28 January 2011

AL-FATIHAH

~Bismillahirrahmanirrahim~


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hari Jumaat hari yang mulia. Penghulu segala hari bagi umat Islam. Antara amalan mulia yang boleh dilakukan ada hari ini ialah melipatgandakan selawat kepada Nabi.s.a.w., bersedekah, membaca surah Al-Kahfi, m
elakukan solat Subuh secara berjemaah serta sujud sajdah.

Semalam dan pagi ini saya menerima sms daripada teman-teman seperjuangan dari UiTM, menyatakan atas pemergian seorang sahabat bernama Nurussaadah binti Jamaluddin. Beliau meninggal pada hari khamis, malam Jumaat 27 January 2011 bersamaan 22 Safar 1432H, jam 10:30 malam di Hospital Ampang. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beroleh keampunan ALLAH. Amin.

Sahabat kita ini telah menemui Ilahi pada umur yang masih muda iaitu 25 tahun. Tika itu, saya terfikir bagaimanakah pengakhiran usiaku pula? Sesungguhnya setiap saat, waktu, masa, dan hari kita semakin hampir dengan teman akrab kita iaitu kematian. Semakin menginjak usia, semakin dekat kita dengan kematian. Ingatlah setiap makhluk pasti menemui kematian (Al-Anbiya' 21: 35) Tika itu juga saya terfikir, betapa banyak maksiat yang telah dilakukan, lemahnya diri ini melawan nafsu. Sejauh mana keampunan telah dipinta daripada-NYA? Diri ini sering berlengah-lengah da
lam perkara kebaikan.

Wahai ALLAH,
ampunkan dosa-dosaku.
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku.
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku.
Ampunkan dosa muslimin dan muslimat.
Kami lemah, ya ALLAH.
Berilah kekuatan kepada kami dalam mengharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba.
Janganlah ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri.
Ya ALLAH,
semoga kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH
menjadi juara tatkala malaikat maut menjemput kami.

*Bertuahnya sahabat saya kerana meninggal pada hari Jumaat, hari yang mulia.
*Semoga dipermudahkan urusannya di sana dan ditempatkan bersama orang yang soleh.
*Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...