Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

REZEKI DARI LANGIT

Semalam:
"Aduh! Teringinnye nak beli kasut tu... tapi duit tak cukup. Aku kena berjimat. Lagi pun, kasut yang aku pakai sekarang ni pun masih elok lagi... Ok, ok.." bisik hatinya.
Hari ini:
"Minah, pakai ler kasut ni. Semalam akak beli, tetiba pakai hari ni macam tak minat pulak dengan design dia. Kamu ambik lah ye...," kata kakak.
Dia: Ya ALLAH, alhamdulillah. Rezeki dari langit nih. Rezeki jangan ditolak. hehe...
"Err, semalam ada baca surah al-Waqiah ke?"
"Yup, ada lah jugak".
"Ohh, patut la murah rezeki..." =)
~ Jom, lazimi membaca surah al-Waqiah dan solat sunat Dhuha.
Dale Carnegie: Count your blessings, not your troubles! Hitung kesyukuran, bukan kesukaran.
* Terima kasih atas pemberian buku ini!~ ;)

MY WISH...

Kata-kata dia:
Saya berdoa agar segala kebaikan yang ada pada diri saya ini dikembalikan pada ALLAH. Maksudnya setiap pujian atau anugerah yang saya terima ini sebenarnya milik ALLAH. Tiada satu pun tersemat atau tersimpan dalam diri saya. Saya nak elak dan minta dijauhkan daripada memiliki sifat-sifat mazmumah seperti itu. "Dosa besar itu ialah syirik, iaitu menyembah selain daripada ALLAH. Syirik kecil itu pula ialah riak". Saya memohon keampunan daripada Al-Khaliq kerana saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa-dosa.
Saya yakin, setiap kebaikan yang ada pada diri saya ini hasil daripada berkat doa orang-orang di sekeliling saya. Doa daripada ibu bapa saya, guru-guru, sahabat handai, anak-anak murid, dan masyarakat sekeliling. Maka, mengapa saya harus mendabik dada dan menyombong diri? Andaikata saya memperoleh sesuatu kebaikan, saya harus panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH, dan doa ibu itu amat mujarab untuk ALLAH makbulkan. Terima kasih, mak. ;)
Ya …

MEREKAMUKITASAYADIA

Kisah 1:-
"Dah lama kenal? Kamu betul-betul yakin ke dengan dia? Pak cik ni bukan apa, cuma nak beringat je. Pesanan sebagai orang yang dah lama hidup. Kami lebih awal makan garam daripada kamu".
"Dia kerja apa? Jangan jadi penagih atau penjual dadah sudah ler. Mana kita tau hati budi orang. Maklum la baru kenal pulak tu..."
Bicara Mak cik Sal:
"Kadang-kadang, kata-kata orang tua tu ada benarnya. Kita sebagai orang muda kena beringat dengan pesanan yang diberikan. Bukan ertinya kata-kata mereka itu sebagai tanda mereka membangkang atau membantah tindakan kita, tetapi itu tandanya mereka sayang dan ambil berat dengan kita. Kan teguran itu tandanya kasih mereka pada kamu, sebab mereka tak mahu lihat kamu menderita esok hari".
Saya: waa~ mak cik Sal dah pandai guna ilmu psikologi. reverse psychology. saya kena bersangka baik; husnuzzhon. lagipun, kan ALLAH ada, dan DIA MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA KUAT.
Kisah 2:-
"Saya suka makan tapi saya tak pandai masak dan sa…