31 May 2013

1st ANNIVERSARY

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Assalamu'alaikum w.b.t

Tanggal 31 haribulan Mei 2013, genaplah setahun usia perkahwinan kami a.k.a Siti Noorasyikin bt Maarop dengan suami tercinta :) Mohd Firdaus bin Hat. Syukur kepada ALLAH kerana dalam masa setahun ni kami dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan jayanya. Hehe (ayat sedikit skema seperti karangan Bahasa Melayu).

Teringat kenangan masa awal-awal kahwin dulu. Ayat pertama yang akan ditanya oleh rakan-rakan ialah: "Macam mana perasaan lepas bergelar isteri?" Maklumlah, sekarang ni dah bertukat title daripada anak dara kepada isteri orang. Jawapan saya kepada persoalan tersebut ialah, saya rasa sangat bersyukur kepada ALLAH. Alhamdulillah. Syukur kerana ada seorang jejaka yang sudi mengambil saya untuk dijadikan isteri. Syukur kerana ALLAH memberikan banyak hikmah dalam perkahwinan ini. Syukur kerana perkahwinan ini sebagai satu lapangan untuk saya / kita melakukan kebaikan dan berusaha untuk memperoleh rahmat-NYA.

Benarlah firman ALLAH dalam surah Al-Nisa' (4): 34.



"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta
mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Selama setahun ini, saya dapat mengenali sedikit sebanyak hati budi suami saya. Jika dikatakan saya seorang yang penyayang, dia lagi penyayang. Jika dikatakan saya seorang yang kemas, dia lagi kemas. Jika dikatakan saya seorang yang pandai memasak, suami saya adalah chef yang terbaik. Kadang-kadang saya memikirkan suatu hal itu seperti A tetapi apa yang suami saya nampak adalah seperti B. Inilah seperti yang dikatakan dalam buku bertajuk 'Men are from Mars, Women are from Venus'. Disebabkan perbezaan karakter ini, kadang-kadang timbul rasa pening kepala sikit apabila nak menerangkan kepada en.suami apa yang nak kita katakan tanpa mengecewakan hatinya. Adehh! 

Walau bagaimana pun, ada setitis harapan yang ingin saya titipkan daripada perkahwinan kami. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami. Semoga ALLAH memberkati rumah tangga kami ini dengan memberikan sakinah, mawaddah, dan rahmah. Semoga kami dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. 

Sahabat saya di luar sana, doakan kebahagiaan kami dan semoga anda juga diberkati-NYA. Amiiin.


*p/s: TERIMA KASIH, suamiku. :)

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...