15 May 2010

PILIH


1. Terpilih
Noora terpilih sebagai pemenang untuk peraduan teka silangkata yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu.

2. Memilih
Saya memilih untuk menulis di blog ini setelah tiada kerja lain yang boleh dilakukan.

3. Dipilih
Sukun dipilih menjadi ketua kelas setelah undian dilakukan.

Pilih- terpilih, memilih, dipilih. Macam dalam paper Bahasa Melayu lah pulak. Kali ni kita belajar perkataan Bahasa Melayu. Dah lama tinggal alam persekolahan dan zaman buat ayat-ayat Bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul, tepat, dan jitu. Tak taulah samada ayat yang saya buat di atas tu betul ke tidak. Kalau ada tersalah 'grammar'nya, harap maaf ye.

Terpilih, memilih, dipilih. Ada manusia atau dalam erti kata yang lebih sopan lagi, insan yang bertuah kerana terpilih. Terpilih kerana dipermudahkan segala urusan hidupnya. Habis saja belajar, terus dapat kerja. Dapat beli kereta, rumah, bantu mak ayah, adik beradik. Bahasa mudahnya, 'smooth' je perjalanan hidup dia. Lepas tu, apa lagi. Dah lengkap semuanya sampai lah ke hajat bagi orang bujang dan masih 'single'- walimatulurus la jawabnya, andai kata jodoh sudah sampai. Lepas tu lagi, ditambah pulak dengan rezeki yang ALLAH bagi dengan kelahiran anak-anak. Memang murah rezeki sungguh. Nak buat macam mana, itu rezeki dia. Alhamdulillah... =)

Kisah memilih pulak. Ada orang yang telah mendapat tawaran kerja tapi dikatakan agak memilih. "Tak nak lah kerja tu. Tak sesuai dengan aku..." "saya belum bersedia untuk menggalas tugas tu..." Ada orang kata sekali dah tolak rezeki, masa-masa akan datang nanti susah jadinya. Itu hanyalah kata orang. Yang penting kita mesti yakin bahawa rezeki itu di tangan ALLAH Yang Maha Esa.

Maka jadinya, apabila seseorang itu telah dipilih, maka jalankanlah tugas sebagai pekerja yang berdedikasi, ikhlaskan hati. Dalam masa yang sama niatkan kerja itu sebagai ibadah agar setiap titik peluh itu tidak sia-sia di akhirat kelak. Moga-moga, kerja yang diniatkan kerana ALLAH mendapat perhatian-NYA di hari pembalasan walaupun sebesar zarah sekalipun. ALLAH itu bersifat Maha Penyayang lagi Maha Mendengar.

Insan yang sudah terpilih, maka bersyukurlah.
Insan yang sedang memilih, maka tekadkan hati dan mohon kekuatan serta petunjuk daripada ALLAH.
Insan yang dipilih, mungkin itu yang terbaik pada masa kini dan akan datang. Mana tau ada hikmah di sebalik ketentuan ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH.

"Setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan..."

Segala yang baik itu daripada ALLAH dan kelemahan serta kekurangan itu datang daripada diri saya sendiri sebagai hamba ALLAH yang serba dhaif.

Wallahu'alam (",)

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)

~masa saya dengar program Al-Kuliyyah semalam, hari Jumaat, Dr.Irfan Khairi kata ramai anak muda yang tiada hala tuju dalam hidupnya. Atau dalam erti kata lain, tiada matlamat hidup. hmmm, mungkin benar kata-katanya itu... (-_-)

2 comments:

InsanBiasa said...

I like your post.. =)

antara memilih, dipilih, dan terpilih...

when I hear those words, i remember Quran recitation
refer QS 13:11

PokokHijau said...

salam Miss Hidayah... =)
Thank you very much for your words and the information.. take care, my sis (^_~) keep in touch.