24 July 2009

ISRA' MIKRAJ & IHYA' RAMADHAN

~Auditorium SIRIM (23 Julai 2009)~ Oleh: Ustazah Jariah bt. Din

Amalan sunat bulan Rejab:

  1. Puasa sunat (seelok-eloknya pada hari pertama bulan Rejab sebab roh-roh akan pulang ke rumahnya pada hari pertama Rejab. Pada masa ini bolehlah kita berdoa banyak2 agar roh tersebut tenang dan ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman)

  2. Memberi makanan kepada anak-anak yatim

  3. Memperbanyakkan sedekah

  4. Banyak beramal. Misalnya: hadir ke majlis ilmu (semoga dihapuskan dosa2 kecil dan titik hitam di hati), membaca Al-Quran.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Syurga rindu kepada orang yang sering membaca Al-Quran".


Dalam bulan Sya'ban pula, pasti kita tertunggu-tunggu denagn 15 haribulan sempena Nisfu Sya'ban. Amalan yang boleh diamal pada hari tersebut ialah:

  • mambaca surah Yasin sebanyak 3 kali dan berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan ditetapkan iman.


Pengajaran daripada kisah Isra' Mikraj:

  • Percaya kepada perkara ghaib seperti Allah, malaikat, syurga, neraka, azab kubur, dan sebagainya.

Analogi kisah seekor ikan yang bersiar-siar mengelilingi laut dalam satu hari. Ia dapat melihat pelbagai kejadian atau ciptaan pelik (asing daripada tempatnya) seperti bangunan pencakar langit, makhluk bernama manusia yang sedang memancing, dan kereta yang besar-besar.
Cuba bayangkan keadaan Nabi s.a.w. ketika Baginda menyampaikan peristiwa Isra' Mikraj kepada orang ramai. Ada segelintir yang mendakwa ia hanyalah rekaan Baginda s.a.w. dan sihir yang nyata. Bagi orang yang beriman dan bertaqwa, Rasulullah s.a.w. ialah pesuruh Allah dan Baginda bersifat Siddiq (benar). Peristiwa Isra' Mikraj ini benar-benar menguji keimanan kerana perjalanan Nabi s.a.w. dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa hanya mengambil masa semalaman untuk naik ke langit dan diberi peluang melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH. Dalam surah Al-Isra' ayat 1, ALLAH berfirman:


"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [Al-Isra': 1]
  • Kefardhuan solat- ketika ini solat difardhukan ke atas seluruh umat Islam sebanyak 5 waktu sehari.
  • Percaya kepada Hari Qiamat- Antara tanda-tanda berlakunya Qiamat ialah ALLAH turunkan bencana kepada manusia di muka bumi, misalnya tsunami. (SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR)
  • Percaya kepada Qada' dan Qadar ALLAH- peristiwa Isra' dan Mikraj ini sebagai tanda kasih sayang ALLAH kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w. ALLAH menghiburkan hati Nabi s.a.w. yang dalam kesedihan setelah pemergian isteri tercinta Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abi Talib yang menyokong perjuangan Baginda s.a.w.
~ Ya ALLAH, sesungguhnya diri ini banyak kelemahan. Ampunilah dosa-dosaku. Kasihilah mak dan ayahku sebagaimana mereka mengasihiku dari kecil sehingga kini. Ampunilah dosa-dosa muslimin dan muslimat di seantero dunia.

~ Tetapkanlah iman kami Ya ALLAH.






FRIENDSHIP FOREVER

Tatkala hati teringat sahabat,

Terfikir di minda... Adakah aku juga ada dalam hatinya?

Tatkala hati rindukan sahabat,

Terfikir di minda... Adakah aku juga dirinduinya?

Tatkala kaki ku berat melangkah pergi,

Hati tertanya-tanya... Adakah dia ingin bersahabat denganku lagi?

Moga doaku diterima

agar aku takkan kehilangan sahabat sepertinya...

Friendship Forever



Indah sungguh kata-kata di atas. Sebenarnya kata-kata itu saya terima daripada seorang sahabat yang sedang merantau di negeri orang. Beliau berada di Kuala Lumpur. Terima kasih atas mesej itu cik Auni Snoedrop.


Kadang-kadang saya ada jugak terfikir perkara yang sedemikian.

"Betul ke kawan aku ada teringat kat aku sama macam aku teringat kat dia?"

"Ntah, ntah aku je yang teringat kat dia... dia langsung tak teringat kat aku."

  • Berbaik sangkalah dengan sahabat-sahabat
  • Tika terdetik di hati perasaan itu, maka beristighfarlah.

~Astaghfirullahal'azim~ (^_^)




SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...