23 January 2009

7 Golongan Mukmin yg Kamil


Mukmin yang kamil bermaksud mukmin yang sempurna ketaatannya kepada ALLAH SWT sahaja.

Orang-orang mukmin yang kamil akan dijemput oleh ALLAH Taala untuk bernaung di bawah 'Arasy-Nya. Ada tujuh golongan mukmin yang kamil sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

"Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh naungan rahmat Allah Taala, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:
  1. Raja (pemerintah) yang adil
  2. Pemuda yang hidupnya berbuat ibadah (taat) kepada ALLAH
  3. Lelaki yang hatinya tergantung di masjid, apabila keluar meninggalkan masjid hatinya sentiasa ingat untuk pergi ke masjid (untuk beribadah semula)
  4. Dua orang yang berkasih(bersahabat) kerana ALLAH, berjumpa dan berpisah kerana ALLAH
  5. Lelaki yang mengingati (zikir) Allah seorang diri sehingga mengalirkan air mata
  6. Lelaki yang digoda oleh wanita jelita mengajak melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan katanya: 'Bahawa sesungguhnya aku amat takut akan ALLAH yang mentadbir sekalian alam'
  7. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas kerana ALLAH, sehingga ketika tangan kanannya memberi tangan kirinya tidak mengetahui.
Demikianlah tujuh golongan mukmin yang kamil, iaitu golongan yang tidak akan mendatangkan kepanasan matahari akhirat kepadanya, walaupun matahari itu berada di atas ubun-ubun kepalanya. mereka selamat dari segala huru-hara akhirat, tidak merasa lapar dan dahaga. Tidak berendam di dalam lautan peluh walaupun jiran sebelahnya karam di dalam peluh masing-nasing. Tidak jemu menanti keputusan mahkamah ALLAH walaupun orang lain keletihan menunggu beribu tahun lamanya.

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...