Welcome to Bicara Si PokokHijau blog. My nama is Syikin Maarop and I am your favourite Shaklee Independent Distributor (SID). Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626 | Email: syikinmaarop@gmail.com Have a nice day! Thank you. :)
01 November 2009
MOMOK
Diceritakan kisah seorang hamba ALLAH yang pernah terlibat dengan kes kawannya kena rasuk. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas di akhir semesternya di sebuah universiti..
Lebih kurang pukul 11.00 malam... Seorang gadis kelihatan lemah, kelakuannya agak pelik seperti kebiasaan sikapnya. Dia menjadi seperti keanak-anakkan berbanding sikapnya yang tegas dan agak serius. Tidak lama selepas itu, dia dirasuki oleh makhluk halus. 'Benda' itu telah manyusup ke dalam jasadnya.
Warden dipanggil untuk membantu. Kawan-kawan turut memenuhi ruang bilik itu. Mereka membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Mereka membaca ayat Kursi [Surah al-Baqarah : ayat 255], surah Al-Hasyr : ayat 22-24, dan zikir-zikir. Ayat-ayat suci itu dibaca berulang kali denagn harapan dapat meredakan sedikit kekalutan dan kegelisahan yang berlaku.
"Keluar kau dari sini. Esok kakak ni ada exam. Jangan kacau dia..."
"Tak nak, tak nak, tak nak...Saya tak tau nak balik macam mana..."
"Pergilah main jauh-jauh..."
"Saya nak ikut kakak ni balik... Saya tak ada kawan. Kakak ni baik, sebab tu saya nak tumpang dia..."
Segelas air masak dibawa. Ustaz membacakan ayat Al-Quran dan doa agar 'benda' itu keluar dari jasad si mangsa.
Dalam keasyikan dan kesyahduan kawan-kawan membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk si mangsa. Tiba-tiba seorang sahabat kepada si mangsa terlihat matanya.
"Alamak, apasal lah dia tengok aku pulak ni... Matilah aku kalau 'benda' tu pulak masuk dalam badan aku..." Dia pun cepat-cepat melarikan lirik matanya dan meneruskan fokusnya kepada pembacaan ayat-ayat Al-Quran bersama sahabat yang lain.
Pada mulanya, mangsa berkeras untuk meminum air penawar itu.
"Huh, tak sedaplah air ni... Tak nak minumlah."
Setelah dipujuk, akhirnya dia minum juga. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, mangsa kembali seperti normal dan 'benda' itu telah kembali ke 'rumah'nya... Kejadian ini tamat lebih kurang pukul 1.00 pagi tatkala orang lain telah nyenyak tidur dan dibuai mimpi.
Namun, kisah itu tidak berakhir begitu sahaja. Seorang sahabat yang berada di tempat kejadian, berasa semacam je. Kejadian itu masih bermain-main di fikirannya. Susah untuk dia melelapkan mata ketika itu. Wuduk telah diambil sebelum tidur. Surah al-Mulk juga telah di baca sebelum tidur. Doa tidur juga telah dibaca.
"Apa yang aku nak buat ni? Tak pa, teruskan zikir memuji ALLAH sampai aku terpejam mata... Subhanallah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar, Subhanalllah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar, Subhanallah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar..."
Akhirnya dia tertidur tapi hanya sekejap sahaja kerana sudah masuk waktu Subuh. Keesokan harinya dia berasa kurang selesa. Waktu malam dia menjadi fobia. Terasa seperti benda itu mengekorinya dan sering mengacau fikirannya.
"Ohh, boleh jadi gila aku dibuatnya... Ini tak boleh jadi. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku..."
Bacaan ayat suci al-Quran daripada Syeikh Saad Said Al-Ghamidi dibuka daripada laptopnya. Dalam hatinya, dia berdoa, "Ya ALLAH, jauhilah aku daripada gangguan syaitan yang direjam. Permudahkanlah aku untuk tidur seketika, Ya ALLAH. Ampunkanlah dosa-dosaku, Ya ALLAH."
Hari berganti hari, 'benda' itu semakin seronok mengusiknya. Dan dia merasakan hal ini pasti ada hikmah daripada ALLAH. ALLAH mahu tunjukkannya sesuatu. Hubungannya denagn ALLAH semakin utuh. Dia hanya meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH sahaja. ALLAH sahaja yang dapat menolongnya. Dalam solat, dia menghayati sepenuhnya maksud surah Al-FAtihah. Apabila tiba pada ayat ke-5 surah Al-Fatihah, dia mengamatinya sungguh-sungguh. [Al Fatihah : ayat 5- ENGKAU lah Tuhan yang kami sembah dan kami mohon pertolongan]. Dalam hatinya dia meminta pertolongan daripada ALLAH agar dijauhkan bisikan syaitan laknatullah itu. "Tolonglah aku, Ya ALLAH".
~ Bergantung harap hanya pada ALLAH.
~Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu amalkan kedua-duanya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, kitab ALLAH (Al-Quran) dan sunnahku'.
(di sini)
~Yakin dengan pertolongan ALLAH. Yakin denagn isi kandungan Al-Quran sebagai penyelesai masalah dan untuk ketenangan hati.
~Ingat ALLAH di kala susah dan senang dan ada hikmah di sebalik peristiwa atau kejadian yang berlaku.
~ALLAH Ghayatuna, Ar-Rasul qudwatuna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SALAM MA'AL HIJRAH 1433
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...
-
Petang ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam m...
-
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Perniagaan merupakan sunnah nabi s.a.w. Terdapat juga sabda Nabi Muhammad s....
-
Resepi Pau Mawar ****************** 500g tepung pau jenama baker choice 7g double action baking powder 45g shortening 7g mauripan 3 su...
No comments:
Post a Comment