20 August 2011

FASA Ke-3

Setiap kali saya melakukan kesilapan, saya sangat yakin bahawa ianya daripada ALLAH. Pasti ia juga tersirat 1001 hikmah yang DIA mahu tunjukkan kepada saya. Mungkin untuk lebih mengenali insan-insan yang terlibat dengan lebih dekat, mungkin juga sebagai koreksi diri saya yang banyak kelemahan. Kesilapan yang dilakukan itu bukanlah penamat untuk sebuah kehidupan tetapi ia menjadi pembakar semangat agar tidak mengulangi kesilapan itu sekali lagi pada masa-masa akan datang. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Sebaliknya ia mengandungi pengajaran untuk kita lebih bergantung hanya kepada-NYA, pencipta alam buana ini. ALLAHurabbi, Ya ALLAH, Ya Karim, Ya Latif...

***************************

Eh, eh! sekarang dah masuk fasa ke-3 dalam bulan Ramadhan 1432H. Macam mana checklist Ramadhan kali ini? Baju raya dah siap? Hohoho... bukan itu yang menjadi matlamat utama. Check semula, Quran dah sampai juzuk mana? Sempat ke nak habiskan sebelum akhir Ramadhan? Hati dah dibersihkan sesuci-sucinya dengan solat Taubat dan zikir? Ada buat sedekah tak? Tau tak., sedekah jariah tu boleh mensucikan hati kita juga. Ye lah, rezeki yang koita peroleh tu bukan datang dari kita. Sebenarnya ALLAH yang berikan kepada kita. Jadi, kita kena juga kongsikan rezeki itu degna mereka yang memerlukan. Jangan kedekut~! Kalau kita memberi, ALLAH akan tambahkan lagi rezeki kita. Trust with ALLAH.

~ peringatan sebagai sesama muslim untuk diri sendiri juga. Wallahua'lam...

01 August 2011

~RAMADHAN KAREEM~

Assalamu’alaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Sekarang sudah masuh ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang ditunggu oleh kita umat Nabi s.a.w. Manakan tidak, ibadah puasa ini merupakan ibadah yang paling disukai oleh ALLAH. ALLAH jualah penilai bagi ibadah ini. Maksudnya hanya ALLAH yang mengetahui ibadah puasa yang dilakukan seorang hamba itu berbanding ibadah lain. Maksudnya, sekiranya seseorang melakukan ibadah solat, maka manusia boleh menilainya dengan melihat perbuatan solatnya itu, namun bagi puasa, ALLAH sahaja yang mengetahui. Sekiranya manusia curi-curi makan, manusia tak nampak dan tahu tetapi ALLAH yang menyaksikan perbuatan itu.

Puasa mengikut definisi syarak ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 183,

“Hai orang-orang yang beriman! Kalian diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan terhadap umat sebelum kalian, agar kalian bertaqwa.” [Al-Baqarah: 183]

Semua orang pasti mempunyai nostalgia yang tersendiri berkenaan puasa. Saya turut tidak terkecuali dalam hal ini. Kisah semasa kanak-kanak ribena dahulu. Setiap kali datangnya Ramadhan, saya pasti teringatkan kisah ini. Semasa berumur 9 tahun, saya bersekolah rendah untuk sesi petang. Bila dah balik dari sekolah tu, rasa penat dengan panas terik matahari. Balik sekolah terus mengadap tv dan mengambil sehelai kain tuala ‘good morning’. Kalau saya tak silap, rancangan yang menjadi kegemaran masa itu ialah Rumah Kedai. Kain tuala tersebut saya basahkan dengan air sejuk yang diambil daripada peti sejuk (dengan alasan penat sebab balik dari sekolah dan cuaca yang sangat panas. Diharapkan tindakan saya itu dapat mengurangkan suasana panas tu). Sebenarnya, niat di hati sambil menekapkan tuala di kepala, air yang menitik itu boleh saya telan untuk menghilangkan haus. Hehehe... (Ya ALLAH, jahil betul aku masa tu).

Setiap kali bulan puasa, ayah akan memberikan galakan untuk siapa yang berpuasa penuh akan dapat duit raya banyak. Maksudnya ayah akan bagi RM30 sebagai duit raya kepada anak-anak yang berpuasa penuh. Kalau tinggal puasa sehari, maka duit raya akan dipotong RM1. Jadi, kami adik beradik pakat pulun mendapatkan puasa penuh walaupun kadang-kadang ada yang mengelat. =)

Lagi satu sebagai galakan untuk bangun sahur pula, mak saya akan beritahu menu special untuk pagi esok. Menu kegemaran kami, ayam masak kicap. Jadi, apa lagi kami adik beradik mesti bangun pagi esoknya. Kalau ada yang bangun lewat, nanti ayam tu habis dimakan.

Itu semua kenangan 20 tahun lalu. Sekarang ni, niat berpuasa itu haruslah ikhlas semata-mata kerana ALLAH demi meraih redha-NYA.



Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Selamat datang ke taman bunga kerohanian. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesalahan dan kekurangan diri. Bersama laksanakan ibadah puasa ini sebaik mungkin. Semoga kita beroleh rahmat dan keampunan dari ALLAH. Baarakallahulakum~

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...