24 October 2009

HUSNUZZAN- BERSANGKA BAIK


Berikut ialah tips daripada Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA. Tentu anak ini lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolah, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."


21 October 2009

DIA DATANG LAGI...


"Wei, hang dah study apa?Esok nak exam dah ni..."
"Puan, bagi la 'hint' sikit untuk exam nanti..."
"Makkk aiii... rajin benor kamu buat mikronote... boleh aku pinjam?"

Itu mungkin antara dialog bagi mereka yang bakal, sedang atau akan menduduki peperiksaan. Tak kiralah sama ada peperiksaan sekolah menengah (SPM, STPM) atau di universiti mahu pun kolej. Saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan. Lakukan yang terbaik dan jujur dengan diri sendiri. Jangan meniru! ALLAH is watching at you!

*Bittaufiq wa najah
*Salam Imtihan
*Do your best! (",)

19 October 2009

MATURED...

Hari Jumaat yang lalu saya menerima kunjungan daripada teman sekuliyah semasa di UiTM. Esoknya kami akan pergi memenuhi jemputan walimah seorang sahabat di Kodiang.

Saya pernah ditanya olehnya berkenaan perkara 'matured' atau dalam bahasa Malaysia-matang. Susah nak jawab tu... Akhir sekali saya jawab, "just be yourself..."

-Terima kasih atas kedatanganmu
-Jemput la datang lagi ke rumah saya
-Saya nampak awak dah matang dah. Tak macam dulu lagi... (^_~)
-Welcome to Kedah and Perlis (in the future)
-Ukhwah fillah lillahi Taala
-Maaf atas segala kekurangan


18 October 2009

ALAMAK..... KANTOLL!!!

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi dalam bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. "Belum Subuh lagi ni," hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mandapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi seperti di atas, apa yang anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan bijak.

PILIHAN 1:-
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Na'uzubillah.

PILIHAN 2:-
"Ohh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat."
Kemudian, sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3:-
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera bangun untuk solat Tahajjud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH. Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai Tahajjud dapat ditunaikan.



Sumber: Solusi, Isu No.12; m/s 76.

*Bak kata Prof. Izzi: "Renung-renungkan dan selamat beramal..."


10 October 2009

~MUNAJAT SEORANG HAMBA~


:: In The Name Of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful ::


Nothing much to write in this blog... I just drop by in a blog owned by Ummu Husna, ustaz Zaharuddin's wife. The zikr are very meaningful and touch deeply in my heart. The words are very beautiful. Thousands and one words contain in the zikr.

- We are servants of ALLAH
- We are soldiers of ALLAH
- We really need ALLAH
- We cannot live without ALLAH
- We work because of ALLAH
- We MUST put ALLAH first in all actions
- We MUST seek ALLAH's love







* YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku. Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku. Ampunilah dosa-dosa kami muslimin dan muslimat YA ALLAH.
* Kami lemah Ya ALLAH. Kami memerlukan pertolongan dan redha daripada-MU Ya ALLAH
* Hinanya kami Ya ALLAH. Kami seringkali lupa kepada-Mu ya ALLAH
* Langkah-MU seribu tatkala kami baru setapak tersedar daripada dosa yang dilakukan
* Ikhlaskanlah hati kami dalam mengerjakan ibadah kepada-MU ya ALLAH

(^_^)



04 October 2009

04 10 2009



- Lebih kurang jam 2.00 pm tadi anak buah saya yang ke-5 telah selamat dilahirkan. Syukur kepada ALLAH. Nama diberi ialah Arif Ikhwan bin Mohd. Suhaimy, anakanda kepada bonda Siti Noorhafezah Maarop. Kiranya sekarang ni, geng abang Adam sudah bertambah kepada dua orang la... Ibu dan ayahnya pula kena bekerja keras melayan kerenah tiga orang hero mereka...

*Gambar di atas: dari kiri- Adam irfan, Arif Ikhwan, dan Adi Farhan (^_^)


03 October 2009

KEMATIAN ITU PASTI


"Tu lahh... kawan-kawan selalu kata dia memang
bawak laju..."


Kalau tidak silap saya itu lah kata-kata yang diungkapkan oleh sebuah iklan dalam televisyen berkenaan kemalangan jalan raya. Tetapi, jangan salah sangka pula. Dialog di atas tiada kena mengena dengan perkara yang akan saya sebutkan ini.

Saya mendapat mesej daripada sahabat bernama Syafawati Abd. Rahman (PICU members) berkenaan kematian adik bongsunya akibat kemalangan jalan raya. Hari Jumaat bersamaan 02 Oktober 2009. Seperti yang diceritakan oleh ibu dan kakaknya, mangsa pergi beraya di rumah cikgunya bersama rakan-rakan dan seterusya dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada adiknya.


Kesimpulan yang saya boleh buat daripada kisah ini untuk peringatan bersama:


# Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. (Al-Anbiya'; ayat 35)

# Semasa keluar rumah, betulkan niat. Pasang niat dalam hati untuk membuat kebaikan. Semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah (baik).


# Sentiasalah bergaul dengan orang yang 'alim dalam agama atau pun sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam agama.
Ibu kepada Mohd. Syahir (adik kepada Syafawati) ada mengatakan bahawa semasa kematian anaknya, ramai di kalangan sahabat dan guru yang datang menjenguknya semasa di hospital dan mereka melakukan solat jenazah untuknya. Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang turut hadir semasa melihat jenazah dikebumikan dan sekali lagi melaksanakan solat di situ. Masya-ALLAH. Beruntungnya, kerana orang mendoakan kebaikan untuk diri.

Semasa malaikat maut datang menyapa, semua benda akan ditinggalkan kecuali 3 perkara:

1. ilmu yang dimanfaatkan
2. sedekah jariah yang diamalkan

3. doa daripada anak yang soleh


Kita hanya membawa bekalan amal yang dilakukan semasa hidup di muka bumi.

Jika banyak amalan kebaikan, maka insyaALLAH mudahlah urusan di alam kubur itu.

Jika banyak dosa yang dilakukan, maka azab daripada ALLAH sedia menanti. Sesungguhnya azab api neraka itu amat pedih.
~ Surah Al-Anbiya', ayat 35: "Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..."


Berita penuh: klik di sini...



SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...