27 September 2014

BERDOALAH

Alhamdulillah, petang-petang ni hujan turut lebat membasahi bumi. Antara adab yang diajar dalam Islam ialah berdoa. Doa ketika hujan bermaksud:

"Ya ALLAH, turunkan hujan yang bermanfaat."
Waktu hujan ni termasuk antara waktu TERBAIK untuk berdoa. Rugi kalau kita tak manfaatkan peluang yang Allah berikan nih.. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukmin (40) ayat ke-60. 

Maksudnya: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk nerakan Jahannam dalam keadaan hina."

Baaannnyak yang saya hajatkan. hehe :) Saya doakan kebaikan untuk suami saya, zuriat keturunan saya, kedua-dua ibu bapa saya, adik beradik, sahabat-sahabat serta semua umat Islam.

Semoga ALLAH Taala sentiasa memberkati kita. Amiiin.

~Salam sayang, Syikin Maarop~

CARA PAKAI SHAWL

Sebelum ni saya seorang yang gemar pakai tudung empat segi. As time goes by, datang pulak macam-macam fesyen tudung. Dengan tudung Aidijuma lah, tudung Siti lah, tudung bawal lah.. Haaa macam-macam kan? Yang menjadi kegilaan zaman sekarang ni pulak ialah fesyen shawl. 

Saya pun minat jugak dengan shawl nih. Sebabnya sangat senang. Senang dari segi kegunaan pin. Kalau nak sempoi dan simple, guna satu pin je pun boleh. Kalau nak lebih kemas kena la cucuk banyak pin atau kerongsang. Kadang-kadang saya dok perhati cara orang Arab pakai tudung. Comel jer, cantik jer.. Kadang-kadang saya tengok orang Arab nih tak perlukan pin pun untuk pakai tudung. Dia lilit-lilit kat muka, last skali siap, dan comel! :) Alaa.. lebih kurang macam gambar kat bawah nih... Cantik kan?
Saya terjumpa satu page yang tunjukkan cara untuk pakai shawl daripada tudung empat segi. Haa, kalau ada tudung lama-lama jenis empat segi tu janganlah pulak dibuangnya. Recycle, boleh juga jadi macam shawl (tips ni untuk saya yang suka berjimat... hehe) :)

Langkah-langkah pakai shawl daripada tudung empat segi:

1. Lipatkan tudung berbentuk segitiga seperti memakai bawal biasa

Untuk pengayaan yg lebih labuh, besarkan bahagian di dalam..

2. Ambil bahagian hujung kiri / kanan segitiga untuk letakkan di atas kepala

3. Pinkan hujung bahagian tersebut dibawah dagu dan pastikan sebelah panjang dan sebelah pendek.

Untuk lebih labuh, bahagian yang pendek itu pastikan betul2 pendek.

4. Tarik lebihan kain yang panjang tadi. Tudung anda akan automatik berbentuk V di bahagian depan

5. Pusingkan ke atas kepala

6. Pinkan di tepi kepala atau di bahu dan ejas kelabuhan mengikut keselesaan

7. Siap!!! 

Semoga berjaya 

Salam sayang,
Syikin Maarop

23 September 2014

BUDU CEGAH KANSER PAYUDARA

Selamat petang! :) u ollz buat apa petang-petang nih? isk, bila dah sekali menulis... mencurah-curah pulak idea yang datang... hehe. Alhamdulillah.

