Mengagumi kejadian TuhanYang Maha Esa
yang menciptakan dunia
dengan keindahan makhluk bernama wanita
Tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia
buktinya, muncul nama-nama hebat
Khadijah, Fatimah, Sumaiyah, Khaulah, Rabiatul Adawiyah
menjadi inspirasi wanita masa kini
yang perlu turut sama bersaing dengan arus kemodenan
berpegang teguh dengan tuntutan syariat
tangan kiri memangku si anak kecil, tangan kanan memandu jalan
seringkali dikatakan mempunyai 9 emosi dan 1 logik
lembut bukan ertinya mengaku kalah
namun diselitkan jua ketegasan
kerana iman tersemat di sanubari
kebergantungan sepenuhnya kepada Al-Khaliq
sungguh hebat ciptaan ALLAH bernama wanita
sujud syukurku kepada Yang Maha Kuasa
kerana menjadi insan terpilih
memegang tanggungjawab seorang wanita.