07 September 2009

17 Ramadhan1430 H


~In The Name Of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful~


Salam Nuzul Al-Quran (",)

Sekarang ni di masjid atau di surau sekalipun kedengaran imam membacakan surah Al-Qadr dalam solat tarawih. Seakan-akan kita mengalu-alukan kedatangan tetamu yang amat hebat dan besar. Mana tidaknya, malam Al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan (Al-Qadr: 3). Dalam masa yang sama, hati ini terasa pilu seolah-olah bulan Ramadhan ini bakal meninggalkan kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

17 Ramadhan 1430 ialah tarikh di mana turunnya Al-Quran. Al-Quran membawa rahmat dan berkat kepada mereka yang sering membaca dan mengamalkan kandungannya. Mereka yang sering membaca Al-Quran bakal mendapat pertolongan di akhirat kelak. Misalnya, dapat menyelamatkan 10 orang ahli keluarganya daripada azab api neraka. Di samping itu, Al-Quran juga bisa menjadi teman semasa di dalam kubur. Setelah disemadikan di dalam tanah, Al-Quran datang membawa sinar cahayanya untuk menerangi insan-insan yang tidak pernah tinggal membaca Al-Quran sepanjang hayatnya.

Menurut Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w. telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabullah, baginya satu hasanah (kebaikan). Satu kelebihan itu bersamaan sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif lam min itu satu huruf. tetapi, alif itu satu huruf, lam itu satu huruf, dan min itu satu huruf."
-Hadith sahih riwayat al-Tirmizi, Al-Darimi dan selainnya.-



*Berapa banyak surah yang telah dihafal?
*Berapa banyak pengajaran dalam Al-Quran yang telah diamalkan?
*Dalam bulan Ramadhan ni, tercapaikah niat untuk khatam Al-Quran?

~Al-Asr:1-3





No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...