURABBI.

17 January 2012

MEREKAMUKITASAYADIA

Kisah 1:-

"Dah lama kenal? Kamu betul-betul yakin ke dengan dia? Pak cik ni bukan apa, cuma nak beringat je. Pesanan sebagai orang yang dah lama hidup. Kami lebih awal makan garam daripada kamu".

"Dia kerja apa? Jangan jadi penagih atau penjual dadah sudah ler. Mana kita tau hati budi orang. Maklum la baru kenal pulak tu..."

Bicara Mak cik Sal:

"Kadang-kadang, kata-kata orang tua tu ada benarnya. Kita sebagai orang muda kena beringat dengan pesanan yang diberikan. Bukan ertinya kata-kata mereka itu sebagai tanda mereka membangkang atau membantah tindakan kita, tetapi itu tandanya mereka sayang dan ambil berat dengan kita. Kan teguran itu tandanya kasih mereka pada kamu, sebab mereka tak mahu lihat kamu menderita esok hari".

Saya: waa~ mak cik Sal dah pandai guna ilmu psikologi. reverse psychology. saya kena bersangka baik; husnuzzhon. lagipun, kan ALLAH ada, dan DIA MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA KUAT.

Kisah 2:-

"Saya suka makan tapi saya tak pandai masak dan saya sangat kagum dengan orang yang pandai masak", kata dia.

"Saya seorang yang sangat lambat untuk menguruskan kerja-kerja di dapur. Apabila saya ke dapur untuk membantu mak, mak saya akan menyuruh saya mengemas rumah. Jadi, sampai sekarang saya tidak pandai memasak", kata dia.

"Mana la saya sempat nak belajar masak-masak nih. Dari dulu tinggal di asrama, lepas tu masuk universiti. Sekarang ni, dah ada kerjaya sendiri, tinggal pula seorang diri. Maklum la, belum ada putera raja yang sudi menyunting bunga di taman larangan. Jadi, lebih baik saya beli makanan siap dari kedai je. Jimat masa," kata dia.

Saya: Mak saya memang seorang yang sangat tegas, garang, dan teliti. Kalau waktu memasak, anak-anak tak turut membantu di dapur, mak saya akan 'bising' satu rumah. Seolah-olah siren kecemasan sudah berbunyi. Memang akan ada kesalahan apabila pertama kali mencuba. Contohnya terlebih bawang, terlajak garam, terlebih minyak, terlalu masam, tepung terlalu cair dan sebagainya. Kalau tak buat salah, macam mana nak tahu perkara yang betulnya. Jadi, alhamdulillah dengan ketegasan mak saya maka lahirlah anak-anaknya seperti sekarang ni. [errr... syikin pandai masak tak? "saya pandai masak air je..."]

*Daurah Penang 14o12012.

Kisah 3:-

"Uncle, majalah ni berapa ringgit?" tanya saya.
"Ohh, mari saya tengok..." kata uncle pemilik kedai buku itu.

Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi.

Kringgg, kringg, kringg...

Setelah selesai berbual di telefon, tiba-tiba uncle tu bersuara.

"Oh, you masih guna telefon itu lagi ya. Kawan-kawan macam you semua dah tukar telefon. Semua pakai yang canggih-canggih punya.. Saya tau, you tak mau susahkan bapa you ka? You mau tolong dia ka?" kata uncle sambil memberikan isyarat bagus (thumbs up) kepada saya. ;)

"Ya, ye.. betullah tu. Saya tak mau susahkan bapa saya," jawab saya. :)

Saya: Telefon saya sekadar untuk mesej dan call je. MMS, wifi, bluetooth, dan pelbagai lagi latest application tiada dalam handset saya.

*Kedai buku uncle belakang C-Mart: 16012012.

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...