"Awat hang diam je, ustazah?"
Sebenarnya banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara tidak keruan. BAik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi s.a.w bersabda:
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik berdiam diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi s.a.w. disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, Baginda s.a.w menjawab:
" Aku tidak dutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Rasulullah s.a.w. berkata:
"Aku membantu rumah tangga Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun dan belum pernah Baginda s.a.w. mengeluh "Ah!" terhadapku dan belum pernah Baginda s.a.w. menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)
Ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w.:
"Seorang mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor." (Riwayat Bukhari)

~ANIS, Mei 2009 : Jamadil Awal / Jamadil Akhir 1430H~