"Macam mana dengan tawaran kerja hari tu?"
"Emm, Kak Ros kata dah bagi kat orang lain dah..."
"Ya ALLAH, kenapa tak terima je tawaran tu? Kerja kamu sekarang ni dah boleh mencapai RM10 ribu sebulan? Berapa keping emas kamu dah beli? Esok-esok"
Hati Safiyyah berasa sangat pedih, ibarat ditusuk sembilu. Mendengar dengan teliti kata-kata daripada insan yang dihormati dan disayanginya. Dia cuba mempositifkan dirinya. Ada benar juga kata-kata daripada insan itu, dan kesudahannya pasti membawa kebaikan kepada dia kelak.
Bagi Safiyyah, berdiam diri itu jalan terbaik daripada melawan kerana ia boleh mengundang kepada sikap derhaka. Berdiam diri itu dikira kalah? Tidak, kerana ketika itu hatinya dididik supaya bersabar menahan rasa marah.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah".
"Dan orang-orang yang kemarin mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata: Aduhai, benarlah kiranya ALLAH yang , melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya). Sekiranya ALLAH tidak melimpahkan kurniaNya kepada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat ALLAH)." [Surah Al-Qasas (28): 82]
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman, "dan mereka tidak diuji?" [Surah Al-Ankabut (29): 2]
No comments:
Post a Comment