Siapa yang suka makan budu? Saya merupakan antara penggemar budu. Kisah saya jatuh chenta dengan budu ni bermula apabila kakak saya memperkenalkan makanan ni kat keluarga di kampung. First time rasa, mak aiii... masin teramat lahhh... Tapi untuk tambah perisa supaya rasa lazat tu kena lah campur dengan bawang besar, cili merah dan hijau (err... kalau nak kick lagi letak je cili melaka.. pedasnya tak terkata), dan sedikit perahan limau nipis atau limau kasturi. Sekali rasa pasti nak lagi... hehe. Saya penah juga makan budu dicampur dengan tempoyak.. hmm rasanya agak sedap. Boleh laa... :)

Budu ni lebih sedap kalau dimakan dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi kayu... haishh sedap tak terkata. Budu ni bukan menjadi santapan orang pantai timur je.. ikut selera masing-masing laa kan... Saya cakap macam tu sebab saya oghang utagha... haha :D
Nin dia gambar budu sedap! :)

Macam mana budu ni dikatakan boleh mencegah kanser payudara? Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat dalam budu terbukti dapat mencegah kanser payudara. Bahkan, khasiat budu yang diproses daipada ikan bilis yang diperam terbukti dapat mempertingkatkan IQ individu kerana ia merangsang sel-sel otak dan akan mengukuhkan ikatan antara neuron-neuron serta menguatkan neuron yang lemah.

Amacam? Rasa-rasa macam informatif tak? Boleh share untuk manfaat bersama. :)

Ok, saya nak ke bertam ziarah mak saya. Till we meet again, insyaALLAH.

Salam sayang,
Syikin Maarop

JURNAL KESYUKURAN 1


1. Pagi tadi saya dan adik bawa mak ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Pusatnya ialah di Bertam, Pulau Pinang. Mak saya disahkan menghidap kanser hidung. Baru tahu awal tahun ni je. Dah tiga kali pembedahan mak jalani di hospital kerajaan. Jadi lepas dah habis operation tu mak kena buat radioterapi untuk menghapuskan sel-sel kanser tu. Tujuannya untuk elak sel barah tu daripada merebak. Sayu je saya tengok wajah mak bila naik van di IPPT tu. Van tu akan bawa mak ke hospital untuk rawatan radioterapi. Rawatan ni ambil masa selama 7 minggu dan hari ni baru je start rawatan.. Allah. Saya tahu dan yakin mak saya seorang yang sangat TABAH dan KUAT semangat. Tak pernah keluar dari mulut mak rasa penat, letih. Saya teringat kenangan masa mak kena buat operation untuk buang ketumbuhan di dalam  hidung dulu.. kebanyakan doktor kata perkembangan kesihatan mak positif dan dan luka tu cepat sangat sembuh. Alamdulillah. Allah berikan kesembuhan sebab mak yang banyak berjasa dan berkorban untuk kami adik-beradik.

Ya ALLAH, berilah kesempatan kepada ku untuk membalas jasa ibuku. Semoga kami menjadi anak soleh dan solehah. Terima kasih ya ALLAH kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menjaga ibu selagi terdaya.

Kawan-kawan, doakan kesihatan mak saya, ye. Semoga doa ini dimakbulkan Tuhan. Amiiin.
Kat sini lah tempat mak saya tinggal untuk buat rawatan radioterapi.

2. Ada sorang kenalan facebook (FB) tegur saya tadi nih. Asal perbincangan kami untuk berkongsi ilmu berkenaan content marketing. Sahabat saya tu namanya Idah, seorang usahawan internet yang agak lama join bisnes atas talian nih.. Impian dia juga tinggi untuk menjadi jutawan muslimah yang berjaya dunia akhirat. Saya doakan impiannya tercapai. Amiiin. Eh.. eh.. terlajak story pulak. hehe..

Alhamdulillah ahli keluarga saya ada yang terlibat dengan bisnes online nih.. Kata sahabat saya tu, saya beruntung sebab ada mentor dalam ahli keluarga sendiri yang boleh dirujuk untuk berjaya dalam bidang nih. Bila dia cakap macam tu, baru saya terfikir bahawa saya akan jadi orang yang rugi kalau tak manfaatkan peluang bersama orang yang arif dalam bidang internet marketing (IM). Yelah kan... orang lain mungkin kena bayar jumlah tertentu untuk dapatkan kepakaran yang kakak dan abang saya ada tu.. Jadi, saya kenalah manfaatkan peluang sebaik-baiknya. Jadikan mereka sebagai mentor. Kutip ilmu secukupnya. Kawan-kawan, doakan kejayaan saya, ye. Terima kasih.

