Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

1st ANNIVERSARY

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Assalamu'alaikum w.b.t
Tanggal 31 haribulan Mei 2013, genaplah setahun usia perkahwinan kami a.k.a Siti Noorasyikin bt Maarop dengan suami tercinta :) Mohd Firdaus bin Hat. Syukur kepada ALLAH kerana dalam masa setahun ni kami dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan jayanya. Hehe (ayat sedikit skema seperti karangan Bahasa Melayu).
Teringat kenangan masa awal-awal kahwin dulu. Ayat pertama yang akan ditanya oleh rakan-rakan ialah: "Macam mana perasaan lepas bergelar isteri?" Maklumlah, sekarang ni dah bertukat title daripada anak dara kepada isteri orang. Jawapan saya kepada persoalan tersebut ialah, saya rasa sangat bersyukur kepada ALLAH. Alhamdulillah. Syukur kerana ada seorang jejaka yang sudi mengambil saya untuk dijadikan isteri. Syukur kerana ALLAH memberikan banyak hikmah dalam perkahwinan ini. Syukur kerana perkahwinan ini sebagai satu lapangan untuk saya / kita melakukan kebaikan dan berusaha unt…