22 April 2011

SMKBBDA

Ya, kakak yakin dengan adik-adik. Kerana diri adik-adik adalah sangat berharga. Jaga maruah diri. Jangan sesekali menyerahkan harta yang ALLAH beri kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ingat adik-adik, perjalanan hidup adik-adik masih jauh lagi. Penuhi masa mudamu dengan menuntut ilmu. Berbaktilah kepada ayah dan emak selagi hayat dikandung badan. Hormati guru-guru yang mencurahkan bakti ilmu kepadamu. Mengajarmu supaya menjadi insan berguna. Apabila di sekolah, guru-guru ialah ibu bapamu. Dengar nasihat mereka, kerana kata-kata mereka, kerana semua itu untuk kebaikanmu pada masa hadapan.

Adik, jangan terlalu mengikut kehendakmu. Salurkan ia mengikut panduan syariat. Remaja yang cemerlang itu melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA. Remaja yang cemerlang itu tidak meninggalkan solat. Selepas solat, barulah akan berjaya.

Ayuh, bangunlah adik-adik. Jangan sesekali meninggalkan bacaan Al-Quran. Bacalah Al-Quran walaupun satu ayat sehari. Usahakan diri untuk memahami maksud ayat-ayatnya. Letakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH. Merayu, merintih, mengadulah kepada ALLAH kerana sifat ALLAH itu Yang Maha Mendengar.

Yakinlah dengan kebolehan dirimu adik-adik. Sayangi dirimu. Jangan cemari masa mudamu dengan perkara-perkara yang melalaikan. Ingatlah, adik. Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang benar-benar menyesali kesilapannya yang lalu...

ALLAH loves you, sisters~! ;)

Kredit: Ayu Zamani, Hidayat, Ustazah Asma, saya.
SMKBBDA, Khamis & Jumaat, 21-22 April 2011.

2 comments:

sNoe~ said...

apakah makna di sebalik huruf2 tajuk tu?

Siti Noorasyikin Maarop said...

hehe... itu singkatan utk sebuah nama sekolah di kedah ni.. SMK Bandar Baru Darul Aman. ;)