05 November 2009

AMANAH


Rupa-rupanya management = simpan rahsia.
"Jangan bocorkan rahsia ni ye. Ianya adalah private and confidential..."

Patutlah orang kata jadi Setiausaha atau personal assistant (PA) ni orang penting dalam sesebuah organisasi. Sesetengah orang mungkin nampak ianya perkara biasa atau kecil saja. Tapi kalau dipandang dengan sebelah mata saja, mungkin boleh menghancurkan organisasi itu. Jadi, berat sebenarnya tanggungjawab semasa melaksanakan tugas semasa kerja.

Dalam dunia ni pun sebenarnya ALLAH dah beri amanah kepada kita. Kita ialah khalifah ALLAH. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an Surah Al-An'am ayat 165 yang bermaksud:-

"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi. Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, karena Dia hendak mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu, sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Bercakap bab amanah ni teringat pula saya semasa menyertai satu perkhemahan. Setiap orang ada barang amanah masing-masing seperti lilin, telur ayam, dan bawang. Saya diberi amanah untuk menjaga sebiji telur ayam. Bayangkan macam mana perlu saya jaga telur ayan tu... Pergi ke mana pun kena bawa sebab takut nanti pecah atau kakak fasi akan curi-curi ambil. Kalau hilang atau pecah barang tu, maka kena dendalah jawabnya. Wahh, berat sungguh tanggungjawab. Ni baru tugas kecil ja... Akhirnya, barang tu pecah sebab terpaksa berlari sana sini. Hancur...

Sebenarnya setiap kerja atau ibadah yang dilakukan akan dipersoalkan. Kerja yang dilakukan dengan niat semata-mata kerana ALLAH pasti mendapat ganjaran dari-NYA, InsyaALLAH. Sebelum nak mulakan, tanya dulu beberapa soalan seperti, "Untuk apa aku buat kerja ni?Apa yang akan aku dapat lepas aku buat kerja ni?Kepada siapa aku tujukan kerja ni?Kerana siapa?" Kalau dalam organisasi setiap saat tu memang emas sebab masa berkait dengan duit.

*Fokus, fokus, fokus...
*Ya ALLAH, peringatkanlah diri kami supaya sentiasa memulakan kerja dengan namaMU (lillahiTaala).
*Bismillahirrahmanirrahim (",)


2 comments:

nisrin nusrah said...

insya'allah, lets do our best..hmm....

Pokok Hijau said...

Let's do our best for tomorrow toooo~~~~~ meet you this evening yea...