Online business is My Passion :)
Ok lah.. setakat ni dulu entry saya. Nak tau sharing yang best-best daripada saya kenalah follow blog saya nih... hehe :) 

Ikhlas, 
Syikin Maarop

ELAK JAUNDIS

Jaundis atau kuning pada bayi semestinya sesuatu yang merisaukan ibu yang melahirkan anak. Ibu mana yang sanggup melihat bayi yang baru lahir kena tahan di hospital kan... dah la baby tu masih kecik lagi, lepas tu kena duduk dalam inkubator. Kesian lihat baby yang terpisah buat seketika dengan ibunya disebabkan kuning.

Sepupu saya pernah share bila nak dekat due date bersalin tu elok minum susu kambing. Seelok-eloknya minum 2 minggu atau sebulan sebelum nak bersalin.. InsyaALLAH baby akan terselamat daripada terkena jaundis.

Kat sini saya nak berikan beberapa tips untuk elakkan jaundis. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. :)

Salam sayang,
Syikin Maarop ^-^

KULIT CANTIK DAN LEMBAP DENGAN COLLAGEN POWDER

Semua wanita impikan kulit yang cantik, mulus, gebu, dan ala-ala macam moist choc cake gittew kan? hehe. Kadang-kadang disebabkan kekurangan yang ada pada wajah seperti jeragat, jerawat batu (ouppss!) boleh menyebabkan keyakinan diri seorang wanita tu berkurang.

Alhamdulillah kebanyakan komen yang saya terima daripada kawan-kawan yang amalkan satu sachet collagen powder ni memang superb! Antara kesan yang dapat dilihat ialah, kulit lebih anjal, rasa lembap pada kulit, lebih cerah, dan kurang kedut di wajah.

Kat sini saya share testimoni mereka yang sudah amalkan SCP. Jemput baca :)


Jika anda berminat untuk mencuba collagen powder nih, jangan segan silu untuk hubungi saya. FREE consultation, ya :)

Salam sayang, 
Syikin Maarop | 019-4507626 | SID: 1091278 | syikinmaarop@gmail.com

21 September 2014

COACHING

Alhamdulillah tadi baru je selesai coaching dengan leader saya, Puan Imma. Senang je dengan bisnes Shaklee ni. Kalau nak coaching tak perlu nak keluar rumah, tak perlu face to face. Medium perhubungan kami selalunya ialah WhatsApp, telegram, dan email. Kami bukan tak jumpa langsung. Ada sesekali kami akan berjumpa seperti di Master Celebration (Mascel), family day, dan mungkin juga masa membeli produk Shaklee di branch. Hehe...

Hari ni saya belajar berkenaan cara untuk mengurus customer. Saya kongsikan serba sedikit apa pelajaran yang saya dapat malam ni eh.. 

Dalam mana-mana perniagaan, customer ialah aset paling penting. Hebat penangan customer nih. Kalau customer berpuas hati dengan layanan atau servis yang diberikan, mereka dengan hati yang gembiranya akan merujuk kepada kita kembali. Lagi satu, customer ni mempunyai kuasa 'mouth sharing' yang hebat. Haa.. penting kan customer nih.. :)
Gambar tu ialah salinan daripada group whatsapp. Kalau simpan dalam phone saja nanti risau hilang. Lagi satu, ilmu ni kalau kita baca, kemudian tulis insyaAllah lagi mudah untuk diserap atau ingat (eh.. eh... serap-serap macam vitamin pulak kan... hehe).

Ok, semoga bermanfaat dan berjumpa di lain entry. :)

Syikin Maarop | 019-4507626 | Emel: syikinmaarop@gmail.com | Shaklee Independent Distributor: 1091278

20 September 2014

COLLAGEN SHAKLEE YANG BEST!

