Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

17 DECEMBER

17 December 1984 Merupakan tarikh yang amat bermakna  Seluruh keluarga mensyukuri kehadirannya Kelahirannya itu satu petunjuk Betapa Pengasih dan Penyayang ALLAH Setelah pemergian saudara kandungnya
Beliau disayangi dan dikasihi oleh seluruh ahli keluarga Keletah dan tindak tanduknya seringkali mencuit hati Bak kata orang, tak kering gusi ketawa Kadang-kadang pening kepala juga dibuatnya
Hari demi hari Beliau meningkat dewasa Ilmu duniawi dan ukhrawi diberikan Benarlah kata pepatah, Usaha tangga kejayaan Seringkali cemerlang dalam peperiksaan  Menjadi buah mulut orang kerana kecerdikannya Berkat doa ayah dan bonda tercinta Pemberian penuh dengan harapan
Tatkala menjengah usia matang Bumi anbiya' menjadi pilihan  Demi sebuah permusafiran Perjalanan mencari ilmu Demi agama, bangsa, dan negara
Hingga satu ketika Terdetik bagi dirinya Untuk mencari suri di hati Yang boleh mendampingi keluarga Dan membentuk anak yang soleh
***********
Ya ALLAH Aku berdoa kepada-MU Lindungilah insan ini …