27 December 2016

CARA BUKA BUKU MERAH

TERUJA MENYAMBUT KELAHIRAN BABY PERTAMA?

Jom Buat Buku Merah.

Bagi anda ibu-ibu muda yang kali pertama bakal melahirkan bayi , sedang mencari tempat pemeriksaan pranatal yang berpatutan,anda boleh lah pergi ke klinik kerajaan yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Anak atau KKIA bagi mendapatkan pemeriksaan sebelum bersalin dan pemeriksaan pertama pada fasa awal kehamilan.Anda juga boleh ke sana bila-bila masa dalam tempoh kehamilan anda.

Tidak kisah lah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran.Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapat kepastian.
---------------------------------------------------------

Apa yang perlu anda bawa semasa datang untuk pemeriksaan pranatal?

Kali pertama datang ke KKIA,anda perlu membawa dokumen seperti :

▫️Kad pengenalan (KP)

▫️Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)

▫️Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda.

▫️Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).

Kemudian anda akan diberi buku pranatal (juga dikenali sebagai buku PINK atau buku MERAH) yang merekodkan sejarah kehamilan anda termasuk tarikh temujanji antenatal di KKIA dan hospital kerajaan atau swasta.

Sebagai pesakit baru pendaftaran adalah PERCUMA bagi warganegara dan anda mungkin perlu membayar pendaftaran sebanyak RM5 jika kes dirujuk kepada Pakar.

Tinggi dan berat anda akan diukur.Jururawat akan bertanya soalan berkaitan kesihatan anda. Ini termasuk soalan rutin mengenai haid anda yang terakhir serta sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.Anda akan diminta menandatangani borang kebenaran menjalankan ujian darah.

Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR).

Anda juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urine dan anda mungkin diberi suntikan kancing gigi.

Sebelum pulang, anda akan dibekalkan dengan suplement pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.

Temu janji anda akan dijadualkan dan direkod dalam buku pranatal untuk rujukan anda.

Pesakit bertanggungjawab untuk tetap pada satu klinik sahaja, dan mengikut temu janji dan rujukan yang diberi oleh KKIA. Anda juga dinasihatkan supaya tidak terlepas temu janji atau menukar tarikh temu janji kerana ini akan merumitkan pihak pentadbiran.
--------------------------------

Berapa kerapkah anda perlu membuat temu janji pranatal?

Pemeriksaan pranatal anda yang pertama biasanya dilakukan di KKIA selepas pendaftaran. Temu janji seterusnya biasanya akan mengikut jadual berikut:

▫️Sekali sebulan hingga minggu ke 28 atau bulan ke 7 kehamilan

▫️Dua minggu sekali dalam bulan ke lapan kehamilan

▫️Sekali seminggu mulai minggu ke 37 atau bulan ke 9 kehamilan hingga lah anda bersalin.

🚫Klinik-klinik kerajaan biasanya sibuk dengan ramai pesakit dan anda mungkin perlu menunggu lama sebelum giliran anda tiba. Bawalah minuman dan kudapan serta bahan bacaan apabila anda pergi untuk membuat pemeriksaan di KKIA.
--------------------------------

Apa yang akan berlaku semasa pemeriksaan pranatal anda?

Pemeriksaan rutin akan dilakukan pada setiap temu janji untuk memastikan anda dan bayi anda sihat.

▫️Temu ramah ringkas dengan jururawat (akan bertanya soalan-soalan asas mengenai keadaan kesihatan anda ketika itu dan pergerakan bayi )
▫️Pemeriksaan dengan doktor bertugas (apabila perlu, tidak semestinya pada setiap kali).
▫️Ujian air kencing untuk mengesan protein dan gula.
▫️Pemeriksaan tekanan darah
▫️Ukuran berat badan
▫️Merasa perut anda untuk memeriksa kedudukan bayi,saiz dan perkembangannya
▫️Mendengar degupan jantung bayi. Ini boleh dilakukan menggunakan stetoskop khas (Pinard).
▫️Memeriksa sekiranya anda mengalami bengkak kaki,tangan atau muka.
------------------------

Apakah ujian-ujian pranatal yang anda akan jalani?

