24 October 2009

HUSNUZZAN- BERSANGKA BAIK


Berikut ialah tips daripada Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA. Tentu anak ini lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolah, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."


3 comments:

Anonymous said...

bagus tazkirah ni. kadang2 kita terlupa hakikat husnuzzah, suk zon.

PokokHijau said...

Rasulullah SAW bersabda: “Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi bila rosak niscaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama qolbu (hati)!” .

Peringatan sesama muslim (",)

Muhd Sazlie said...

kadang2 kerana perkara ini terlalu biasa, kita selalu ambil mudah. thanks for the reminder.