02 February 2013

RAJUK TAK SUDAH...

Itu tak kena, ini tak kena.
Semuanya salah.
Sakit hati ni rasa seperti ditoreh-toreh.
Apa salah aku? Aku sahajakah yang tak betul?
Kenapa nak nampak yang salah saja?
Ada saja rasanya perkara baik yang aku buat?
(Eh, tetiba teringat plak: lupakan kebaikan diri kita kepada orang, INGAT keburukan kita kepada orang)

Bila diri ini sudah menjadi milik orang, rasa seperti semuanya tak kena.
Adakah ini hanya perasaan aku sahaja?
Aku yang menjadi orang bersalah?
Kenapa Ya ALLAH?

Sudah-sudah la tu merajuk dengan ibu bapa sendiri.
Cuba teringat kembali pengorbanan mereka dalam hidup kita.
Terguris hati sedikit dengan kata-kata atau tindakan ibu bapa?
Cuba didik diri untuk bersabar, kerana mungkin itu ganjaran pahala sedang menanti kita.
Bayangkan, kita hidup bersama ibu bapa selama 25 tahun.
Berapa kalikah diri kita telah membuat mereka sedih?
Mungkin mak ayah terguris dengan perilaku kita dek kerana terlalu mengikut darah panas sebagai orang muda.

Jadi, bersangka baiklah.
Berfikiran positif.
Jadikan ibu ayah itu sebagai ladang untuk kita meraih redha-NYA.
Jauhilah diri daripada menjadi anak yang toleh (derhaka).

Kata-kata Saidina Ali:
"Orang yang baik, bila ada disukai, bila mati ditangisi.
 Jangat jadi seperti orang jahat, bila ada orang meluat, bila mati disyukuri."

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...