*Semoga ALLAH permudahkan urusan dan perkenankan hajat saya. Amiiin.
Ok, kali ni saya ingin berkongsi satu nasyid yang sangat meruntun jiwa saya. Saya suka dengar lirik nasyid ini. Antara dua cinta. Cinta manakah yang harus ku pilih??? Ecewahhhh..
Tapi jangan silap pula ye. Ini cinta yang baik, cinta kepada Allah.
Selamat mendengar.
Antara Dua Cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Nyanyian: Nazrey Johani
Yang benar,
Pokok Hijau a.k.a Syikin Maarop