18 September 2010

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., kekasih ALLAH dan insan teladan sepanjang zaman.

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Kemenangan diukur bukan setakat berjaya menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi puasa itu turut menguji ketahanan mental, rohani, dan fizikal kita. Manakan tidak, bulan puasa bukanlah bulan uktuk beristirehat sahaja tetapi bulan bekerja juga. Siangnya bekerja mencari rezeki manakala malamnya pula dihiasi dengan solat sunat terawih, membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat yang lain. Bagi saya, kejayaan setelah sebulan berpuasa dapat dilihat sekiranya kita terus istiqamah menjalankan ibadat sunat di bulan Ramadhan kepada bulan-bulan seterusnya. Misalnya, istiqamah dengan bacaan al-Quran, solat sunat witir, puasa sunat 6 hari di bulan Syawal mahupun puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

1 Syawal 1431H. Kali ini, sambutan raya di rumah agak meriah dengan kehadiran dua orang baru dalam keluarga En.Maarop dan Pn.Siti Salhah. Mereka yang dinyatakan ialah kakak ipar saya, Puan Hermie Marya Bt. A.Hanim dan anak buah ke-6, Luqman Hadi b. Mohd Rodzi. Namun, seorang kakak tidak dapat turut serta dalam raya kali ni kerana giliran untuk beraya bersama keluarga sebelah suaminya di Kelantan pula. Makin bertambah keluarga, harap-harap dimurahkan rezeki dan semakin berkat hidup. InsyaALLAH.

Raya kali ni menampakkan 'kedewasaan' adik saya, Siti Khadijah. Kalau sebelum ni dia selalu keluar untuk pergi jalan beraya, kali ni giliran kakak dia pulak berjalan-jalan (hehee..) Khadijah banyak membantu uruskan rumah dari mula balik cuti sampailah cutinya tamat. Hari ni dia dah bertolak ke Seremban untuk memulakan sesi pengajiannya. "Semoga selamat sampai, jaga diri elok-elok, study smart ya Khadijah..." (",)

Bercakap pasal anak buah untuk raya kali ni memang menyeronokkan. Tambahan pula, semuanya makin membesar. Macam-macam ragam ditunjukkan oleh 5 orang hero ni. Pening kepala juga tok wan dan atok nak melayan. Kadang-kadang bergaduh berebut satu-satu benda, lepas tu menangis, dan akhir sekali berbaik semula. Bising habis satu rumah dengan tangisan kanak-kanak ni dan jeritan daripada ibu-ibu saudara budak-budak ni. Jadi, raya kali ni, anak buah semakin bertambah, bajet untuk duit raya juga bertambah. =)

Seperti biasa, hari raya merupakan hari yang mulia. Waktu ni lah sanak saudara, rakan taulan yang jauh mahupun dekat datang untuk menziarah. Alhamdulillah, saya sempat juga bertandang ke rumah adik-beradik dan sahabat-handai. Tidak lupa juga ziarah di rumah guru-guru yang sudi mencurahkan ilmu. (Kredit diberikan kepada Cik Bashiroh Yaakub kerana sudi menumpangkan saya untuk pergi beraya... ;D) Saya juga sempat menghadiri sebuah walimatul urus rakan masa sekolah rendah dulu. Tahniah diucapkan kepada Siti Firdaus Mohamed dan pasangannya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Pada kesempatan ini, saya Siti Noorasyikin Maarop ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan silap kepada insan-insan yang mengenali diri ini. Salah dan silap harap dimaafkan. Semoga kalian beroleh keberkatan hidup daripada ALLAH dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi datang ke rumah. Sekiranya ada terkurang layanan, harap dimaafkan.

Wallahua'lam...

2 comments:

liyana said...

tk dpt jemputan ct firdaus pun

PokokHijau said...

km pun ct xjemput.. dia kirim kat kwn2 tolong sebar2kan.. km pun kebetulan adila yg bgtau.. wuhuu~

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...