19 February 2014

ANTARA DUA CINTA

Haa.. halu halu.. apa kabar semua..  Azam saya tahun 2014 ni untuk aktif menulis di blog, walaupun saya ada satu semester lagi untuk menamatkan perjuangan saya. :)

*Semoga ALLAH permudahkan urusan dan perkenankan hajat saya. Amiiin.

Ok, kali ni saya ingin berkongsi satu nasyid yang sangat meruntun jiwa saya. Saya suka dengar lirik nasyid ini. Antara dua cinta. Cinta manakah yang harus ku pilih??? Ecewahhhh..

Tapi jangan silap pula ye. Ini cinta yang baik, cinta kepada Allah.

Selamat mendengar.
Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri

Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman


Dunia ibarat air laut

Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang


Tuhan leraikanlah dunia

Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh

Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Nyanyian: Nazrey Johani

Yang benar, 
Pokok Hijau a.k.a Syikin Maarop