Merupakan tarikh yang amat bermakna
Seluruh keluarga mensyukuri kehadirannya
Kelahirannya itu satu petunjuk
Betapa Pengasih dan Penyayang ALLAH
Setelah pemergian saudara kandungnya
Beliau disayangi dan dikasihi oleh seluruh ahli keluarga
Keletah dan tindak tanduknya seringkali mencuit hati
Bak kata orang, tak kering gusi ketawa
Kadang-kadang pening kepala juga dibuatnya
Hari demi hari
Beliau meningkat dewasa
Ilmu duniawi dan ukhrawi diberikan
Benarlah kata pepatah,
Usaha tangga kejayaan
Seringkali cemerlang dalam peperiksaan
Menjadi buah mulut orang kerana kecerdikannya
Berkat doa ayah dan bonda tercinta
Pemberian penuh dengan harapan
Tatkala menjengah usia matang
Bumi anbiya' menjadi pilihan
Demi sebuah permusafiran
Perjalanan mencari ilmu
Demi agama, bangsa, dan negara
Hingga satu ketika
Terdetik bagi dirinya
Untuk mencari suri di hati
Yang boleh mendampingi keluarga
Dan membentuk anak yang soleh
***********
Ya ALLAH
Aku berdoa kepada-MU
Lindungilah insan ini
Berkatilah hidupnya
Perkenankanlah impiannya
Menjadi pemimpin keluarga dan ummah.
P/s: Selamat Hari Lahir, Abang. Loveyoufortherestofmylife.