~Bismillahirrahmanirrahim~
Hari ini hari Jumaat. Setiap hari Jumaat orang lelaki muslim akan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid berdekatan. Setiap hari Jumaat juga emak saya akan menonton khutbah Jumaat yang ditayangkan secara langsung di tv1. (mode: karangan bahasa Malaysia)
Khutbah Jumaat hari ni berkisar tentang sikap positif. Ya, sikap positif dalam hidup. Dalam erti kata yang lainnya, husnuzzhan. Iman manusia ada turun dan naik. Sifat maksum (terpelihara daripada dosa) itu hanya dikurniakan untuk para nabi dan rasul ALLAH sahaja.
Dalam Al-Quran ALLAH berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Surah Al-Hujurat (49: 12)
"Eleh, bila susah baru nak cari aku..."
"Mesti dia buat keja tak elok la tu.. Ye lah, baru keja 3 bulan dah boleh pakai BMW tuuu.."
"Kau tau Jah, hari tu aku ada ajak Siti ke kelas fardhu ain di masjid tu, tapi dia cakap tak nak. Mesti dia nak pegi shopping la tu kan..."
Buruk sangka itu salah satu hasutan atau bisikan halus syaitan. Itu juga tandanya hati kita kotor. Maka, ubat untuk mensucikan hati yang sakit itu ialah zikrullah. Ingat ALLAH dengan mengucapkan astaghfirullah...
Berfikiran positif juga boleh membuatkan anda awet muda. Percaya atau tidak? hehe... Cuba terapi ini. Sebelum tidur pada waktu malam, setkan di minda. "Pagi esok saya nak buat banyak kebaikan, permudahkan urusan orang, berfikiran positif, ingat ALLAH selalu".
Yang baik itu daripada ALLAH dan segala yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Hakikatnya ALLAH jua.
~:: Jom positifkan minda kita! ::~
No comments:
Post a Comment