Hr ini merupakan hari pertama saya lapor diri di tempat praktikal atau dalam erti kata lainnya ialah apprenticeship. Sepanjang 6 bulan bermula 28 Jun hingga 29 Disember 2009 saya akan berkhidmat di AMREC, SIRIM Kulim. Alhamdulillah dapat di kawasan utara dan yang paling penting senegeri dengan rumah saya~ negeri Kedah jelapang padi. Bukan apa, ada si kalangan kawan-kawan yang dapat area Kuala Lumpur di mana kita tahu kos hidup sangatlah tinggi. Jadi, saya sangat bersyukur kepada ALLAH atas pemberian ini.
Bermulanya hari ini jugalah merupakan pertama kali saya tinggal di rumah sewa. Masa zaman belajar dulu duduk di kolej saja. Sekarang bila umur dah meningkat sikit, kena tinggal di rumah sewa. Sungguh cantik perancangan ALLAH. Alhamdulillah. Kat rumah sewa saya ni ada 5 orang penghuni termasuk saya. Ada ajuma, horum-ni, chah-san (Korean ambassador), jua-san(minister of finance), dan akhir sekali neechan. Karekter yang berbeza. Tapi inilah kemanisannya apabila berkenal-kenalan. Samalah perintah ALLAH dalam Al-Quran, surah Al-Hujurat:13. Maksudnya:
"Wahai manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal." (Al-Hujurat:13)
# Pengalaman pertama masuk kerja
# Pengalaman pertama duduk di rumah sewa =)