Ujian darah
Semasa pemeriksaan pranatal pertama di KKIA, anda akan menjalani satu ujian darah untuk memeriksa:
▫️kumpulan darah anda
▫️Faktor rhesus
▫️sebarang jangkitan termasuk HIV , sifilis dan HEPATITIS B

Satu ujian darah untuk memeriksa kadar hemoglobin anda akan dilakukan setiap tiga bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda didapati mempunyai masalah ANEMIA (Kekurangan darah) doktor mungkin akan membuat pemeriksaan yang lebih kerap.

Suntikan kancing gigi
Jika ini adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi.Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.

Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.

MGTT (MODIFIED GLUCOSE TOLERANCE TEST)
Di antara bulan ke5 dan ke7 kehamilan, anda akan menjalani Ujian toleransi glukos oral untuk menguji Kencing manis.Ujian ini memerlukan anda berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian darah. Jika anda mempunyai faktor risiko tambahan untuk kencing manis, ujian tersebut akan dilakukan semasa awal kehamilan dan mungkin diulang pada trimester ketiga jika ujian pertama didapati normal.

Ujian MGTT wajib bagi kandungan pertama jika pesakit berusia 25 tahun ke atas,obesiti atau mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah kencing manis.

Pemeriksaan payudara
Semasa pemeriksaan pertama anda di KKIA, jururawat atau bidan mungkin akan memeriksa payudara untuk memastikan tiada ketulan tidak normal dan untuk memastikan tiada masalah apabila menyusukan nanti. Jururawat akan berbincang dengan anda dan memberi nasihat tentang penyusuan badan.

Imbasan ultrabunyi (ultrasound)
Sebilangan klinik kerajaan menyediakan ultrasound secara terhad manakala sebahagian lagi tidak menyediakan kemudahan ini. Kebanyakan KKIA bergantung kepada kaedah manual seperti mengukur perut dan mendengar degupan jantung bayi.

Di klinik kerajaan yang mempunyai kemudahan ultrabunyi atau ultrasound, anda mungkin akan diimbas dua kali :
▫️sekali dalam trimester pertama untuk mengesan sebarang ketidaknormalan, kehamilan berganda dan untuk menolak kemungkinan kehamilan di luar rahim (ektopik)
▫️sekali dalam trimester ketiga untuk memeriksa perkembangan bayi dan kedudukan plasenta anda.

Jika anda mahu mendapatkan ujian-ujian pranatal yang lain seperti imbasan atau scan untuk sindrom down,anda perlu membayar untuk mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.

Pemeriksaan pergigian semasa hamil
Ada di antara KKIA yang berada dalam kawasan klinik-klinik kerajaan yang turut menempatkan klinik pergigian. Setiap wanita mengandung yang datang ke klinik tersebut akan diberi pemeriksaan pergigian di situ. Di KKIA yang tidak mempunyai kemudahan tersebut pula, anda akan dirujuk ke klinik pergigian terdekat.

Di klinik pergigian, doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda dan memberi nasihat mengenai penjagaan pergigian semasa mengandung.

Siapakah yang akan memeriksa anda?
Setiap kali anda datang untuk membuat pemeriksaan pranatal di KKIA, anda akan dibantu oleh seorang jururawat perbidanan. Pemeriksaan dengan doktor yang bertugas akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali untuk imbasan dan pemeriksaan kesihatan keseluruhan. Pemeriksaan dengan doktor seterusnya hanya dijalankan apabila perlu. Pada pemeriksaan seterusnya anda mungkin akan berjumpa doktor yang berlainan. Ini adalah perkara biasa.

Jika terdapat sebarang komplikasi atau isu-isu tertentu berkaitan kehamilan anda, doktor di KKIA mungkin akan merujuk anda kepada doktor pakar di hospital kerajaan.

Ini berlaku jika:
▫️kehamilan anda dikategorikan sebagai berisiko tinggi
▫️terdapat sebarang komplikasi semasa mengandung
▫️anda memerlukan ujian-ujian lain yang tidak terdapat di KKIA.

