11 May 2011

KANAK-KANAK

Pendidikan yang harus diberikan kepada mereka amat berbeza. Sikap mereka juga berbeza. Gaya hidup mereka juga berbeza. Cumanya satu yang menjadi titik persamaan antara mereka ialah sikap suka bermain. Biasalah kanak-kanak. Mereka cuma tahu seronok sahaja. Hidup mereka ceria. Kalau terjatuh sekali pun, mereka lekas bangun semula dan teruskan langkah ke hadapan. Tiada lagi tolehan ke belakang. Kalau ada yang menangis pun, hanyalah bersifat seketika. Menangis kerana sakit, ataupun kerana mahukan perhatian daripada mak ayah. Sudah puas menangis, kembali menjalani kehidupan dengan ceria. Seolah-olah telah melupakan perkara sedih yang berlaku semalam...

Kalau dahulu sangat mudah untuk berbicara dengan mereka, namun pengajaran kali ini memerlukan ketangkasan dan kekreatifan saya untuk mendidik mereka. Walaupun dalam masa yang singkat, namun perkara pokok ialah sejauh mana mereka menguasai pelajarna itu. Mengajar bukan sekadar mengenal huruf dan membaca, tetapi perkara yang penting ialah membawa mereka kepada mengenal Pencipta alam buana ini.

Kanak-kanak di sini lebih aktif berbanding kanak-kanak di sana. Keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu pelajaran juga agak terbatas. Mungkin kerana kurangnya fokus disebabkan suasana belajar. Mungkin juga kerana latar belakang ibu bapa. Atau mungkin juga kerana pengaruh rakan-rakan.

Kanak-kanak di sana cekap menguasai pelajaran. Sangat mudah mendidik mereka. Kekemasan diri mereka juga terjaga.

Persamaan mereka:
1. belajar sambil bermain
2. meyakinkan kebolehan mereka dengan memberikan kata-kata semangat/ motivasi.
"Kamu boleh buat. Kamu pandai. Kamu budak baik."
3. bertegas dengan perkara yang salah (punishment).
4. memberikan ganjaran (reward) sebagai pengiktirafan atas kejayaan.

***Sangat seronok dan gembira mengajar kanak-kanak itu. Penat hanyalah seketika kerana keesokannya rasa rindu untuk berjumpa dengan mereka, melayan 1001 kerenah. Hohoho~

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...