03 November 2009

TGNANM BERBICARA TENTANG CINTA

'Kisah Cinta Dalam Al-Quran'. Sebuah buku bicara cinta daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Membincangkan tentang erti cinta yang sebenar. Cinta itu terlalu subjektif. Hanya yang benar-benar menghayati dan mengertinya sahaja tidak akan berbuat zalim terhadapnya. Islam tidak menghalang atau menyekat kita daripada bercinta, cuma kita perlu praktikkan dengan cara yang betul. Di sini saya petik beberapa ungkapan yang menarik untuk kita sama-sama hayati. Selamat membaca~

Sepotong hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w.:

"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU." (Hadis riwayat Tirmidzi: 3341)

Huraian:
1. Perasaan cinta itu sesuatu yang wujud
2. Cuma keutamaannya ialah ia perlu disuburkan ke arah mencintai ALLAH
3. Jika akan tumbuh perasaan cinta kepada seseorang, maka hendaklah orang dicintai itu seorang yang juga menyintai ALLAH
4. Orang itu pula biarlah seorang yang dikasihi oleh ALLAH.
~:: Sekapur Sirih daripada TGNANM ::~

Kisah cinta dalam Al-Quran:-
1. Cinta seorang ayah kepada puteranya
Kisah nabi ALLAH Ya'qub a.s kepada puteranya Nabi Yusuf a.s. supaya tidak menceritakan mimpi yang dilihatnya kepada saudara-saudaranya yang lain, kerana hal itu akan menimbulkan rasa dengki mereka terhadap dirinya. (Surah Yusuf, ayat:5)

2. Cinta seorang ibu kepada putera angkatnya
Jika kaum perempuan memiliki rasa peduli yang tinggi yang berbalut kelembutan kasih sayangnya serta kejernihan nurani kewanitaannya, dia akan lebih progresif dan lebih kukuh berbanding kaum lelaki, seperti yang terwajahkan pada diri Asiyah isteri diraja Firaun, ketika melihat Musa a.s terapung di atas Sungai Nil. (m/s 45)

3. Cinta Maryam Puteri Imran kepada Rabb (Tuhan)
Surah Ali-Imran, ayat 42: "Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)." ~m/s 107

4. Cinta Fatimah Az-Zahra' kepada Sang Maha Kasih
~Jika seseorang menayandarkan nasibnya hanya kepada ALLAH semata-mata, dan mentradisikan kepasrahan dan ketawakalan yang utuh dan jernih, nescaya ALLAH akan menjamin hidupnya. (m/s 119)

~Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang. ALLAH mengenal mereka, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui jati diri mereka. (m/s 120)

~Sifat qana'ah (merasa cukup dengan pemberian ALLAH meskipun sedikit) yang ada pada Fatimah Az-Zahra', anak kepada pemimpin agung Nabi Muhammad s.a.w. (m/s 121)

5. Cinta Rabiah Adawiyah kepada Sang Kekasih Sejatinya
~Dalam fikrah Rabiah, cinta berasal daripada ALLAH dan untuk ALLAH. (m/s 132)
~Bekalku sedikit, sedangkan aku tidak tahu akhir perjalanan ini. (m/s 134)

6. Cinta manusia kepada harta dan kemegahan dunia
Qarun adalah manusia yang tertulis dalam tinta hitam kesejarahan manusia. Kekayaan harta benda dan kepandaiannya membuatkan dirinya lupa diri dan terjerumus kepada jurang kenistaan dan kehancuran.

7. Cinta manusia kepada kekuasaan duniawi
Firaun adalah raja Mesir yang menjalankan pemerintahan dan kekuasaanya dengan cara diktator dan kejam. Firaun mewajibkan semua rakyatnya sembah sujud kepadanya. Para petani juga disuruh menyerahkan seperlima hasil bumi mereka kepada Firaun. Ini amat membebankan dan mereka hidup sengsara.

Bagi saya, buku ini amat sesuai untuk mereka yang sedang mencari erti cinta yang sebenar. Mungkin juga bagi mereka yang ingin merawat hati yang luka. Kembalilah kepada Al-Haq, Tuhan semesta alam kerana DIA lah cinta sebenar, cinta yang hakiki.

* Komen saya: 'Two thumbs up' untuk buku ni. Tak rugi beli buku ni. Siap dapat VCD bicara cinta daripada TGNANM.
* Untuk maklumat lanjut, sila klik (di sini).
* Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda~~~

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...