30 September 2009

ARRRGGGHH..... RIMASNYA



ArrrGGGhhh....


Rimasnyaa.....


Kenapa plak nak kena pakai macam ni?


Ish, bosann aarrr nak kuar rumah nak kena carik tutup kepala dulu...
Susah betull lah duk dekat dengan rumah 'orang- orang baik' yg kita kenal...
Masalahnya satu tempat keja plak tu...


Adoooyaaiiii~~~~~


---> ALLAH berfirman dalam AL-QURAN, Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."


Sumber: http://saifulislam.com/?p=6773

* Pesanan sesama muslim, agar saling beringat...
* Bukan sudah baik tapi cuba untuk menjadi yang terbaik
* Ikhlas~ istiqamah~ Lillahi Taala

(~_~)

28 September 2009

PULANG SUDAH...



Hari ni, kebanyakan tempat di Malaysia sudah memulakan pekerjaan atau sesi persekolahan setelah cuti raya lebih kurang seminggu. Bagi negeri seperti Kedah, Terengganu, dan Kelantan, sesi persekolahan dan urusan rasmi telah pun bermula sejak hari Ahad. Rasanya, kebanyakan orang masih lagi dalam mood raya. Dalam erti kata lain, agak malas untuk pergi kerja termasuk saya.



Cuti raya kali ni amat meriah. Semua balik beraya kecuali kakak yang berada di Kajang. Dia beraya di rumah mertuanya di Muar, Johor. Lucu melihat keletah anak buah yang semakin membesar. Kesian jugak melihat kakak menjaga anaknya yang baru lahir. Hari raya ni, kanak-kanak lah yang paling seronok, sebab dapat duit raya banyak. Teringat saya kenangan 20 tahun lalu. Dapat duit raya punyalah banyak. Ayah pulak janji nak bagi duit kalau puasa penuh. Apa lagi, bersemangatlah nak puasa walaupun kadang-kadang ada mengelat. Itu semua kisah dulu-dulu.



Ramai juga kawan-kawan satu sekolah dulu yang datang beraya di rumah. Semuanya sudah ada hala tuju masing-masing. Ada yang jadi guru, IT executive, engineer, tokei, researcher, pelajar, dan sebagainya. Tak kisahlah apa kerja yang dilakukan, asalkan ianya diredhai ALLAH. Semoga rezeki yang diperoleh itu berkat dan halal.



Saya dan rakan-rakan juga sempat beraya di rumah cikgu-cikgu yang pernah mengajar semasa sekolah dulu. Sebenarnya, cikgu-cikgu ni rasa amat dihargai apabila ada anak murid yang menegur mereka tidak kiralah di mana sahaja. Janganlah 'act' sampai tak bertegur dengan cikgu sendiri (pesanan untuk diri sendiri). Ilmu yang kita dapat tu datangnya daripada mereka yang bergelar pendidik.



Ada juga sanak saudara yang datang ke rumah. Waktu ni lah boleh berkumpul pun. Kalau di masa lain, masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Saudara yang paling susah pulang beraya pun boleh jumpa masa raya ni... Alhamdulillah.



Dalam masa yang sama, Syawal kali ni juga penuh dengan jemputan walimah daripada sahabat-sahabat. Terima kasih atas jemputan anda dan maaf kerana tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Semoga majlis tersebut beroleh barkah. Semoga anda menjadi pasangan yang diredhai ALLAH dan bahagia dunia akhirat.




~ ALHAMDULILLAH, Praise to ALLAH.
~ Thanks for this wonderful memory.
~ Enjoy the slideshow, I share my happiness with all the visitors.
* one missing person in the picture, my eldest brother *
(",)



22 September 2009

PUASA ENAM (6)


In The Name Of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful


Hari ini dah masuk hari ke-3 dalam bulan Syawal. Kita disunatkan untuk melaksanakan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal seperti sabda Nabi s.a.w.:

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

Bagi kaum Hawa, mungkin ada yang tertanya-tanya bolehkah melakukan puasa sunat sekali dengan puasa qadha? Mungkin ada juga yang bertanya puasa qadha dengan sunat , mana yang patut dilangsaikan dahulu?

Maka, di sini saya ada 'link' kan laman web Ustaz Zaharudin berkenaan persoalan tersebut.

20 September 2009

1 SYAWAL 1430 H

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN


"Seorang Tabiín, Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH Taála selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan ALLAH Azza Wa Jalla."


