03 June 2009

SAHABAT OH SAHABAT



Jika anda bersahabat bersiaplah untuk berkorban untuk sahabat,
Jika anda bermusuh dengan sahabat anda
Bersedialah utk mengalah demi persahabatan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sering
menegur kesalahan sahabatnya
Bukan sahabat yang suka melihat sahabat terus melakukan kesalahan.

Selemah-lemah
manusia adalah org yang tidak boleh mencari sahabat,
dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari. (Saidina Ali)

Cakap sahabat yang
jujur lebih besar harganya dari harta benda yang ditinggalkan oleh nenek moyang. (Saidina Ali).

Sahabat yang
beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat yang mulia membawa kita ke jalan Allah.

Perjuangan
bukan untuk sahabat
tetapi dalam perjuangan kita sangat-sangat memerlukan sahabat.

Erti sahabat lebih dari
memberi
Kerana sahabat yang terikat dengan aqidah

Insyaallah bertemu di
syurga nanti....

SYUKRAN JAZILAN YA ALLAH

SYUKRAN JAZILAN YA ASDIQA'IE

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABATKU




No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...