31 January 2009

Bravo! TAHNIAH!!

Hari ni dalam akhbar Utusan Malaysia dan mungkin akhbar2 harian seluruh Malaysia menyiarkan berita mengenai keberanian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Dengan langkah yang berani dalam benar, Erdogan telah meninggalkan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

Persoalannya di sini, bagaimanakah tindakan pemimpin Malaysia sebagai ketua bagi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)? di mana kita pd ketika ini? di mana suara kita?



BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, semalam. – AFP


Erdogan melambaikan tangan kepada rakyat Turki yang menyambut kepulangannya sebagai wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, semalam. Perdana Menteri Turki itu kelmarin bertindak meninggalkan sidang WEF di Davos setelah beliau dihalang meneruskan ucapannya berikutan tindakannya mengecam Presiden Israel, Shimon Peres dengan berkata: 'Kamu membunuh orang.' - AP

-Ihsan dari akhbar Utusan Malaysia, 31 Januari 2009-

***apa yg telah aku buat untuk membantu saudaraku di bumi Palestin???***
***mati esok amalan apa yg akan aku bawak???***

23 January 2009

7 Golongan Mukmin yg Kamil


Mukmin yang kamil bermaksud mukmin yang sempurna ketaatannya kepada ALLAH SWT sahaja.

Orang-orang mukmin yang kamil akan dijemput oleh ALLAH Taala untuk bernaung di bawah 'Arasy-Nya. Ada tujuh golongan mukmin yang kamil sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

"Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh naungan rahmat Allah Taala, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:
  1. Raja (pemerintah) yang adil
  2. Pemuda yang hidupnya berbuat ibadah (taat) kepada ALLAH
  3. Lelaki yang hatinya tergantung di masjid, apabila keluar meninggalkan masjid hatinya sentiasa ingat untuk pergi ke masjid (untuk beribadah semula)
  4. Dua orang yang berkasih(bersahabat) kerana ALLAH, berjumpa dan berpisah kerana ALLAH
  5. Lelaki yang mengingati (zikir) Allah seorang diri sehingga mengalirkan air mata
  6. Lelaki yang digoda oleh wanita jelita mengajak melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan katanya: 'Bahawa sesungguhnya aku amat takut akan ALLAH yang mentadbir sekalian alam'
  7. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas kerana ALLAH, sehingga ketika tangan kanannya memberi tangan kirinya tidak mengetahui.
Demikianlah tujuh golongan mukmin yang kamil, iaitu golongan yang tidak akan mendatangkan kepanasan matahari akhirat kepadanya, walaupun matahari itu berada di atas ubun-ubun kepalanya. mereka selamat dari segala huru-hara akhirat, tidak merasa lapar dan dahaga. Tidak berendam di dalam lautan peluh walaupun jiran sebelahnya karam di dalam peluh masing-nasing. Tidak jemu menanti keputusan mahkamah ALLAH walaupun orang lain keletihan menunggu beribu tahun lamanya.

18 January 2009

For Palestinian and to all muslims...


Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.



13 January 2009

Warisan Sepanjang Zaman





Ya ALLAH Ya Tuhan ku!

Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan
jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya ALLAH, Ya Tuhanku!

Ingatkanlh aku apa yg aku terlupa dpd ayat-ayat Al-Quran
Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yg belum aku ketahui
Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang dan
Jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat)

wahai Tuhan sekalian alam.


Ameen ya Rabbal 'alamin...

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...