Sebilangan jururawat KKIA atau bidan yang berdaftar dengan kerajaan akan melawat pesakit di rumah sebelum mereka bersalin untuk memeriksa keadaan kesihatan dan rumah mereka, terutamanya jika pesakit tersebut memilih untuk bersalin di rumah.Ini biasa berlaku bagi KKIA di luar bandar atau pekan-pekan kecil. Jururawat atau bidan-bidan ini akan melawat pesakit lagi di rumah mereka selepas bersalin untuk memeriksa keadaan ibu dan anak.

Terdapat banyak perkhidmatan sokongan pranatal di KKIA. Anda boleh bertanya jururawat dan doktor sebarang soalan berkenaan kehamilan atau pun kesihatan bayi anda. Jika anda mempunyai masalah atau kebimbangan, anda boleh pergi ke klinik atau hospital kerajaan berdekatan dengan membawa buku pranatal anda. Sebilangan KKIA dan hospital kerajaan juga mengadakan seminar penyusuan bayi dan persediaan melahirkan bayi.

Dalam kes kecemasan, pergilah ke klinik kerajaan atau klinik ibu mengandung yang berdekatan atau pun hospital. Jangan lupa bawa buku pranatal anda bersama.
----------
Bolehkah anda dapatkan penjagaan lepas bersalin?

Selepas bayi anda dilahirkan dan anda telah keluar daripada hospital, seorang jururawat atau bidan yang berdaftar dengan kerajaan daripada KKIA akan melawat anda sekali atau dua kali di rumah untuk memeriksa keadaan anda dan bayi.

Jururawat atau bidan tersebut akan memberi bantuan dan panduan serta sokongan berkenaan penyusuan, memandikan bayi dan penjagaan bayi yang baru lahir. Mereka akan menggalakkan anda berehat dan memberi nasihat mengenai cara terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal dan emosi anda.

Peringatan :

Sila bawa buku merah anda ke mana saja anda pergi,Incase anda tiba-tiba tidak sedarkan diri , pihak yang berkenaan akan tahu tentang sejarah kehamilan anda dan amat membantu untuk sebarang keputusan yang akan dibuat.
(Kandungan ke berapa,yang ke berapa minggu,sesuai utk kelahiran yang bagaimana)

🚫Kepada Jururawat Masyarakat,bidan-bidan dan sesiapa sahaja yang berpengalaman boleh lah meninggalkan komen jika ada sebarang penambahan dan pembetulan ❤️

#MisiLara

18 September 2016

7 Q n A BERKENAAN G6PD

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)? 

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD.

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD? 


Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. Kesan-kesan sampingan seperti dibincangkan dalam 'Jaundis Neonat' boleh berlaku.

Apa Itu G6PD?Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah

👉 memakan bahan-bahan pengoksida seperti 💊aspirin, 💊sulfonamid, 💊ubat malaria(seperti primaquin), 💊naftalin dan kacang parang (fava beans).

Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis.

😲😲😲Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis.

Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.





S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?
Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis.
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD.

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD? 

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan

Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?
Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital? Di Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari.

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD? 


Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan.

Tidak ada halangan bayi yang kurang G6PD menjadi orang dewasa yang sihat jika mereka tidak terdedah kepada ubat-ubat oksidan yang tercatit dalam gambar dibawah.

Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd. (Dalam gambar)






16 September 2016

PEMERGIAN TUAN GURU DR HARUN DIN (TGHD)


Saya rasa semua tahu akan perkhabaran Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.
Dan di kebumikan di California sepertimana permintaan beliau yang mahu di mana beliau menghembuskan nafas terakhir,di situ beliau di semadikan (mengikut sunnah tak silap saya. begitu) -di kebumikan di tempat kita meninggal.
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu."

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia". 
Aamin Allahumma aamin.

KENALI G6PD



G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. 

Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD ini merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. 

Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis. 

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD? 

Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD(Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). 

Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia. Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.


Apakah makanan yang tidak boleh diambil?

Normally semua patut ada enzim G6PD ni untuk pertahan sel darah merah kita daripada pecah.
Tetapi...anak-anak yang baru dikesan kekurangan G6PD ini tak cukup enzim nak pertahan sel darah merah dari pecah. Maka mereka akan mengalami beberapa kesan buruk terhadap mereka.