DARIPADA:


MAAROP B. ISHAK
SITI SALHAH BT ISA
MOHD SUFFIAN B.MAAROP
SITI NOORAIHAN & MOHD RODZI - MUHD IQBAL HAKIMI
SITI NOORHAFEZAH & MOHD SUHAIMY- ADAM IRFAN, ADI FARHAN
SITI NOOR HAZILAH & MOHD AMEZAN- MOHAMMAD HAIQAL FALYAS TATIUNIS
SITI NOORASYIKIN
SITI KHADIJAH
MUHAMMAD SOLEHIN
MUHAMMAD SIDDIQ

(^_^)


09 September 2009

Blogging


Blogging, blogging, blogging...


Ada orang menulis blog sebab nak berdakwah.
Islam itu bersifat fleksibel.
Jangan sempitkan ajaran Islam dengan mengatakan teknologi internet ini daripada musuh Islam dan ia melalaikan, merosakkan hidup umat Islam.
Tidak semuanya mesti ditolak daripada mereka.
Asalkan ia tidak bercanggah dengan dasar Islam, maka perlulah diambil kira atau diguna pakai.
Misalnya, dalam perang Al-Ahzab. Rasulullah s.a.w. dengan hati terbuka menerima cadangan membina parit (khandaq) sebagai benteng pertahanan yang diutarakan oleh Salman Al-Farisi, seorang sahabat daripada Parsi (Iran). Hal ini menunjukkan Islam itu terbuka untuk menerima pandangan atau cadangan baik walaupun idea itu diambil dari luar.
-m/s 27: Muhammad, Insan Teladan Sepanjang Zaman, TGNANM-

Ada orang menulis blog untuk bercerita.
Maksud saya blog digunakan untuk menulis karya-karya kreatif.
Misalnya, cerpen atau cerita bersiri.
Ia menjadi medan untuk menginterpretasikan pengalaman dahulu kepada bentuk cerita yang menarik hasil nukilan pengarangnya seperti cerpen cinta.

Blog juga digunakan sebagai medium untuk meluahkan perasaan hati yang kadang-kadang tidak pernah difahami oleh orang lain.
Mungkin ia boleh disebut sebagai e-diary.
Hari ini hari gembira. Esok hari sedih.
Lusa mungkin berasa marah atau tidak puas hati dengan seseorang.

Ada juga orang yang menggunakan blog untuk berniaga.
9/10 pendapatan muslim itu datangnya daripada perniagaan.
Dunia semakin maju, teknologi semakin ke hadapan.
Manusia zaman IT tak perlu bersusah payah bersesak dengan orang ramai.
Maklumat di hujung jari.
Dengan satu klik sahaja barang yang di 'order' sudah sampai di depan rumah.

Ada orang yang menulis blog dengan cara 'copy' and 'paste' saja...
Ada orang kata 'blogging' ni untuk orang yang tak banyak cakap atau pendiam.
Tapi ada saja orang yang lantang bersuara turut menulis blog.

Tak kiralah apa sahaja niat yang digunakan untuk menulis blog
Lakukan dengan hati yang ikhlas dan niat yang baik
Semoga mendapat redha-NYA




* Setiap amalan itu bermula dengan niat
* Bagi saya: 'blogging is one way of connection.'
* Teruskan menulis dan tambah ilmu (^_^)




07 September 2009

17 Ramadhan1430 H


~In The Name Of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful~


Salam Nuzul Al-Quran (",)

Sekarang ni di masjid atau di surau sekalipun kedengaran imam membacakan surah Al-Qadr dalam solat tarawih. Seakan-akan kita mengalu-alukan kedatangan tetamu yang amat hebat dan besar. Mana tidaknya, malam Al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan (Al-Qadr: 3). Dalam masa yang sama, hati ini terasa pilu seolah-olah bulan Ramadhan ini bakal meninggalkan kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

17 Ramadhan 1430 ialah tarikh di mana turunnya Al-Quran. Al-Quran membawa rahmat dan berkat kepada mereka yang sering membaca dan mengamalkan kandungannya. Mereka yang sering membaca Al-Quran bakal mendapat pertolongan di akhirat kelak. Misalnya, dapat menyelamatkan 10 orang ahli keluarganya daripada azab api neraka. Di samping itu, Al-Quran juga bisa menjadi teman semasa di dalam kubur. Setelah disemadikan di dalam tanah, Al-Quran datang membawa sinar cahayanya untuk menerangi insan-insan yang tidak pernah tinggal membaca Al-Quran sepanjang hayatnya.

