Topik yang sangat menyentuh hati saya pada pagi Rabu yang penuh ceria.
Rancangan Hadis, di tv 9 hari ni membincangkan satu topik berkenaan DOA. Tazkirah ini disampaikan oleh ustaz Umar Muhammad Noor.
Semasa berdoa, mintalah perkara yang paling tinggi atau perkara yang paling besar kita ingin capai. Contohnya, saya nak jadi jutawan.
Ada juga hadis yang menyatakan semasa berdoa kita disuruh meminta agar diberikan Syurga yang paling baik iaitu syurga Firdaus.
Mintalah hajat terbesar kita kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Pemurah. Allah sesekali tidak akan mengecewakan hajat kita. Segala doa kita pasti akan dimakbulkan Allah. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak Allah akan perkenankan doa kita.
Oleh itu, jangan berhenti berdoa. Sentiasa hubungkan hati kita dengan Allah. :)