Welcome to Bicara Si PokokHijau blog. My nama is Syikin Maarop and I am your favourite Shaklee Independent Distributor (SID). Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626 | Email: syikinmaarop@gmail.com Have a nice day! Thank you. :)
28 September 2009
PULANG SUDAH...
Hari ni, kebanyakan tempat di Malaysia sudah memulakan pekerjaan atau sesi persekolahan setelah cuti raya lebih kurang seminggu. Bagi negeri seperti Kedah, Terengganu, dan Kelantan, sesi persekolahan dan urusan rasmi telah pun bermula sejak hari Ahad. Rasanya, kebanyakan orang masih lagi dalam mood raya. Dalam erti kata lain, agak malas untuk pergi kerja termasuk saya.
Cuti raya kali ni amat meriah. Semua balik beraya kecuali kakak yang berada di Kajang. Dia beraya di rumah mertuanya di Muar, Johor. Lucu melihat keletah anak buah yang semakin membesar. Kesian jugak melihat kakak menjaga anaknya yang baru lahir. Hari raya ni, kanak-kanak lah yang paling seronok, sebab dapat duit raya banyak. Teringat saya kenangan 20 tahun lalu. Dapat duit raya punyalah banyak. Ayah pulak janji nak bagi duit kalau puasa penuh. Apa lagi, bersemangatlah nak puasa walaupun kadang-kadang ada mengelat. Itu semua kisah dulu-dulu.
Ramai juga kawan-kawan satu sekolah dulu yang datang beraya di rumah. Semuanya sudah ada hala tuju masing-masing. Ada yang jadi guru, IT executive, engineer, tokei, researcher, pelajar, dan sebagainya. Tak kisahlah apa kerja yang dilakukan, asalkan ianya diredhai ALLAH. Semoga rezeki yang diperoleh itu berkat dan halal.
Saya dan rakan-rakan juga sempat beraya di rumah cikgu-cikgu yang pernah mengajar semasa sekolah dulu. Sebenarnya, cikgu-cikgu ni rasa amat dihargai apabila ada anak murid yang menegur mereka tidak kiralah di mana sahaja. Janganlah 'act' sampai tak bertegur dengan cikgu sendiri (pesanan untuk diri sendiri). Ilmu yang kita dapat tu datangnya daripada mereka yang bergelar pendidik.
Ada juga sanak saudara yang datang ke rumah. Waktu ni lah boleh berkumpul pun. Kalau di masa lain, masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Saudara yang paling susah pulang beraya pun boleh jumpa masa raya ni... Alhamdulillah.
Dalam masa yang sama, Syawal kali ni juga penuh dengan jemputan walimah daripada sahabat-sahabat. Terima kasih atas jemputan anda dan maaf kerana tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Semoga majlis tersebut beroleh barkah. Semoga anda menjadi pasangan yang diredhai ALLAH dan bahagia dunia akhirat.
~ ALHAMDULILLAH, Praise to ALLAH.
~ Thanks for this wonderful memory.
~ Enjoy the slideshow, I share my happiness with all the visitors.
* one missing person in the picture, my eldest brother *
(",)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SALAM MA'AL HIJRAH 1433
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...
-
Petang ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam m...
-
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Perniagaan merupakan sunnah nabi s.a.w. Terdapat juga sabda Nabi Muhammad s....
-
Resepi Pau Mawar ****************** 500g tepung pau jenama baker choice 7g double action baking powder 45g shortening 7g mauripan 3 su...
1 comment:
First try...
At last, I made it.
Alhamdulillah, Praise to ALLAH =)
Post a Comment