25 April 2009

SABAR

"sabar orang beriman ialah di hari pertama terkena musibah....."


"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik”.

Sebenarnya saya baru saja selesai 'berchatting' dengan sahabat di USM. Lama betul tidak mendengar khabar berita daripadanya.

Saya sengaja mengajak dia bersembang tentang makanan rohani. Sudah lama diri ini tidak terisi dengan santapan ruhiyyah. ALHAMDULILLAH. ALLAH yang mengaturkan semuanya ini. Syukur sangat-sangat kepada ALLAH.

Sebenarnya dalam hidup ini, ALLAH memang sentiasa berbicara dengan kita. Dalam Al-Quran ALLAH menyatakan bahawa:-

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengisytiharkan..sekiranya kamu bersyukur, nescaya kami tambahkan untukmu...tetapi sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabku amatlah pedih"(Ibrahim:7)

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan ujian yang ALLAH beri itu kerana itu tandanya ALLAH sayangkan kita. Jangan lihat kepada kesan negatif ujian itu tetapi lihatlah dari sudut positifnya bahawa ujian itu sebenarnya manis.





16 April 2009

INTERDEPENDENT


Bermula 11 April yang lalu, saya ada terlibat dengan kursus untuk graduan lepasan ijazah. Kursus ini bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin input kepada peserta berkenaan perkara-perkara yang diperlukan oleh sesebuah organisasi sebelum menjadi pekerjanya. Antara kriteria yang diperlukan oleh sesebuah organisasi itu ialah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lancar atau fasih. Di samping itu mereka juga mahukan bakal pekerja di syarikatnya itu mempunyai daya motivasi yang tinggi dalam diri.

Kita biasa dengar kata-kata semangat seperti "You are what you thing", "I can do it", "If there's a will, there's always a way".

Kata-kata semangat ini penting bagi menggerakkan seseorang mencapai matlamat yang ditetapkan. Misalnya, semasa temubual (interview) kerja. Jika 'interviewer' bertanya "Can you work independently?" Just answer, "Yes, I can." Kata-kata ini bagi memberikan motivasi atau semangat kepada diri kita dan dalam masa yang sama memberikan keyakinan kepada 'interviewer' untuk mengambil kita bekerja dengan syarikatnya.

Apabila berada dalam sesebuah organisasi, kita tidak dapat bekerja berseorangan. Mari berfikir...
Sebuah bangunan yang tersergam indah tidak dapat dibina jika acuannya hanyalah serbuk simen semata-mata. Kita memerlukan air, batu, dan yang penting sekali ialah tapak (tiang) yang kukuh. Hal ini bertepatan dengan suruhan ALLAH dalam ayat Al-Quran yang berbunyi:-

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." [As-Soff:4]

Oleh itu, kerja yang sedikit atau apabila dilakukan secara bersama akan membuahkan hasil yang baik dan berkat dengan izin ALLAH. Bekerjasama juga membantu mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Seperti kata-kata daripada rancangan kartun Wonderpet:

"Apa yang penting.....kerjasama...."~ming ming~




08 April 2009

AMANAT RASULULLAH S.A.W

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.


Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "



04 April 2009

10 AMALAN TERBALIK

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di
bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain..

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.

*sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan...*


03 April 2009

HAWA


Petang tadi saya ada bermesej dengan kakak di Perlis. Sudah lama saya tak bertanya khabar kekanda saya... Astaghfirullah...
Baru saya tahu bahawa kakak saya sebenarnya tengah mengalami alahan. Orang berbadan dua lah katakan.
InsyaALLAH, tahun ni saya akan mempunya tiga orang anak buah lah yang bakal melihat keindahan alam ciptaan ALLAH ini.
Sorang kakak yang tinggal di Kajang, sorang lagi di Rawang, dan yang terakhir kakak di Perlis.
Saya teringat kepada artikel yang saya pernah baca. Katanya, ibu-ibu yang mengandung ni, kandungannya turut dijaga oleh para malaikat.

MASYA ALLAH...
SUBHANALLAH...
ALLAHUAKBAR...

Kita tahu bahawa malaikat ialah makhluk ALLAH yang sentiasa menurut segala perintah. Mereka ialah makhluk yang dibuat daripada cahaya. Mereka tidak makan dan minum. Mereka sentiasa mengerjakan ibadah kepada ALLAH.
Alangkah gembira dan bahagianya insan terpilih bergelar wanita yang mengandung kerana sentiasa didoakan kesejahteraannya oleh para malaikat kepada dirinya.

Beruntungnya saya kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan
Beruntungnya saya kerana berada dalam golongan kaum hawa
Pepatah Inggeris juga ada mengatakan 'no women no cry'

Ya ALLAH
Semoga Engkau memberikan kesihatan yang sempurna kepada kekanda-kekandaku
Selamatkan dan peliharalah kandungan mereka
agar bayi yang bakal lahir itu bisa menjadi pendokong untuk agama Islam, bangsa dan negara
Amin Ya Rabbal 'Alamin


SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...