Jadi, buat ibu-ibu yang bayinya disahkan kekurangan G6PD jangan panik, jangan terlalu risau, relaks, laluinya dengan tenang. Selalunya ibu-ibu akan jadi panik dan takut disebabkan bacaan kuning (jaundis) anak mudah naik seawal hari pertama dilahirkan. Ini kerana, sel darah merah mereka ni mudah pecah dan menyebabkan kuning jadi tinggi. Lagi buat ibu-ibu tambah panik bila bayi kurang G6PD MESTI ditahan di wad NICU selama sekurang-kurangnya 5 hari untuk pemantauan.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Anda Kekurangan G6PD?
Elakkan anda anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuk:
🌲Kacang Parang / Pava Beans/ kacang itik
💊 Ubatan farmasi. Ubat selsema demam batuk. Perlu rujuk doktor dahulu sebelum beri pada anak.
💊 Senarai antibiotiks. (Tiap kali ambil ubat, beritahu doktor anak saya ada G6PD)
💊Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat sensei/herba
🌲Penyembur serangga

🌲lingkaran nyamuk. (ada pyrethium)

🌲Ubat gegat ( ada napthalene)
🌲Ujala (nila)
🌲 Buah-buah masam seperti oren, nenas.
🌲 Bau cat
(Rujuk klinik tempat checkup anak)

INI PULA SUMBER DARI DOKTOR ABD RAHIM (BAYAN LEPAS)
🔮Makanan ada pewarna tiruan methylene & toluidine blue & sulfida
🔮kacang soya
🔮produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang @ produk kacang
🔮Asid askorbik tiruan dalam vitamin C
🔮Gula-gula , makanan berperisa menthol
🔮Ubat Antimalaria
🔮Ubat sakit kepala (paracetamol - ada thylenol)
Ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan tersenarai di atas.
Sila beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurang G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.
Tanda-tanda Termakan Bahan Tersebut:
📍Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
📍Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
📍Tidak bermaya
📍Pucat
📍Demam
📍Sesak nafas
📍Pengsan

Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku!!
Bolehkah Seseorang Yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?
Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.
Apabila anak anda dewasa, anda perlu mendidik mereka tentang status kekurang G6PD mereka dan bahan-bahan yang perlu dielakkan.
Sumber fb: Zairul Akmal

31 August 2016

1001 Kesilapan Semasa Membuat Kek


Petang ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam menghasilkan kek yang sempurna, cantik dan sedap.

~Soalan ini sering kali diajukan : 
"Kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"


Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya: 
(hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)


✔KEK TIDAK NAIK SEKATA :
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh. 
Bancuhan tepung tidak sebati.
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas.
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar.
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.


✔KEK MENJADI BANTAT :
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul.
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. 
Sebaik-baiknya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.


✔KEK MENDAP DI BAHAGIAN TENGAH :
Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya.
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.


✔KEK TERLALU LEMBAB DAN LEPER :
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.


✔KEK TERLALU BERAT :
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung.
Gula yang digunakan melebihi sukatan.
Terlalu banyak cecair.
Suhu ketuhar terlalu rendah.


✔KEK MEREKAH :
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.


✔KEK BUAH MENDAP :
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik.
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit.
Adunan tidak dipukul sebati.


✔ KEK MENJADI KERAS :
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair.
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.


✔ KEK MENJADI KERING :
Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. 
Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.


✔ KEK MENJADI SEPERTI ROTI :
Sukatan serbuk penaik tidak tepat.
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat.
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.
Tepung tidak sesuai.
Adunan tidak dipukul dgn sempurna


✔KEK MENJADI SEPERTI BINGKA :
Bancuhan tidak dipukul sebati.
Terlampau banyak cecair.
Tepung terlalu sedikit.
Suhu ketuhar tidak cukup panas.


Semoga bermanfaat. :)

Sumber: group fb MAHN.

30 August 2016

8 Cara Meneran Dengan Betul

Bagaimana meneran dengan betul?

