30 October 2010

SEPETANG DI MASJID AL-BUKHARY


Remaja: Cabaran dan Kekuatan
Oleh: Dr. Danial Zainal Abidin
Lokasi: Dewan Masjid Al-Bukhary

Remaja, anak muda, teenagers, syabab...
Perkataan yang sama dan membawa erti yang sama juga. Apabila disebut nama remaja, perkara yang amat berkait rapat ialah cinta. 'Remaja dan cinta'. Lumrah alam Tuhan selitkan sifat ingin dikasihi dan mengasihi. Lelaki suka kepada perempuan dan sebaliknya. Saling mempunyai tarikan dengan berlainan jantina. Itu bagi manusia yang ada sifat normal. Namun, usia muda itu tidak harus cuba-cuba untuk bermain dengan cinta. Masa belajar perlu diberi fokus keutamaan.

"Alah, kak. Saya saja je. Suka-suka nak ber'couple-couple' ni. Saja nak test power minah tu. Tengok-tengok dia pun layan. Saya 'go on' je lah."

Di bangku sekolah lagi sudah pandai bermain cinta. Sedangkan mak ayah hantar ke sekolah dengan harapan untuk lihat anak-anak berjaya. Wang belanja diberi untuk diri sendiri tetapi digunakan untuk 'topup' telefon agar dapat melayan mesej atau membuat panggilan kepada awek. Tidakkah ada rasa kasihan di lubuk hati kita memikirkan betapa susahnya ibu dan ayah mencari duit/ rezeki untuk kemudahan anak-anak. Duit yang mak dan ayah amanahkan untuk belanja membeli makanan disalahgunakan. Demikian juga dengan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Mungkin ada segelintir yang mendapat wang bantuan zakat. Beringatlah bahawa setiap saluran perbelanjaan itu akan ditanya di akhirat kelak. Kemana wang tersebut digunakan? Membeli barang-barang yang kurang penting seperti telefon mahal. Pada hemat saya, seorang pelajar tidak seharusnya membelanjakan wang pinjaman untuk membeli barang-barang berjenama. Cukuplah sekadar telefon yang mempunyai fungsi-fungsi asas sahaja. Bukan hendak menyekat kemajuan atau up-to-date tetapi lihatlah kepada keperluan dan kehendak.

Berbalik kepada soal remaja di bangku sekolah yang aktif bermain chenta. Sekali pandang sudah terpikat. Lepas tu, mintak nombor telefon. Seterusnya, bermain-main mesej dan 'calling-calling'. Kemudian, atur perjumpaan. Pertemuan di tempat sunyi sepi, berdua-duaan. Makhluk bertanduk dua a.k.a syaitan laknatullah berjaya memperdaya anak muda tersebut.

"Habis tu, kak? Tak boleh la nak melayan perasaan main-main chenta ni?"

ALLAH berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 32:

'Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.'

Bersabarlah tatkala ALLAH mengatakan JANGAN!

"Habis tu, saya ni akan hidup solo selama-lamanya lah, kak."

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nur, ayat 26:

'Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.'

"Tapi saya tengok ada je kawan-kawan yang dulunya sering keluar bersama dengan pakwe dia. Last sekali kawin juga, hidup bahagia bertambah rezeki dengan anak pinak lagi tuu.. Macam mana pulak tu, kak?"

Hasutan syaitan yang memperlihatkan keindahan di mata manusia sedangkan perkara itu dilarang oleh ALLAH. Mungkin pasangan tersebut telah bertaubat dan ALLAH mendengar taubat mereka. ALLAH bersifat Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Maka, wahai ukhti...
Sayangilah diri. Dekatkan diri dengan ALLAH, Pencipta Agung. Perkasakan diri dengan ilmu dan taqwa. Masanya akan tiba untuk dirimu menjadi suri untuk seorang yang sah bergelar suami buat dirimu. Yakin dengan janji ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH.

~Ya Allah, semoga apa yang disampaikan ini menjadi teladan untuk diriku jua. Bukan sekadar omongan kosong. Aku hambaMu yang lemah, maka berilah petunjuk kepadaku. Jauhilah kami daripada sifat-sifat mazmumah. Kebaikan itu hanya Engkau yang berhak menerima pujiannya, sedangkan aku hambaMu yang hina lagi lemah, Ya Allah.

~Sembang-sembang bersama Puan Faridah a.k.a 'madam' dan Siti Hajar Mat Isa. Terima kasih diucapkan atas perkongsian ini.

~Beberapa nasihat daripada Dr. Danial kepada anak-anak muda:
*Gunakan masa muda sebaik-baiknya.
*'You choose your own way'.
*I don't want to be a simple Malay, I want to be a Muslim (dengan mencontohi kehidupan para sahabat- masa muda dipenuhi dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, hafaz Al-Quran dan hadith..)

Wallahua'lam.

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...