Menurut Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w. telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabullah, baginya satu hasanah (kebaikan). Satu kelebihan itu bersamaan sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif lam min itu satu huruf. tetapi, alif itu satu huruf, lam itu satu huruf, dan min itu satu huruf."
-Hadith sahih riwayat al-Tirmizi, Al-Darimi dan selainnya.-



*Berapa banyak surah yang telah dihafal?
*Berapa banyak pengajaran dalam Al-Quran yang telah diamalkan?
*Dalam bulan Ramadhan ni, tercapaikah niat untuk khatam Al-Quran?

~Al-Asr:1-3





04 September 2009

DULU...

Dulu dia seorang yang pendiam
Sekarang dah pandai berbicara sikit

Dulu dia solat dengan tenang dan khusyuk menghayati makna ayat yang dibaca
Sekarang sambil solat pun boleh fikir perkara di luar solat
"nanti bukak puasa nak makan apa ek?"
"oh, baru aku teringat aku letak barang tu kat situ..."
"hmm, mak tengah buat apa sekarang ni?"

Dulu masa jalan di muka bumi ALLAH,
dia tunduk sikit sebagai rasa rendah diri dengan keagungan Pencipta
Sekarang berjalan dengan rasa bongkak,
rasa diri tu hebat
"dunia ini aku yang punya..."

Dulu dia sibuk dan seronok bekerja dengan sahabat-sahabat
Sekarang buat kerja masing-masing,
kerja sorang-sorang

Dulu zikrullah, Ruhul Jadid, Soutul Amal sentiasa membasahi lidahnya
Sekarang lagu-lagu yang ntah apa-apa dinyanyikan
~Bunkface: Situasi, Revolusi
~Linkin Park: Papercut, In The End
~Hujan: Bila Aku Sudah Tiada, Neon

Dulu hati dia lembut dan mudah untuk membuat kebaikan/ kebajikan
Sekarang nak buat baik pun fikir dulu dan suka tangguh
"tak yah la bagi derma. ntah diorang ni dari saluran yang betul ke tak."
"oh, awal lagi. nak tidur nanti baru solat..."

Dulu dia kerap menangis
hati sentiasa rasa pilu bila berada dalam majlis keramaian
terharu kerana rasa indahnya ukhwah lillahi Taala
Sekarang dia banyak ketawa
lucu dengan gurauan yang dibuat oleh teman
banyak omongan kosong dan angan-angan

Dulu dia tak banyak helah untuk gerak kerja
Sekarang 1001 alasan dia bagi
"oh, jauh sangat tu..."
"transport tak dak..."
"kena buat kerja apa?"
"saya tak dak kawan la..."



* Di dunia kau boleh terlepas tapi di akhirat kelak kau akan dipersoalkan
* Islam- agama fitrah- kembali kepada fitrah- perhambakan diri kepada ALLAH
* Bertaubat dengan bersungguh-sungguh
* Ikhlaskan hati bekerja kerana ALLAH
* Al-Fatihah; 2.




01 September 2009

TERIMA KE TAK?


IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar.

Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.”


Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Lima perkara menghapus pahala puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu, membuat sumpah palsu dan melihat wanita bukan muhrim dengan nafsu syahwat."
Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Puasa ialah benteng dan janganlah berkata perkara keji dan jangan bertekak seperti orang bodoh".
Jika seseorang menentang dan memakimu maka hendaklah kamu berkata:"Sesungguhnya aku sedang berpuasa (ucap dua kali).”Puasa adalah perisai yang menghalang atau memelihara kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 42 bermaksud: “Mereka yang suka mendengar perkara dusta adalah mereka yang makan makanan yang haram.”
Sebagai bulan berkat, adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa mengerjakan amalan baik sebanyak mungkin, seperti bersedekah dan membaca ayat suci al-Quran serta sembahyang sunat pada malam Ramadan.




sumber: http://dakwah2u.blogspot.com/2007/09/puasa-sempurna-jika-jaga-mulut.html

* Ya ALLAH, diri ini sering alpa dan lalai. Ampunkanlah dosa-dosaku dan kedua ibu bapaku.
* Peringatan untuk diri sendiri
* Surah As-Soff: 2-3