01 March 2009

SECAWAN KOPI


Secawan kopi? Apa yang menariknya dengan secawan kopi???

Ehh, jangan tak tau pulak... Cuba tengok secawan kopi d sebelah ni. Cantik sungguh cawannya. Hitam pekat kopi tu. 'Hitam itu menawan'.

Sebenarnya, saya ingin membawa pembaca kepada maksud di sebalik 'secawan kopi'.

Menurut buku bertajuk Hari Penyesalan- Persiapan Menghadapi Maut karangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Allah tidak akan mengurniakan air walau seteguk mahupun makanan walaupun sesuap ketika manusia menghuni Mahsyar ribuan tahun.

Memberi jamuan makan minum tidak semestinya denagn mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran, bukan pula menanti berlaku kematiandalam keluarga lalu mengadakan jamuan untuk mengadakan kebduri tahlil dan sebagainya.

Realiti yang sebenarnya ialah memadailah dengan mengajak kawan-kawan bersarapan pagi dengan secawan kopi bersama sepotong kuih dan seumpamanya. Apa yang diutamakan dalam soal bersedekah itu ialah IKHLAS semata-mata kerana Allah, suka hendak membuat kebaikan kerana Allah menghendaki agar manusia berbuat demikian.

Mari kita telusuri bagaimana keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda gemar bersedekah kepada orang yang memerlukan dengan pantas bagaikan angin yang kencang sehingga rumahnya tidak ada baki makanan. Dalam hal tersebut, Saidatina 'Aisyah r.anha pernah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. sehari berasap dapurnya dan sehari kemudiannya tidak berasap. Keadaan berselang-seli iaitu sehari ada makanan dan sehari kemudiannya tiada makanan.

Konklusinya, semaikanlah sifat ikhlas dalam setiap tindakan kita walaupun perbuatan itu hanyalah hanya secawan kopi yang mampu kita berikan kepada tetamu yang datang ke rumah kita.


No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...