Collagen yang HEBAT!
Collagen Shaklee dihasilkan dengan gabungan 7 ramuan yang aktif (ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ektrak kerang-kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Meh saya ceritakan secara detail kandungan collagen powder nih.. :)
1. Kolagen dari sisik ikan merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
2. Ekstrak biji Camellia japonica
Biji Camellia japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang HEBAT, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
3. Ekstrak Pfaffia
Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil. Apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica, ia membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap, dan licin.
4. Elastin daripada kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal, dan elastik.
5. Vitamin C dan vitamin B
Seperti yang diketahui, vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B pula turut serta dalam metabolisma karbihidrat, lemak, dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi penghasilan kolagen di dalam sel.
6. Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
7. Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Ada sebab mengapa collagen Shaklee sangattt special..
Shaklee collagen powder (SCP) dihasilkan daripada sisik ikan merah. Nak tau tak kenapa ikan merah? Bukan ikan talapia ke, ikan kembung ke, atau ikan siakap ke?
Sebabnya ikan merah hidup secara bebas 5000 meter dalam laut. Ikan-ikan biasa ni tak mampu untuk hidup pada laut bertekanan tinggi. Ikan merah ni boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup suka ria di laut dalam. Jadi, ini yang menjadikan ikan merah mampu hidup lasak.
Ciri-ciri ikan merah:
-sangat lasak dan elastik
-kepaduan sel sangat tinggi
-tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
-jisim molekul sangat rendah untuk penyerapan unggul

Haa.. best kan collagen Shaklee nih.. tak hairanlah ada yang repeat order sebab keberkesanan dan kualiti collagen nih. Dah cuba, pasti nak lagi... :)
Bulan ni ada promo beli 6 dapat 7. Laaagii bestt! 

Salam sayang,
Syikin Maarop | Tel: 019-4507626 | Emel:syikinmaarop@gmail.com | Shaklee Independent Distributor: 1091278

17 September 2014

PROMO SEPTEMBER 2014

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Masih dalam mood cuti sekolah? hehe.. Cuti sekolah ni saya tak pergi ke mana-mana. Sekadar menghabiskan masa di rumah, memenuhi jemputan kenduri di kampung.

Rasanya belum terlambat untuk saya beritahu bulan ni ada promo hebat daripada Shaklee. Julung-julung kalinya Shaklee buat dua tawaran iaitu collagen dengan mealshakes.

Yang bestnya untuk melashakes tu setiap 10% hasil jualan akan diberikan kepada 2000 keluarga kurang mampu selama setahun. Haa.. kan best gittew. Membeli sambil menderma. Mana nak dapat peluang macam ni kan? Untuk melashakes ni dengan setiap belian 3 canister akan dapat 1 PERCUMA. Dah la dapat free 1, lepas tu siap boleh menderma lagi... Rugi kalau tak grab peluang nih.

Tawaran yang best lagi ialah berkenaan collagen powder. Dengan setiap belian 6 kotak akan dapat 1 PERCUMA. Isk, syok sangat. Collagen ni bagus untuk mengurangkan kedutan di muka, melembapkan kulit, mengurangkan pigmentasi serta jerawat, dan macam-macam lagi lah.. Kesimpulannya memang bagus untuk kesihatan kita. 

Hari ni dah 17 September. Lebih kurang dua minggu je lagi sebelum promo ni last. Beli time promo ni lebih jimat kerana harganya berbaloi-baloi. :)

Syikin Maarop | 019-4507626
syikinmaarop@gmail.com

14 September 2014

BASIC H ORGANIC SHAKLEE

Anda pernah mengalami situasi seperti di bawah?

"Arghh! Puting botol anak saya berkulat. Macam mana nak buat ni?"

1. Anda buang yang lama dan gantikan dengan yang baru.


2. Anda biarkan sahaja anak anda menggunakan puting yang berkulat tersebut.

Sekiranya anda seorang yang suka berjimat, saya ada penyelesaiannya.

JOM! Cuba Basic H Organic Shaklee. 

Syikin Maarop | 019-4507626
emel: syikinmaarop@gmail.com