02 January 2016

Tarikh Keramat Satu Januari

Satu Januari ialah tarikh yang agak bersejarah bagi saya dan suami. Tarikh ni ialah tarikh keramat kami berdua dijodohkan. Tarikh kami bertunang, 1 Januari 2012.

Bila mengimbau kembali zaman bertunang dulu, macam kelakar pun ada. Majlis bertunang kami buat sempoi je. Takda laa grand dengan pelamin dan baju merelit manik-manik. Memang cukup-cukup syarat je lah majlis bertunang kami tu. Tapi tetap meriah sebab dihadiri oleh mak ayah dan famili kami.

Time nak sarung cincin oleh bakal mak mertua tu yang agak seremmm sikit. Hehe.. Ye lah, saya belum pernah berjumpa dengan mak ayah serta famili di sebelah tunang saya. Gugup jugak wehh.. :)

Majlis tu bermula lebih kurang pukul 3 petang, lepas Zuhur. Walaupun sederhana, saya bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. :)

Nak tau kisah cinta kami selanjutnya? Stay tune! (Wah! Bajet retiss pulak.. Hehe) Alaa.. Gurau je lah.. Nanti ada masa saya kongsikan lagi kisah hidup kami. InsyaAllah.

*Gambar pertunangan nanti saya upload dalam entry yang akan datang ye. InsyaAllah..

No comments: