12 January 2010

EMAS, TUA, VETERAN...

Bila berbicara dengan orang yang dah berusia atau orang yang berpengalaman, pasti kata-katanya penuh dengan teladan dan hikmah. Bab yang sering diperkatakan mestilah maut... Zikrul maut... Nabi s.a.w. pun pernah bersabda orang yang paling bijak di kalangan kamu ialah orang yang sering mengingati mati. Dalam Al-Quran juga ALLAH menyatakan setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Anbiya': 35). Sedarlah wahai diri akan kematian.

"Amboi, bagus betul budak tu. Pakai tudung, comel saja. Warna-warni tudung dia."
"Ish, kenapa jadi macam tu. Dok warna rambut, tunjuk rambut kat orang ramai. Berdosa tu..."

"Bagus betul budak ni, dia tak cakap banyak. Dosa pun tak banyak. Bukan macam atok ni, dok pot pet pot pet..."
"Orang yang bercakap banyak ni, banyak la dosa dia. Mana tau kot-kot apa yang kita cakap tu tak betul. Cerita sebenar panjangnya 1 cm ja, kita tambah jadi 1 meter. Tak ke bertambah jadinya tu."

"Tok guru dok pesan bila mati esok orang yang tinggalkan solat dengan sengaja, kubur dia kena himpit, ular paling besar datang gigit, malaikat pulak datang dengan wajah yang sangat bengis. Ish, takut, takut. Janganlah dok tinggal sembahyang."

"Atok rasa nak mati dah kot. Kaki pun rasa kebas-kebas. Badan pun selalu tak sihat. Harap-harap atok dapat mati kat kampung atok lah."

"Nak pergi mana pulak tu? Siapa lagi ada kat rumah? Atok tak berani tinggal di rumah sorang-sorang..."

Kata-kata daripada seorang insan yang sudah merasai garam lebih awal daripadaku.

Tertanya-tanya bilakah masa kematianku...
Bagaimanakah keadaan matiku itu?
Husnul khatimah? (Alhamdulillah) Su-ul khatimah? (Na'uzubillah...)
Meyakini suatu hari nanti pasti aku akan meniti waktu itu
Orang muda disayangi, yang tua dihormati...

2 comments:

kelambuharimau said...

yang tua dah nyanyuk nak di sanjungi guane lagi?

PokokHijau said...

Sanjung mereka berdasarkan pengalaman yang ada pada mereka... Kan mereka lebih awal makan garam daripada orang muda. Sekadar pandangan daripada saya. Terima kasih atas ziarah.