Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

FASA Ke-3

Setiap kali saya melakukan kesilapan, saya sangat yakin bahawa ianya daripada ALLAH. Pasti ia juga tersirat 1001 hikmah yang DIA mahu tunjukkan kepada saya. Mungkin untuk lebih mengenali insan-insan yang terlibat dengan lebih dekat, mungkin juga sebagai koreksi diri saya yang banyak kelemahan. Kesilapan yang dilakukan itu bukanlah penamat untuk sebuah kehidupan tetapi ia menjadi pembakar semangat agar tidak mengulangi kesilapan itu sekali lagi pada masa-masa akan datang. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Sebaliknya ia mengandungi pengajaran untuk kita lebih bergantung hanya kepada-NYA, pencipta alam buana ini. ALLAHurabbi, Ya ALLAH, Ya Karim, Ya Latif...

***************************

Eh, eh! sekarang dah masuk fasa ke-3 dalam bulan Ramadhan 1432H. Macam mana checklist Ramadhan kali ini? Baju raya dah siap? Hohoho... bukan itu yang menjadi matlamat utama. Check semula, Quran dah sampai juzuk mana? Sempat ke nak habiskan sebelum akhir Ramadhan? Hati dah dibersihkan s…

~RAMADHAN KAREEM~

Assalamu’alaikum w.b.tAlhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Sekarang sudah masuh ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang ditunggu oleh kita umat Nabi s.a.w. Manakan tidak, ibadah puasa ini merupakan ibadah yang paling disukai oleh ALLAH. ALLAH jualah penilai bagi ibadah ini. Maksudnya hanya ALLAH yang mengetahui ibadah puasa yang dilakukan seorang hamba itu berbanding ibadah lain. Maksudnya, sekiranya seseorang melakukan ibadah solat, maka manusia boleh menilainya dengan melihat perbuatan solatnya itu, namun bagi puasa, ALLAH sahaja yang mengetahui. Sekiranya manusia curi-curi makan, manusia tak nampak dan tahu tetapi ALLAH yang menyaksikan perbuatan itu.Puasa mengikut definisi syarak ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 183,“Hai…