Skip to main content

HATI INI

Bismillahirrahmanirrahim

Resah, keliru, runsing, serabut, tak ketahuan...
Kenapa jadi macam ni?
Nak mintak tolong dengan siapa ni?
Mak, ayah, kawan, adik-beradik...
Mereka semua itu makhluk ALLAH jua
Siapa yang menciptakan mereka?
Mestilah ALLAH
Mereka punya hati
Sama seperti aku jua
Bukankah hati ini DIA yang pegang
DIA bisa membolak-balikkan hati ini
DIA mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini

'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami ke atas agama-MU
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaati-MU...'

Nabi s.a.w. pernah bersabda
Manusia tidak akan sesat jika berpegang teguh dengan dua perkara ini
Apakah ia?
Al-Quran dan sunnahnya

Takkan masih ragu-ragu dengan pernyataan Nabi Muhammad s.a.w ini
Na'uzubillahiminzalik
Mengundang kepada rosaknya iman
Segeralah beristighfar
Mohon taubat nasuha daripadaNYA

Dalam azan menyatakan
'Marilah solat, marilah menuju kejayaan'
Ohh, jadinya...
Solat dulu baru boleh berjaya
Masih tak percaya?
Tundukkan egomu
Rendahkan dirimu serendah-rendahnya
Seperti mutiara di lautan
Buangkan ego yang bersarang di benak hati

Siapa aku di dunia ini?
Semua nikmat ini pemilik mutlaknya ialah ALLAH
Aku ialah hamba ALLAH
Seorang hamba hanya patuh kepada Tuannya sahaja
Bukan ikut suruhan syaitan laknatullah
Makhluk yang dilaknat oleh-NYA

Sujudlah kepada ALLAH
ALLAH, ALLAH, ALLAH
ALLAHUAKBAR
ALLAH Maha Besar

Comments

Popular posts from this blog

BERNIAGA ITU SUNNAH NABI s.a.w

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Perniagaan merupakan sunnah nabi s.a.w. Terdapat juga sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa 9/10 pendapatan datangnya daripada perniagaan.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." (Hadis riwayat Tirmizi).
Aktiviti perniagaan bukan sahaja melibatkan perkara jual beli barang fizikal. Malah ia juga melibatkan seluruh aspek kehidupan kita dari segi pembinaan sahsiah diri (bersikap jujur, adil, toleransi, dan sebagainya semasa berniaga), membina ukhuwwah (jaringan pemasaran-marketing), dan menjadi seorang peniaga yang kreatif supaya perniagaan itu kekal.
Dan hari ini melalui perniagaan, saya menerima satu kemanisan iman apabila seorang pelanggan (customer) menyatakan arwah ibunya sangat menghargai hadiah yang diberikan olehnya. Arwah ibunya memakai telekung yang dihadiahkan olehnya sehingga ke titisan nyawa terakhir. p/s: Haa.. Dah alang-alang saya tulis ni,…

Resepi Nugget Ayam - Homemade

Nugget ialah makanan kegemaran saya.. Selalunya, saya akan beli nugget ayam keluaran Ayamas kalau singgah ke pasaraya. Nugget bukan saja menjadi kegemaran kanak-kanak, orang dewasa (macam saya ni...) pun suka jugak, kan? hehe. Meh saya kongsikan resepi mudah membuat nugget ayam. Resepi ni diambil daripada blog Chena Chenis. Nugget buatan sendiri semestinya selamat, bersih dan dijamin halal.. :) 
Bahan-Bahan:
isi ayam (400gm)4 sudu besar mayonisSedikit garam1 sudu kecil lada sulah2 sudu besar tepung gandumSerbuk rotiSebiji telurCara-caranya: Blend atau kisar isi ayam sampai hancur.Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti.Gaul sampai sebati.bentukkan mengikut citarasa masing-masing.Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti.Panaskan minyak dan goreng. Inilah hasilnya selepas di goreng. 
Selamat mencuba! 

AMANAT RASULULLAH S.A.W

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tida…