1. Jangan panik!
Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)

2. Jangan menangis!
Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.

3. Jangan Menjerit
Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.

4. Jangan angkat Bontot
Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.

5. Jangan pejam mata
kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.


Cara Meneran Dengan Betul

1. Angkat kepala dan dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut, mesti buka mata ya.
3. Kedua-dua belah Tangan pegang kaki (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Teran tanpa suara dan mulut tertutup.
5. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas kita nafas sudah habis jangan hembus semua ya.
6. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam. Saya percaya bagi yang Non-muslim ada doa tersendiri.
7. Tips tambahan:
Kongsikan tips ini dengan suami supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa dan lost control menahan sakit. Bila suami dah tahu senang la dia memberi panduan. Tak gitu? (Alangkah indah bila suami dapat meneman dan melihat sendiri bagaimana isteri bertarung nyawa untuk melahirkan seorang zuriatnya)
8. Amalkankan supplemen untuk memberikan tenaga semasa meneran. Tuan/ Puan boleh hubungi saya untuk dapatkan supplemen semasa hamil. :)

Semoga bermanfaat. Saya doakan agar anda dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh. Amiiin. ;)

28 August 2016

9 Golongan Yang Memerlukan Ostematrix

Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan yang menyeluruh. Ini kerana tulang merupakan struktur penting dalam tubuh kita. Tulang merupakan kerangka yang menyokong organ utama seperti paru-paru, jantung, hati, dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.

Cer bayangkan bila berumur 40 ke 50-an nanti.. bagaimana keadaan badan anda sekiranya tidak mendapat sumber kalsium secukupnya.. Sakit belakang lah, kaki rasa kebas lah, dan mudah tarik mengkarung (kejang kaki).. Eh, tapi kan.. tanda-tanda kekurangan kalsium seperti yang saya nyatakan tu tak mengenal usia. Orang muda pun ada yang mengalami simptom osteoporosis. Ini kerana semakin meningkat usia, kandungan kalsium dalam badan kita semakin berkurang.. 



Siapa yang memerlukan ostematrix nih?
- ibu mengandung
- ibu menyusu
- mereka yang tak minum susu
- sakit sendi 
- senggugut
- ibu dalam pantang
- gastrik
- migrain
- sembelit


Saya kongsikan juga testimoni mereka yang mengamalkan ostematrix.








Kepada anda yang tercari-cari supplemen untuk kalsium, boleh laa hubungi saya.. Ostematrix Shaklee terbukti selamat, berkesan, dan mesra alam.

SYIKIN MAAROP
019-4507626

10 Kebaikan Kalsium Untuk Badan Kita

Assalamu,alaikum dan salam sejahtera semua.. Saya doakan cikpuan dalam keadaan sihat dan habagia bersama insan tercinta. Memandangkan promo ostematrix pada bulan ni, saya terpanggil untuk kongsikan kebaikan supplemen ini. Harapan saya agar cikpuan dapat beribadat dengan sempurna dan membantu mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi.

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
Haa.. nampak kan betapa pentingnya kalsium untuk badan kita. Macam mana nak tahu yang badan kta ni kekurangan kalsium? 



Tanda-tanda kekurangan kalsium ialah:

1. Otot & Saraf:
-Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
-Kejang otot
-Wheezing(pernafasan berdehit)
-Susah menelan
-Suara berubah akibat laryngospasm

2. Saraf:
-Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
-Letih
-Sawan
-Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

3. Jantung
-Sesak nafas
-Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

4. Kulit
-Rambut kasar
-Kuku rapuh
-Psoriasis (sakit kulit)
-Kulit kering

5. Kekejangan atau kram otot
6. Sukar/susah nak tidur
7. Perasaan berdebar2
8. Eczema-penyakit kulit
9. Rapuh kuku
10. Sakit Sendi
11. Tekanan darah tinggi
12. Gigi reput
13. Paras Kolestrol timggi
14. Kebas-kebas kaki dan tangan
15. Rheumatiod arthritis
16. Rickets

Dapatkan ostematrix sekarang pada harga promosi. :)

Terima kasih kerana membaca. 


SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...