Semalam saya dan kakak pergi ke sebuah gedung tekstil di daerah Kubang Pasu. Biasa lah orang perempuan, 'shopping' melihat fesyen terkini. Macam-macam peristiwa yang terjadi semalam. Bila difikirkan semula, banyak hikmahnya ALLAH turunkan kejadian macam tu.
Peristiwa 1
"Adik, kain ni 4 meter berapa ringgit ya?" tanya kakak.
"RM4.80 semeter, kak," jawab pekerja kedai.
"Kalau bagi kurang lagi boleh tak? RM4.50 ke?" kakak bertanya lagi.
"Ish, tu pun dah kurang banyak dah kak," jawab pekerja tu.
Sewaktu kakak saya tengah berunding untuk kurangkan harga, pekerja tu jawab macam acuh tak acuh saja. Dalam erti kata lain macam tak ikhlas menjawab soalan kakak saya. Bercakap dengan pelanggan pun dengan muka kering je. Muka tiada perasaan. Seolah-olah bercakap dengan dinding dan cakap sorang-sorang. (Emosional lah pulak..) Lepas tu, boleh pulak pekerja tu cakap belakang. "Kain RM4 pun nak kurang lagi." Aduh, macam inikah cara bekerja seorang Muslim? Bukankah dalam perniagaan 'Customer Always Right'.
Kemudian, bila saya dan kakak selidik, ada beberapa sebab kenapa pekerja-pekerja di situ berbuat demikian. Antaranya:
1. Masa bekerja sudah hampir tamat.
Sewaktu saya dan kakak masuk ke kedai tu, jam hampir menunjukkan pukul 9:00 malam. Jadi, beberapa minit sebelum pukul 9 mestilah semua orang dalam mood nak balik rumah setelah penat bekerja seharian. Hati dah memang tiada di tempat kerja. Mungkin teringatkan bantal yang empuk dan menunggu masa merebahkan diri untuk berehat. Mungkin masa yang tak kena ni menyebabkan pekerja-pekerja tu malas nak melayan pelanggan yang datang ke kedai tersebut. Mungkin dalam hati mereka berbisik, "kenapalah dua orang ni datang waktu ni.. orang dah nak balik dah.. menyusahkan betullah."
2. Tiada bayaran untuk OT.
Masa kakak saya pergi membuat bayaran di kaunter bayaran, cashier tu pun muka masam mencuka juga. Siap galas beg untuk balik dah. Terpinga-pinga kami dua orang ni. "Apa hal dengan pekerja-pekerja kat sini? Kami ada buat silap ke? Susah betul nak senyum pada pelanggan." Hati kami berkata-kata. Kakak saya bertanya kepada cashier tu, "Pekerja kat sini memang susah nak senyum kot." Cashier tu hanya tersengih seperti kerang busuk saja, mengiakan kata-kata kakak saya. Selidik punya selidik, rupa-rupanya mereka tidak dibayar untuk bekerja lebih masa. Jadi, mungkin pendapat mereka buat habis tenaga je kalau kerja lebih masa sebab majikan tak bayar satu sen pun untuk sesaat masa yang lebih itu.
3. Kurangnya ilmu.
Ini bukanlah niat saya untuk merendah-rendahkan pekerja-pekerja di kedai tersebut. Namun, sebagai hamba ALLAH yang banyak kelemahan, kita kena muhasabah diri. Melihat sesuatu perkara itu secara hikmah. Kaitkan kekurangan yang ada pada orang lain sebagai iktibar untuk diri sendiri. Bagi insan yang dikurniakan ilmu oleh ALLAH, niat bekerja kerana ALLAH itu akan dikira sebagai ibadah. Alangkah cantiknya ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Dan senyuman itu pun dikira ibadah. Senyum kan sedekah.
Peristiwa 2
Lepas habis membeli-belah, perut pun membunyikan sirennya. Jadi, kami mencari sebuah kedai makan dalam perjalanan balik ke rumah. Dalam suasana hujan yang renyai-renyai, kami singgah di sebuah kedai makan yang agak terkenal juga. Punyalah lama kami tunggu hampir satu jam, baru makanan siap dibungkus. Adooyaiii!!~~~ Ujian kesabaran.
Akhir sekali kami sampai di rumah dalam pukul 10:15 malam. Kemudian, terus terjah nasi untuk makan. Lapar wooo...
# Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.
# Jangan sesekali sombong hidup di muka bumi milik ALLAH ini.
# Sabar itu sebahagian daripada iman.
Welcome to Bicara Si PokokHijau blog. My nama is Syikin Maarop and I am your favourite Shaklee Independent Distributor (SID). Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626 | Email: syikinmaarop@gmail.com Have a nice day! Thank you. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
SALAM MA'AL HIJRAH 1433
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...
-
Petang ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam m...
-
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Perniagaan merupakan sunnah nabi s.a.w. Terdapat juga sabda Nabi Muhammad s....
-
Resepi Pau Mawar ****************** 500g tepung pau jenama baker choice 7g double action baking powder 45g shortening 7g mauripan 3 su...